Have A Look

Thursday, October 7, 2010

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS

BUAH CENERAI @ CENDERAI

           Kalau di Kedah atau Perlis buah ini dipanggil buah CENERAI atau CENDERAI. Pokoknya sederhana tinggi ,selalunya terdapat di hutan, tetapi ada juga terdapat di kampung atau di tepi sungai. Buah ini berwarna hijau ketika belum masak, tetapi bila masak, ia bertukar menjadi hitam.Masa dulu-dulu kanak-kanak pernah makan buah ini, tetapi tidaklah sedap sangat, terpaksa makan dengan kulitnya sekali dan isinya berhampas. Pokok dan dahannya digunakan untuk membuat tiang dangau, alang dan ada yang buat tiang pada masa dahulu.
          Sesuatu yang istimewa mengenai buah CENERAI ini ialah, ianya boleh dijadikan peluru untuk menembak dengan menggunakan senapang mainan yang dibuat sendiri dari buluh berlubang. Senapang buluh ini kira-kira satu kaki panjang dan ada ulu dan bilah yang dilekatkan kepada ulu untuk dijolok setelah buah CENERAI tadi disumbat ke dalam lubang buluh tadi.....Bila bilah tadi dijolok kuat hingga hampir ke hujung, terdengar bunyi tembakan yang agak kuat....Ini adalah permainan kanak-kanak di tahun 50an, 60an dan 70an di mana pada masa itu belum banyak terdapat alat permainan di pasaran, kalau ada pun ramai yang tidak mampu membelinya. Sekiranya tidak ada buah CENERAI senapang buluh ini juga boleh digunakan dengan menyumbat kertas yang telah direndam air yang kemudiannya digumpal bulat sebesar lubang buluh tadi, tetapi bunyinya tidak sekuat menggunakan buah CENERAI.

2 comments:

  1. salam Fadz,
    dulu mama nadz suka main ngan buah cenderai ni..yang masak kami makan..yang muda2 kami main 'cakpelong'..cakpelong ni kami buat sendiri sama mcm yang fadz cerita tu..pistol buluh..
    seronoknya mengingati nostalgia..

    ReplyDelete
  2. Budak laa ni mana erti makan buah cenderai....


    ReplyDelete