BUAH TENDUD @ BUAH TAI
BUAH TENDUD MUDA MASIH LEKAT PADA PELEPAHNYA
BUAH TENDUD/TAI
POKOK KELAPA SETINGGI POKOK TENDUD JUGA
DAUN TENDUD YANG KERING/YANG HIJAU KERAS
POKOK MENJALAR MENUMPANG DI POKOK TENDUD/TAI
POKOK NYIOR BERSEBELAHAN POKOK TENDUD/TAI
Dulu buah ini banyak terdapat di Malaysia terutama di Utara iaitu Kedah dan Perlis.Tetapi sekarang jarang-jarang kita dapati pokok dan buah ini.Orang tua-tua di Kedah dan Perlis memanggil buah ini BUAH TENDUD tetapi ada juga yang memanggilnya BUAH TAI . Mungkin buah ini banyak terdapat di Thailand....Memang benar, hingga sekarang pun buah ini banyak terdapat di Thailand. Mereka menanamnya untuk diambil isinya dibuat air dan juga dimasukkan ke dalam ABC . Apabila masak pula, kulit dalam dan buahnya diproses untuk dijadikan gula tai.Gula tai ini boleh digunakan untuk membuat kerabu seperti kerabu mempelam dan juga kerabu sotong...ianya memaniskan dan melemakkan makanan kita.
Pada masa kak Fad berumur belasan tahun dahulu, terdapat banyak pokok ini di tepi sawah kepunyaan kakak Kak Fad di Padang Biak Jelempok Perlis iaitu 2 kilometer dari Arau dan 1 kilometer ke Kodiang iaitu rumah Kak Fad. Dulu Kakak Kak Fad selalu masakkan bengkang dan Lepat dari kulit Dalam Buah Tendud ini. Buah tendud yang masak dan kulit dalam yang berwarna kuning itu diperah airnya, kemudian ditapis dan diambil jelly dari kulit dalamnya itu. Kemudian dicampurkan sedikit gula, garam,santan dan tepung beras sebelum dimasukkan kedalam periuk pembakar..Dibawah dan di atas periuk diletakan ketulan sabut yang berbara. Kemudian dibakar sehingga masak dan wangi...Sungguh sedap dan harum bau bengkang tendud ini. Jika hendak jadikan lepat pula, proses bancuhan lebih kurang macam membuat bengkang tadi, tetapi adunan akan dibungkus di dalam daun pisang sebelum dikukus, lebih kurang macam buat lepat pisang.
Ketka musim bubur Asyura atau "Bubur Sora" kata orang Utara , daun Tendud boleh dipotong dan digunakan sebagai sudu atau camca untuk menyedok bubur yang panas tadi..Ini kerana daun Tendud ini agak keras dan lebar.
Sekarang ini pokok Tendud atau Tai ini cuma ada sepohon dua sahaja kelihatan di Utara Semenanjung Malaysia ini..Pokoknya pun terlalu tua dan tinggi .Kita terpaksa tunggu buahnya masak dan jatuh baru boleh diambil....manakala di Thailand, pokok-pokonya masih rendah kerana terdapat pokok-pokok yang baru ditanam....
No comments:
Post a Comment