Masa kanak-kanak yang Kak Fad lalui masih tidak dapat dilupakan hingga kini.Dulu pada tahun 1950an....kebanyakan dari keluarga kita bergantung kepada pekerjaan di sawah dan di kebun getah untuk dijadikan nafkah, menyara anak isteri. Bagi keluarga yang tidak berharta ,terpaksa mengambil upah menanam padi, mengerat padi, memukul padi di bendang orang kaya-kaya. Itu lah terjadi kepada keluarga Kak Fad.
Bila bukan musim menanam @ menuai, keluarga kak fad akan menoreh getah. Kak Fad masih ingat pada masa itu Kak Fad sendiri tidak dapat melihat kepenatan ibu bapa semata-mata. Masa cuti sekolah kak sendiri akan membantu ibu bapa menjalankan tugas-tugas tersebut. Sebab itu lah kita sekarang ini merasa insaf di atas keperitan hidup...manakala berlainan pula kehidupan kanak-kanak sekarang yang serba mewah , apa yang diminta tetap akan ditunaikan oleh keluarga.
Pada masa kanak-kanak juga, kak fad hanya membawa bekal ke sekolah.Kadang-kadang hanya 10 sen atau 5 sen sahaja yang mampu diberi oleh ibu untuk bekal.Ada masa kak fad tidak membawa sesen pun.Tapi, pada masa itu, ibu sempat merebus kacang kuda dan dijadikan bungkus untuk dijual kepada kawan-kawan....Jika kacang kuda habis laku, alangkah gembiranya kerana keesukan harinya dapatlah wang saku 10 sen atau 20 sen.Masa itu kami membawa beg rotan ke sekolah, lebih kurang macam beg ke pasar...Bila darjah 6 ,barulah ada beg peti yang dihadiahkan pada hari Penyampaian Hadiah kerana cemerlang di dalam pelajaran.
Masa itu kami terpaksa membeli buku sendiri, buku tulis maupun buku teks, bayangkan wang yuran lagi, beli buku lagi dan pendapatan keluarga hanyalah lebih kurang 2 ringgit sehari....dan ada hari yang tidak ada pendapatan masuk langsung terutama apabila hari hujan dan getah tidak dapat ditoreh.......
Masa kanak-kanak ketika itu sungguh menggebirakan apabila pulang dari sekolah,mandi dan pergi rumah Tok Guru mengaji Al-Quran...di situlah kami diajar sembahyang berimam.....kami akan disuruh mangangkat air dari telaga untuk dipenuhkan di dalam kolam mandi Tok Guru, kami kena basuh pinggan, basuh baju, seterika baju dan ada masa terpaksa menumbuk padi dan tepung. Rumah Tok Guru senantiasa bersih kerana anak murid menyapu setiap hari....Bagi murid yang sudah lancar membaca Al-Quran, kami disuruh mengajar pelajar-pelajar yang tidak berapa pandai membaca dan yang masih membaca Muqaddam.....Walaupun teruk berkhidmat untuk Tok Guru pada masa itu, kami sempat beribadat , membaca Quran dan belajar hukum2 dalam beribadat.
Bila tiba hari cuti Jumaat dan Sabtu, kami bebas merayau ...pada masa itu, kanak-kanak akan berkumpul di rumah kawan-kawa yang mana terdapat pokok mempelam, setoi dan lain-lain buah.Bila musim mempelam, ketika angin bertiup kencang, masing-masing akan berebut mendapatkan buah yang jatuh...himpun, tapi akhirnya berkongsi makan bersama...Masa tu, tidak pernah rasa bersalah tunggu di bawah pokok orang , sebab semua kanak-kanak bertindak demikian....dan tuan punya pokok juga tidak pernah melarang...Pada masa itulah, kanak-kanak pandai mencari makanan sendiri...Di kebun, apabila bersama ibu menoreh getah, kami pandai mencari rebung, buah mata itik,daun letup untuk dijadikan sayur apabila balik nanti....Apabila ke swah pula, kami akan merayau mencari pokok goncarg, pokok keriang burung......sehinggakan habis baju kami menjadi warna ungu kerana buah keriang tersebut......
Kita sambung lagi..........
Salam Kak Fad,
ReplyDeletebest lah cerita nostalgia macam tu..kalau anak-anak baca mereka akan kata itu kisah novel..walau itu sebenarnya kisah betul..
zaman dulu mmg beza sgt dgn zaman la ni..bukan lagi merdeka mcm dulu..budak2 zaman la ni bila pandai je bercakap teruih kena masuk tadika..xdan nak rs zaman kanak2 sepenuhnya..
ReplyDelete