POKOK BELINGGAI
POKOK NAMNAM
Dulu-dulu dalam tahun 60an dan 70an buah-buah ni sangat banyak didapati, malah kami kanak-kanak, orang tua2 dan remaja selalu makan buah-buah ini....sekarang ianya dah pupus.Malah ada di antara kanak-kanak dan remaja tidak pernah kenal buah-buah ini. Nak makan buah ni kena belah, isinya warna coklat, banyak biji dalamnya...ada orang makan begitu sahaja, tapi ada pula yang suka makan dengan santan
.
BUAH BELINGGAI. KULITNYA KERAS
BUAH NAMNAM -ISINYA MASAM TAPI SEDAP
Buah namnam sedap dimakan dengan ( colek) atau garam belacan bagi orang Utara.Rasanya masam dan kadang kala kelat, tapi sedap...Khasiatnya ialah ubat kepada diabetes (kencing manis) . Daun dan akarnya boleh direbus dan air rebusan diminum.Buah namnam akan berbuah sepanjang musim...sangat disukai ulat, kadang2, buah namnam akan rosak jika tidak dibalut..Ia berbuah dipangkal dahan atau batang pokok.
Buah Gelinggai ni sedap dimakan dengan santan dan air gula merah, boh ais lagi sedap. Kak Fad ada tanam ka pokok ni? payah jumpa dah la ni.
ReplyDelete