Ketika cuti sekoalah Kak Fad akan ikut mak kak fad ke sawah padi juga...Pada masa itu mak Kak Fad pernah menyewa sawah orang, oleh itu kami sekeluarga akan berusaha bersungguh2 agar padi yang ditanam membuah hasil yang baik.Pada tahun 1970an....ada lagi pengusaha sawah yang membajak sawah menggunakan tenaga sendiri dan ada yang mengupah tractor kecil yang dinamakan ISIKI & KUBOTA.bagi keluarga Kak Fad kami hanya membanting tulang empat kerat menajak, membuang rumpai,menyangkul lumpur dengan menggunakan cangkul.....Ketika itu benih padi sudahpun direndam di dalam guni yang disibar air.....Dibendang pula, bapa kak fad akan menyediakan tapak semaian dengan mencangkul lumpur, kemudiannya disisir menggunakan batang pisang yang ditarik dari depan ke belakang supaya lumpur menjadi rata dan lembut. Apabila semai di dalam guni tadi agak keluar "Mata" , maka kami pun menabur semai itu bersama2 ke tanah lumpur tadi.....Sementara menunggu semai naik ke paras lutut , kami bajak sawah iaitu menajak, mencangkul untuk melembutkan tanah....kemuduan air dari petak jiran akan dibuka untuk disalurkan ke tanah kami pula.....
Masa untuk memindahkan semai ke sawah adalah masa yang menyeronokkan. Kak Fad akan ikut mak untuk cabut semai....Semai akan direntap dengan tangan....kemudian lumpur yang ada di semai itu akan disepak dengan kaki dan dicelup ke dalam air untuk mengeluarkan lumpur.Kadang-kadang lumpur akan singgah di kepala dan muka, tatapi bau tanah lumpur adalah satu nikmat ketika itu.Bila semai sudah dibersihkan ianya kan diikat dengan batang bemban. Kemudiannya semai ini akan di hantar ke sawah yang lapang dan dipenuhi air paras betis.Pada masa ini banyak lintah yang akan mengambil kesempatan menghirup darah dari betis-betis kami yang sibuk bekerja , cuma kadang kala sahaja melekangkan mereka dari betis..
Ekor semai tadi dikerat, dan proses menanam padi bermula. Selalunya kami akan "BERDERAU" iaitu berpakat menanam ..maknanya jiran akan tolong tanam di sawah kita dan lepas itu kita pula akan menolong di sawah mereka.Anak semai yang dicantum sebesar ibu jari akan ditanam ke dalam tanah dari depan ke belakang, iaitu penanam akan berundur sambil menanam padi tersebut.Kami akan menanam dari pagi seawal jam 7.00 dan berhenti minum jam 10.30 atau 11.00 pagi.Petunjuk jam pada masa itu ialah apabila keretapi lalu , bermakna waktunya sekitar jam 11.00 pagi..Mana la kami mampu nak beli jam tangan pada masa itu...Makanan yang dibawa pada masa itu ialah air kopi yang dibubuh di dalam flask(thermos), kueh seperti cucur kodok, cucur pisang, pulut inti, Pak Tengko ( seperti Donat tetapi panjang)..dan lain-lain kueh yang mudah dibuat dan perbelanjaannya murah......
Selepas makan, kami akan turun semula ke sawah dan terus menanam.....hinggalah penuh berelung-relung tanah ...Apabila matahari terik pula kami berhenti teduh di dangau atau di bawah pokok keriang, pokok goncar atau pokok ibus yang ada di sawah....Kadang-kadang kami akan masak nasi di dangau, patahkan cabai melaka @ cili api digaul bersama belacan, garam , asam dipanggil "air asam". Kami akan gunakan bara api selepas masak nasi tadi untuk memanggang ikan puyu, haruan atu keli yang ditangkap di sawah juga..Ikan tadi boleh dibubuh garam atau boleh juga dijadikan ikan "TAWAR" iaitu dilenyekkan ke dalam AIR ASAM tadi....Selalunya kami akan ada sejenis sayur sahaja iaitu sayur manis ikan sawah tadi yg direbus dan dimasukkan belacan, garam, serai dan asam putik......Sungguh sedap......Makanan ringkas begini pun mampu kami habiskan kira-kira 2 pot sukatan beras yang kami tanak tadi......Ulam-ulaman pula kami petik di sekitar sawah juga seperti daun janggus, daun putat dan daun midin iaitu paku pakis berwarna merah...yang direbus.....
Selepas makan kami sempat berehat dan mak bersolat dengan hanya menggunakan kain batik sahaja sebagai telekung....tikar mengkuang sudah ada di dangau itu, kami tinggalkan bersama-sama peralatan lain seperti periuk, belanga, cerek, senduk....masa itu belum ada penagih dadah dan pencuri besi buruk, oleh itu selamat lah bagi kami meninggalkan peralatan masak di situ....Kami dapatkan air dari sungai berdekatan dan ada juga telaga ditengah sawah sebagai punca air.....
BERSAMBUNG......
No comments:
Post a Comment