Have A Look

Tuesday, April 26, 2011

SIAPAKAH GURU?

AKTIVITI KELAB DAN PERSATUAN
PERTANDINGAN MEMBUAT SANDWICH DAN MENGHIAS HIDANGAN 

Kan saya dah kata ,guru sangat kreatif.Guru serba boleh...Idea guru berbagai-bagai.Guru akan fikirkan apa saja aktiviti untuk merangsang minda pelajar disamping memenuhi,melengkapi,meyibuk,dan banyak 'me' dan 'mem'... lagi agar pelajar-pelajar tiada mempunyai banyak masa untuk dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah.Oleh itu, simpati lah dan perihatin kepada guru....Guru tidak sewenang-wenangnya dapat bergembira meraikan banyak cuti seperti yang disangka oleh orang lain...Kami guru menjalankan aktiviti seperti ini setiap minggu pada hari yang tidak ada kelas tambahan. Aktiviti ini dijalankan selepas sembahyang zohor,bermula jam 2.40 petang hingga 3.40 petang.... Kelas tambahan setiap hari dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang kecuali Selasa kerana aktiviti Persatuan,Kelab, Badan Beruniform,Permainan.

 Memotong buah tomato

 Membuat inti ,sardin dan memotong karot



 Bekerjasama 

Kelab Koperasi

 Pengadil Pertandingan,GKanan Vocational Teknik

 Ketua Pengadil Pn Aspalela,Guru Kanan Bahasa

 Gabungan yang baik


 Sandwich Fesyen baru


 Penganjur (Pn. Rusidah dan PK KOko ( En Rosli Ismail)

 Hidangan siap


 Guru-guru Penasihat

 Hakim Lelaki En Zulkely Johari

Dapat rasa daun salad saja,yang lain dah habis

Hadiah untuk Pemenang dan peserta akan diberi pada Hari Ahad Minggu Ketiga . Tahniah kepada Yang menang..Yang lain tahniah kerana Berpersatuan dan anda juga akan mendapat Sijil Penyertaan.

Saturday, April 23, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA

Sebenarnya Malaysia kita ini tak kurang dengan keindahan.Banyak tempat menarik yang kita dapat lawati..,malah kita rasa nak lawat dua tiga kali kerana tempat tersebut dapat memikat hati dan pandangan kita.Bukan itu sahaja,makanan,tradisi,tempat membeli-belah juga mendapat tarikan pelancong tempatan dan juga pelancong luar.Bila penat bekerja dan cuti yang kita dapat hanya sehari dua,sempatlah kita melawat dan jayakan CUTI-CUTI MALAYSIA....
Baru-baru ini iaitu pada 21 April,kami sempat melawat Langkawi,sempat berseronok meluangkan masa,melihat keindahan tempat-tempat cantik di Langkawi sambil membeli belah juga.























LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. HEBIARG:  MAKSUDNYA  ( i) MULUT CELUPAR ATAU  ( ii )  RASA MAKANAN YANG TAWAR SANGAT.
 Contoh Ayat:- 
a." Cuba hang jangan dok buat mulut HEBIARG sangat. Tok sah dok tegur ,makan apa yang orang jamu"

b. Budak ni masak apa pun tawar HEBIARG,tak dak garam kot."
    
2. BALORG :  MAKSUDNYA  ( i ) KESAN PUKULAN ROTAN PADA BAHAGIAN ANGGOTA BADAN ATAU  (ii) ORANG YANG BERSIFAT PEMALAS.
Contoh Ayat:
  a ." Kesian budak tu,bapa dia CENGE...tibai anak sampai lekat BALORG."

  b. " Hang jangan dok jadi BALORG LIAT sangat.Cuba pi tolong mak hang buat kerja kat dapur tu"  

3. CENGE : MAKSUDNYA SIFAT BENGIS
Contoh Ayat: 
   a.. " Aku tak berani la nak minta duit dari ayah aku,dia tu CENGE sangat".

Wednesday, April 13, 2011

MY SPECIAL SON SYAZLAN

SYAZLAN IS PROGRESSING.HE'S ABLE TO WALK FARTHER AND FASTER. I'M SO PLEASED ....THANK GOD....SYAZLAN....DON'T GIVE UP...KEEP ON PRACTICING...

video


video

SYAZLAN.MAK SAYANG SYAZLAN.SYAZLAN ADALAH ANAK YANG TIDAK PERNAH PUTUS ASA....SYAZLAN ANAK YANG RAJIN.TERUSKAN PERJUANGANMU NAK........!

Sunday, April 10, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. MEGHI:  MAKSUDNYA ELASTIK ATAU  BOLEH KEMBANG (EXPAND).
 Contoh Ayat:- 
a." Kain ni MEGHI la...kat pinggang aku dah longgarg dah.."
   
2. BELENANG :  MAKSUDNYA TERLALU BANYAK KUAH,MELIMPAH.
Contoh Ayat:
  a ." Isshhh...gulai ni pekat dan BELENANG aih, sampai penuh mangkuk, sedapnya"
  
3. TEPEGHELUIH : MAKSUDNYA TEREBAH MASUK KE DALAM LOPAK ATAU LUMPUR ATAU LUBANG.
Contoh Ayat: 
   a.. " Kaki aku ni dok sakit lagi pasai tadi TEPEGHELUIH masuk dalam lubang lantai tu. " 

Friday, April 8, 2011

SIAPAKAH GURU?

GURU SERBA SERBI BOLEH

1. GURU MENGAJAR
2. GURU MENDIDIK
3. GURU MENGASUH
4. GURU MEMBIMBING
5. GURU MENJAHIT
6. GURU BERMAIN
7. GURU MENYANYI
8. GURU MENAIP
9.GURU MENGURUS
10. GURU MEMERIKSA
11. GURU MEMANDU
12. GURU MERUMPUT
13. GURU MENGUMPUL BANYAK BENDA
14. GURU MENGIRA/MENGHITUNG
15. GURU MENYOAL SELIDIK
16. GURU MENERIMA PUJIAN DAN HENTAMAN JUGA
17. GURU MENGAWAL KESELAMATAN
18. GURU MELATIH




BANYAK LAGI YANG GURU LAKUKAN.......LAGI DAN LAGI DAN LAGI....LIHATLAH KEMAMPUAN GURU!!!!!!

 Pelajar bermain Batu 7 ( Selambut)..Seremban...


 Guru-guru  juga bermain

 Giliran cik Gu Shidah

Cik Gu Shuhaini yang paling cekap


Pada hari Selasa 5 April,guru-guru dan pelajar diwajibkan menghadiri Aktiviti Kelab dan Persatuan.Oleh kerana minggu tersebut adalah  minggu ujian ,ramai pelajar yang tidak bersedia untuk beraktiviti....Guru pula sememangnya mempunyai daya creativity  sendiri.Bergabung di antara 4 Kelab, ahli-ahli  diberi peluang mengutip anak-anak batu untuk bermain Batu Selambut @ Lambung Keling @ Batu Seremban ...Ada yang gemar bermain Dam dan Tuju tin....Sungguh seronok...

Guru-guru juga turut bermain ....Rupa-rupanya masih cekap lagi guru-guru bermain Batu Selamabut...Hampir secekap pelajar-pelajar juga.

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. PEGHAM:  MAKSUDNYA DOK SIMPAN GERAM DALAM HATI, SIMPAN PERASAAN NAK BALAS DENDAM.
 Contoh Ayat:- 
a." Aku dok PEGHAM lama dah...ni sampai masa dah aku nak suarakan tak puas hati aku ni"


2. BANGSANG :  MAKSUDNYA PANTANG DICABAR ATAU TERCABAR ATAU KONTRA DARI KEHENDAK SESEORANG.
Contoh Ayat:
  a ." BANGSANG aku kalau orang tak ikut arahan, lepaih ni jangan tanya apa dah..."
  
3. PEKIN : MAKSUDNYA JIMAT
Contoh Ayat: 
   a.. " Hampa ni belanja tak tau nak PEKIN langsung...ingat senang ka nak dapat Duit"

Monday, April 4, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. MELENGUM:  MAKSUDNYA TERMENUNG SEOLAH-OLAH BERANGAN MATA PANDANG NUN JAUH ENTAH KE MANA,NAMPAK MACAM SUSAH HATI.
 Contoh Ayat:- 
a." Awat yang hang dok MELENGUM tu? ada masaalah apa kah..nampak macam runsing saja"?
    " Aku MELENGUM la teringat cucu-cucu aku  dok jauh-jauh semua..tinggai aku dengan Tok Wan dia saja"
2. PALARG :  MAKSUDNYA INGIN ATAU BERKENAN.
Contoh Ayat:
  a ."Kahwin la tumpang muda, satni bila dah tua,sapa pun pun tak PALARG dah"
  
3. SENTOT : MAKSUDNYA TERPENDEK ATAU TERMASUK KE DALAM ATAU TAK JADI DAH/TERBANTUT
Contoh Ayat: 
   a.. " Bila aku masuk tandas tu Masya Allah punya kotorg,nak buang ayark pun tak jadi TERSENTOT pi dah."
   b. " Awat yang lepat liat tu SENTOT pi dah,tadi dok panjang lagi? "
       " Mau ka tak SENTOT,dah masak dia koi pendek la"


4. SENTAP: MAKSUDNYA TERPENDEK atau TERKECIK/KETAT SELEPAS DIBASUH ( untuk kain/baju)
  Contoh Ayat:
      a. " Baju aku ni SENTAP la...kwe  kecik  ,tak berapa padan dah"            
              : UNTUK  orang pula SENTAP maksudnya MERAJUK TAK TENTU PASAL....
    Contoh Ayat:
      b. " Shimah tu SENTAP pasai apa tak tau,tak mau cakap dengan aku...gasak pi la,aku pun tak heran aih"


5. KWE : MAKSUDNYA SEMAKIN (MASA) ATAU LAMBAT LAUN....
   Contoh Ayat:
   a. "Amboi ! anak hang ni KWE sehari KWE segak aih"