Have A Look

Saturday, October 9, 2010

MENYINGKAP ZAMAN KANAK-KANAK

Waktu di kelas REMOVE, kami yang datang dari Utara Tanah air kebanyakannya mempunyai masaalah bertutur Bahasa Inggeris berbanding pelajar-pelajar dari Johor, KL dan Melaka...Oleh kerana itu, kami terpaksa bersama-sama kumpulan utara bila masa rehat. Walaubagaimanapun, disebabkan denda dan demerit marks yang terpaksa ditanggung, dalam masa 6 bulan, kebanyakan kami sudah boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris.Kak Fad berasa bangga dan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran pada masa itu kerana adakan kelas seumpama bagi memantapkan lagi bahasa international ini kepada pelajar-pelajar kerana Sekolah Tun Fatimah pada masa itu adalah dalam Aliran Inggeris.

Satu masalah sudah selesai, tetapi ada lagi masaalah kedua, lidah Kak Fad pada masa itu susah untuk menggunakan pelat atau loghat selatan.....rasa macam tak betul saja bila menyebut perkataan yang berbunyi "A" terpaksa dibunyikan "E"......,bukannya apa  , takut pula nanti yang tidak sepatutnya di "E" kan, pun tersilap sebut. Contohnya kalau di utara kami sebut "saya" tetapi mereka di selatan menyebut "saye" , sedangkan BOLA tidak pula disebut BOLE.

Bila guru Bahasa Melayu menyuruh kami orang utara membaca petikan atau cerita, hati berdebar-debar sentiasa....Seorang kawan Kak Fad biasa disuruh guru Bahasa Melayu Cik Kalsom untuk membaca sejarah Melaka...Bila Kak Fad teringat peristiwa itu, Kak Fad tersenyum sorang-sorang.Kawan Kak Fad pun takut macam Kak fad juga, dan dalam bacaan tersebut kawan Kak Fad dengan susah payah terpaksa membaca ayat yang lebih kurang bunyinya begini  : " Make pade suatu hari sedang mereke  bermain sepak rage, se orang tersepak bole terkene kepale anak seorang kaye...."

Kami yang dari utara ni malu yang teramat sangat, tapi apa nak buat....bila di tempat orang ni......Sejak hari itu, kami geng utara rasa lebih baik cakap bahasa melayu baku sahaja iaitu menyebut  "a" bagi penghujung perkataan yang dieja "a"....


1 comment:

  1. yerlah..orang kedah ..cakaplah Kedah..
    Mama tak kira..dengan orang melayu kat Perth pun mama cakap loghat Kedah..
    Hidup bahasa Kedah!

    ReplyDelete