Have A Look

Wednesday, October 6, 2010

MENYINGKAP ZAMAN KANAK-KANAK

 SAMBUNGAN ...............................
Masa darjah satu hingga darjah enam  , kak fad bersekolah di SRTB ( sekolah Rendah Tunku Bendahara) Kodiang....Masih ingat lagi, guru kelas darjah 1 Cik Gu Mad London, digelar kerana dia pandai cakap orang putih. Masa darjah 1 kak fad tidak berapa pandai, sekadar mendapat nombor 9 dalam kelas, maklum lah masa itu, cuma anak-anak kerani atau orang yang kerja saja yang kenal a, b, c...kak fad adalah diantara pelajar yang waris tidak kenal huruf rumi, cuma bapa kak fad saja yang tahu menulis alif, ba, ta.....kak fad mula menonjol ketika darjah dua...Pada penggal pertama Kak Fad mendapat nombor 2, dan seterusnya kak fad selalu dapat nombor 1.Semasa Darjah 3, kak fad mendapat nombor 1 sepanjang tahun, tetapi bila di darjah 4, kak fad biasa dapat nombor 3 kerana pada masa itu emak kak fad dimasukkan ke hospital Kangar . Bila darjah 5 dan 6 kak fad sentiasa dapat nombor 1 dan 2 sahaja, dan dalam peperiksaan penilaian darjah 5 ,kak fad dapat semua A...Oleh kerana itu, kak fad dipilih mengambil peperiksaan untuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Kak Fad berjaya dan dihantar ke Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru......

Pada hari Kak Fad nak bertolak ke Johor Bahru, cuma abg Kak Fad saja yang hantar...mak dan ayah Kak Fad tidak ikut kerana wang untuk belanja dan tambang hanya untuk 2 orang...Itu pun sejumlahnya adalah wang kutipan guru-guru yang sangat terharu dan gembira kerana pertama kali pelajar sekolah itu dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh jauh ke selatan .Masih terasa kesedihan mak kak fad yang tidak pernah berpisah menangis melambai tangan ketika bas mini ( bas sewa) yang menghantar kami 4 orang ke Johor Bahru.Kawan-kawan kak fad masa itu ialah Che Su Saad dari Tunjang, Norhayati Basha juga dari Tunjang dan Fatimahwati Ibrahim dari Padang Lumat Kedah. dalam ramai2, semua ditemani seluruh keluarga kecuali kak fad.Mereka adalah pelajar-pelajar dari keluarga berada, bapa mereka bekerja dengan kerajaan. 

Setibanya kami di Johor Bahru, kami disambut oleh pelajar-pelajar seniors yang sangat petah berbahasa Inggeris....Mereka bercakap dalam bahasa melayu hanya dengan tetamu tetapi sesama mereka...Masya Allah....kak fad dan kawan-kawan tercengang-cengang dan merasakan seolah2 berada di tempat lain, bukan di Malaysia.Masa itu, kak fad hanya pernah melawat dua buah negeri sahaja iaitu Kedah dan Perlis.Alangkah terperanjatnya bila orang-orang di Johor petah bercakap dalam bahasa Inggeris dan juga menggunakan pelat selatan.....Kami berempat merasakan seolah2 "out of place"....rasa sedih bila keluarga meninggalkan kami untuk pulang, apatah lagi kami berempat tidak ditempatkan di Dormitory yang sama.

Dulu, cara untuk berhubung hanyalah dengan menulis surat..Mak kak fad berulang kali berpesan supaya selalu hantar surat....Kak Fad akan mengutuskan surat sekurang-kurangnya 2 kali sebulan....Apa yang menyayat hati, bila mak kak fad memberitahu bahawa dia terpaksa mengupah orang lain membaca dan membalas surat kak fad memandangkan dia tidak boleh membaca dan menulis.... kadang-kadang sipenulis dan sipembaca tidak mengambil upah tersebut memandangkan kesusahan yang mak kak fad terpaksa tanggung menyara kak fad. Kak Fad tidak mendapat biasiswa pada tahun pertama iaitu ketika di masukkan ke Kelas Peralihan atau REMOVE CLASS. Kami dialihkan dari aliran Melayu di sekolah rendah ke aliran Inggeris selam setahun.

Kak Fad masih ingat, guru kelas masa REMOVE adalah seorang guru Cina bernama Miss Goh.Dia hanya bercakap Inggeris,walaupun kami membalasnya dalam bahasa Melayu. Setelah beberapa hari, beliau memberi amaran sekiranya sesiapa bertutur dalam lain bahasa selain bahasa inggeris , denda 10 sen dikenakan untuk satu perkataan.Bukan itu sahaj, apa-apa kesilapan yang kita lakukan akan dihitung sebagai DEMERIT MARKS dalam bentuk berapa kali kesalahan dibuat dan hutang dikumpul untuk dibayar apabila wang saku pelajar-pelajar sekolah Asrama Penuh iaitu  Rm10.00 sebulan diberi dihujug bulan.

SAMBUNGAN........NANTI YA.......

No comments:

Post a Comment