Have A Look

Monday, February 14, 2011

MY SPECIAL SON SYAZLAN








My special son Muhammad Rossyazani Fadzlan ( SYAZLAN) was born 0n 21 October 2000…Dia dilaporkan dalam posisi melintang di dalam perutku.Dia adalah di antara anak yang terpaksa menanggung  kepayahan  fizikal dan mental akibat kelewatan pihak hospital bertindak menerimanya lahir ke dunia ini.

Semasa aku berasa  sakit nak bersalin,aku pergi awal ke hospital iaitu pada pukul 9.00 pagi 21 Oktober 2000. Bila doctor memeriksaku, dia minta aku tunggu dan nurse yang bertugas memberi sekeping kertas untuk aku catatkan pergerakan bayi di dalam perut…. Aku patuh…Pada mulanya memang baby bergerak kuat,lama kelamaan baby bergerak perlahan dan semakin diam…

Pada jam 8.30 malam,tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang pelik berlaku.Aku terus memanggil doctor dan nurse dan apabila diperiksa didapati tali pusat baby sudahpun keluar dan sudah pasti aku akan dibedah untuk mengeluarkan baby.Aku sendiri sign surat kebenaran kerana suamiku yang sudah lama menunggu dari pagi pergi makan mee bungkus yang dibeli untuk aku tetapi aku tak berselera nak makan.Dia dipanggil kemudiannya untuk menunggu diluar bilik bedah.Aku dibedah pada jam 10.30 malam.

Apabila dibedah,kata doctor,anakku tidak menangis buat beberapa minit,dah diberi rangsangan baru ia menangis. Anakku telah lemas di dalam kandungan sebelum bersalin .Kemudian baby ditahan di NICU  selama 14 hari dalam incubator.Mula-mula dia tidak pandai menyusu dan hanya diberi susu melalui tiub sahaja.Aku terpaksa mengajarnya menyusu selam 2 hari sebelum diberi kebenaran pulang.

Apabila baby pulang , dia menangis tak berhenti-henti siang dan malam…Macam-macam cara diikhtiar oleh ibuku..Maklum lah orang tua-tua lebih percayakan ubat tradisonal dan cara bomoh kampung..Aku turut sahaja kerana tidak mahu kecewakan ibuku.Dalam pada itu,aku sentiasa membawa Syazlan ke hospital untuk pemeriksaan dan fisioterafi. Didapati pendengarannya baik,cuma penglihatannya tertulis "see a thousand island"..Aku tidak cuba memahaminya kerana pihak hospital telah memberi temujanji untuk pembedahan matanya tetapi 2 kali temujanji yang diberi adalah pada hari cuti umum..Akhirnya aku batalkan untuk pembedahan matanya kerana tidak sampai hati mendengar jeritannya apabila doktor menitiskan ubat kembang urat mata yang pedih beberapa kali..Aku buat keputusan untuk tidak meneruskan treatment tersebut memandangkan Syazlan memang nampak walaupun dari jarak jauh..., cuma apabila dia pandang sesuatu,dia akan langut ke atas sedikit.....


Selain Syazlan menghadapi masaalah fizikal dan mental,yang paling merunsingkan aku ialah sakit Epilepsy atau Sawan tariknya yang berlaku tak menentu. Kadangkala sebulan sekali,ada kalanya 3 tahun sekali..iaitu pada masa umurnya 7 tahun hingga 10 tahun, tiada sawan yang berlaku,tetapi bila umurnya 11 tahun,dia dah 3 kali diseranga sawan..Kali pertama dan kedua cuma 2 minit,tetapi kali ketiga hampir 20 minit...Berbagai cara telah ku ikhtiarkan tetapi sehingga kini masih aku dalam  kesedihan dan kerunsingan.

Syazlan mampu meniarap seperti kanak-kanak lain,tetapi apabila sampai masa untuk menyulur,dia mula menunjukkan cara yang aneh…iaitu berguling ke kiri dan ke kanan, tidak mampu menyulur…Pada masa itulah..aku dapat kesan yang pergerakan Syazlan terbatas.Aku mula risau…Doktor menyatakan bahawa anakku adalah anak CEREBRAL PALSY.. Aku dan suami merasa sedih….memikirkan nasib anakku di masa akan datang…

Apabila umurnya 2 tahun, dia boleh merangkak,dan hingga sekarang pergerakannya adalah merangkak.Walaupun begitu,Syazlan adalah kanak-kanak yang pintar. Dia akan faham apa yang kita cakapkan, walaupun dia tidak mampu bercakap.Malah dia memberi respon dengan menggunakan tangannya. Tetapi pergerakan tangan dan kakinya juga terbatas.Pada umur 6 tahun ,aku menghantarnya ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Arau ( di bawah JK Masyarakat)..

Kadang-kadang aku rasakan juga kelucuannya..kerana bila banyak perkara yang hendak diberitahunya , tetapi hanya satu petunjuk sahaja yang dia mampu buat. Contohnya..kalau dia letakkan tangan di atas kepalanya…boleh memberi maksud:
1.
          1.   Sakit kepala
2. 2.  Hendak mandi
3.  3.  Nak makan Putu Mayung (sbb putu bunyi macam kutu)
4.  4.  Tok yang ada uban
5.  5. Fikir dulu ( kalau dia nak fikir apa yg kami Tanya)
6.  6.  Tabung haji..sbb dia tau duit dia ada di dalam Tabung Haji…
7.7.Kalau anak pengasuh ajak main dam…dia tunjuk mulut makan,kemudian tunjuk kepala sebab menang main dam..naik haji…
Isyaratnya itu bergantung pada keadaan ,kami kena ambil faham sendiri lah….terpaksa teka…kalau betul dia lompat gembira,kalau salah tekaan kami…dia akan goyang dan kibarkan tangan tanda tak betul.dan dia akan menjerit minta kami buat tekaan yang betul.


 Dia cuba imbangkan badannya...ada kalanya jatuh ke hadapan.. 




Mengimbangi tangannya...

Sekarang Syazlan sudah berumur hampir 11 tahun..dia masih belajar berjalan..Tiap-tiap petang,kami akan melatihnnya berjalan di hadapan rumah..Apa yang mengembirakan aku……

SYAZLAN SUDAH MULA BERJALAN TANPA PERLU DIPEGANG….DIA DAH MULA BERJALAN 20 TAPAK DAN LEBIH…TETAPI PERGERAKANNYA MASIH TERUMBANG AMBING…..ALHAMDULILLAH….SYUKUR….

4 comments:

  1. wow!!!
    syazlan dah boleh jalan dah???
    tahniah.....kak fad x pernah jemu dan putus asa..
    inilah hasilnya...
    jgn risaukan syazlan, die seorang yg kuat..mungkin lebih kuat dari kak fad....dan die mempunyai abang2 yg sayangkan die sepenuh hati.

    ReplyDelete
  2. Happy sgt Jupa...Tolong doakan agar syazlan boleh jalan ok...maklum la,mak dan abah pun dah x laghat nak dukung dia...abg2 pun dah nak kerja....kekadang bila kami nak bawa dia jalan masaalah juga... Kalau boleh kami nak bawa dia jln ke mana kami pi sbb nak bagi dia pun sama2 lihat keindahan alam....huh...huh...huh......

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...mak & ayah nak pi Mekah ni mintak mereka doakan sekali lagi di depan Kaabah ye MAk Chaq...

    ReplyDelete
  4. Berkat doa semua yg berdoa di Mekah juga termasuk Farah & kawan2 serta sanak sedara mak chag juga....Terima kasih sume

    ReplyDelete