Have A Look

Sunday, February 13, 2011

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS

BELIMBING BULUH


Belimbing buluh adalah sejenis pokok tempatan dan ianya bermusim…Ianya banyak mengeluarkan buah pada awal tahun iaitu pada bulan Januari,Februari dan Mac. Walaubagaimanapun ada kalanya ia berbuah pada silap musim..tetapi tidaklah begitu menjadi seperti pada awal tahun.Buah belimbing buluh biasanya sebesar ibu jari tangan,tetapi ada yang subur dan sebesar ibu jari kaki.Ianya berbentuk bujur.Terdapat dua jenis belimbing buluh iaitu belimbing buluh hijau dan belimbing buluh putih kuning. Kedua-duanya sama 
sahaja rasa masamnya.


Belimbing buluh  banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti masak lemak cili api,  udang, ketam dan ikan juga. Jika dimasukkan buah belimbing,tidak perlu masukkan asam keping(gelugur) atau asam jawa lagi  kerana ianya juga masam. Untuk membuat sambal belacan pula,boleh dihiris-hiris nipis,digaul bersama sambal belacan .Untuk lebih sedap lagi boleh digaulkan bersama udang Kepal @ udang kepoi ( udang kecil ,ringan) banyak terdapat di utara. Boleh juga  dibembam (bakar) atas api atau letak saja ke atas nasi yang hampir masak,kemudian keluarkan dan terus 
dilenyekkan ke dalam air sambal belacan .




 MASAK LEMAK KUNING IKAN TENGGIRI BERSAMA BELIMBING BULUH

SAMBAL BELACAN BERSAMA BELIMBING BULUH DAN UDANG KEPAL @KEPOI @ @ SEGHOI




Buah belimbing juga boleh dibuat acar di mana ianya dijemur berhari-hari hingga betul-betul kering dan kemudiannya dicampur dengan buah-buahan kering lain untuk dijadikan acar dan ada juga yang dibuat halua dan ianya boleh dijadikan gubahan untuk hantaran perkahwinan.….
Belimbing buluh juga boleh digunakan untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti mencairkan darah, minum air untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat,buahnya disagat kemudian dicampur dengan sedikit garam dan disapu ke kulit muka,terasa sedikit pedih pada mulanya,tetapi kalau diamalkan ,akan semakin sembuh.
Daun-daunnya pula boleh direbus untuk mengubat penyakit kuning bagi kanak-kanak . Petua orang tua-tua,jika terdapat ibu-ibu yang baru lepas   keguguran,vdihalang dari menghampiri atau lalu di bawah pokok belimbing….tapi tidak diberitahu pula mengapa?????


Untuk mengubat batuk daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus,ditapis dan diminum .
Daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghalau lalat. Boleh diramas-ramas dan kemudian taburkan dimeja buat seketika. Lalat tidak suka bau daun belimbing buluh. Daunnya juga boleh merawat penyakit gatal-gatal dan  bengkak-bengkak serta sakit gigitan serangga. Untuk menghilangkan sakit tumit atau tapak kaki daunnnya boleh  digosok pada bahagian tersebut.


Bunga belimbing berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahannya.Belimbing buluh tidak tahan lama…walaubagaimana cara simpanannya, ia tetap akan menjadi lembut,lembek,dan akhirnya akan busuk…oleh itu ianya perlu dipetik hanya sekadar untuk dimakan semasa sahaja.


 Belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan kotoran pada tangan atau boleh di ramas airnya untuk digosok pada badan agar hilang bau badan...Boleh juga digunakan untuk hilangkan kesan kotor pada pakaian dan kadang-kadang digunakan jugak untuk mencuci barang-barang tembaga,keris  supaya kelihatan lebih berkilat. 


No comments:

Post a Comment