Have A Look

Tuesday, February 15, 2011

NOSTALGIA KOLEKSIKU

BAJUKU DI TAHUN-TAHUN 80an dan 90an...

Dulu masa tahun 80an dan 90an kebanyakan orang memakai pakaian berfesyen kerana masa tu ramai lagi yang tidak bertudung..Macam-macam fesyen baju kurung modern yang direka sendiri maupun terserah kepada tukang jahit untuk membuat sebarang rekaan.Kadang-kadang bila ada suatu rekaan yang ditempah di situ,yang lainnya akan turut meniru fesyen tersebut.

Bagiku…aku lebih suka mereka pakaianku sendiri.Aku bukanlah seorang pelukis atau pandai dalam bidang seni,tapi aku pandai mereka bajuku sendiri pada waktu itu.Maklum lah badan masa itu masih kurus kering, masih boleh pakai  sebarang fesyen termasuk kain senyum,flare,kain belah selisih sekejap nampak sekejap tak nampak , dlln lagi. Baju pula ada yang dipasangkan ribbon,renda,manik,tampal bunga dan dijahit kerawang….




Baju ini dijahit oleh tukang jahit Cina  yang tinggal di belakang kedai jam bertentangan Caltex Kodiang. Baju ini sebenarnya aku ambil dari Majalah Nona tetapi bahagian yang berbunga itu dijadikan badan , tapi aku ubahsuai lekatkannya diatas badan baju bewarna ungu....

                      Di sini terdapat beberapa helai koleksi bajuku dari tahun 1980 hingga 1994. Aku mula pakai baju kurung johor sejak tahun 1994 hingga sekarang,tetapi aku rasa seolah-olah tidak mahu membuang begitu sahaja kerana menganggapnya sebagai koleksi nostalgia…ketika umurku masih 20an dan awal 30an…. Siapa tahu suatu hari nanti fesyen ini akan kembali dan anak cucuku  tidak perlu memikirkan bagaimana untuk mencari ilham membuat rekaan jenis pakaian mereka.
                                                                                  
Baju ini aku tiru bulat-bulat dari Majalah  Wanita tahun 80an ...Ianya dijahit oleh seorang tailor cina yang tinggal di belakang Pekan Ayer Hitam , bertentangan sungai.....Aku tak pernah tanya namanya.


 Baju ini pula sebenarnya dibelah tengah,kalau rasa kenyang makan terlebih,masih muat kerana dia boleh expand


Baju ini juga diambil contoh dari majalah Nona tetapi aku ubahsuai supaya tailor jahit benang emas menurun serong ke bawah di atas kain warna pink.

         Pernah sekali dua aku tunjukkan dan aku suarakan untuk menghadiahkannya kepada anak-anak saudara terdekatku , tetapi mereka dengan cepat memeberi respon “ Mak cik…la ni orang tak pakai dah fesyen-fesyen macam ni…la ni orang pakai baju kurung saja”. Sejak itu, aku  terus lipat semua koleksi ini dan kusimpan baik-baik di dalam gerobok besar yang terlekat di dinding rumah. Sekali sekala aku jenguk juga kalau-kalau ada makhluk asing yang cuba menggigitnya…Alhamdulillah masih selamat setakat ini…




Baju di sebelah kiri juga boleh kembang kerana dibelah di bahagian tengah dan ditampal dengan kain warna biru kosong ,manakala baju di sebelah kanan pula  adalah hasil ciptaanku sendiri...Aku telah mengarahkan tukang jahitku Ku Salmiah bt Ku Bulat untuk menampal kain kecil-kecil supaya kelihatan seperti buah anggur dan daunnya juga..Sungguh pandai tukang jahit ini,dan dia juga sungguh rajin ..Ini di antara koleksi yang paling aku sayang.... 


Pandangan jahitan buah anggur dari dekat.....



Tunggu koleksi yang akan datang...........?????????????????????????????

2 comments:

  1. Assalam Cg..
    Semoga sihat walafat..
    Banyak barang yang boleh kita buat koleksi sebagai kenangan... Tahniah untuk cikgu kerana dapat menyimpannya dengan begitu baik. Dulu banyak saya menyimpan nota dan buku semasa belajar sebagai kenangan dan untuk dilihat oleh anak2..

    Malangnya kawasan Sg Baru, Kuala Sungai selalu dinaiki air menyebabkan buku2 saya rosak. Ada sesetengahnya dimakan anai2 dan terpasa dibakar..

    ReplyDelete
  2. Itu lah....sayang ya...harap2 mulai hari ini dapatlah kita simpan barang2 yg boleh anak2 kita tenguk di masa akan datang ya

    ReplyDelete