Have A Look

Thursday, December 30, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. MENGKELAN : MAKSUDNYA TERSANGKUT MAKANAN DI KERONGKONG ATAU TEKAK,MEMERLUKAN AIR UNTUK DIMINUM AGAR MAKANAN DAPAT DIHANTAR KE PERUT.

   Contoh Ayat: 
  a." Amboi....jangan la hampa dok hingarg sangat,aku MENGKELAN dah ni..Pi ambik air mai sikit"
 

2.HINGARG : MAKSUDNYA TERLALU BISING.
Contoh Ayat:
  a ." Cuba jangan dok HINGARG sangat....malu kat orang .." Kalau hampa buat HINGARG lagi...kena denda".

 
3. HOTIARG : MAKNANYA KERENAH
   Contoh Ayat:
 a. " Awat yang hang banyak HOTIARG sangat ni...yang ni tak kena,yang nu tak kena, Aku demah sebiji baru hang tau"

4.. DEMAH : MAKNAYA (a) TUMBUK @   (b)  MELETAKKAN SESUATU BENDA YANG AGAK PANAS ATU SUAM KE BADAN...DI TEMPAT YANG SAKIT SEOLAH-OLAH BERTUNGKU
  Contoh Ayat:
  a. " Hang buat kelaku elok-elok sikit,kot kena DEMAH dengan aku satni" 
  b. " Hang kena DEMAH dengan air suam tempat yang anak hang terantuk tadi,nanti bincut pula" 


5. BINCUT: MAKNANYA  BENJOL ATAU BENGKAK
  Contoh Ayat:
  a. " Awat dai (dahi) hang BINCUT tu. Sapa tumbuk?"

Thursday, December 23, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. SEGAGAN : MAKSUDNYA SAMA BESAR, SAMA TINGGI @SEBAYA

   Contoh Ayat: 
  a." Tiga orang anak hang tu nampak SEGAGAN saja no"
 

2.MENGKALONG @ TENGGALUNG : MAKSUDNYA BALING DENGAN KUAT TAPI ADA TARGET BENDA YANG NAK DITUJU ITU...
Contoh Ayat:
  a ." Ayah hang,cuba MENGKALUNG bagi ayam tu,tak laghat nak hambat dah".

3.DEGHOT : MAKSUDNYA MENDAP ATAU JERAP ATAU SEDIKIT TURUN KE BAWAH.

  Contoh Ayat:
  a. Tanah tu DEGHOT , pasai tu la kena tambun tanah banyak lagi"

4.TEKHELOM: MAKSUDNYA TERMASUK KE DALAM,SUSAH NAK CAPAI,TINGGAL SEDIKIT SAHAJA UNTUK DIPEGANG SEPERTI HUJUNG NYA. 

 a. " Tukang tu katok paku sampai TEKHELOM dalam kayu, mana nak buleh cungkei dah" 

5. CUNGKEI : MAKNANYA TUAS KELUAR
   Contoh Ayat:
 a. Hang jangan dok jawab aku, satgi kot aku CUNGKEI biji mata hang"
 b. Kawark tu CUNGKEI tingkap,lepaih tu masuk ikut tingkap"

6. KAWARK: MAKNAYA PENCURI
  Contoh Ayat:
  a. " Kunci pintu elok-elok,satni KAWARK masuk" 



Tuesday, December 21, 2010

CITY OF LIGHTS












VACATION......ENJOY  HOLIDAYS IN MALAYSIA....SO MANY WONDERFUL THINGS TO SEE.....WELCOME......To I-CITY SHAH ALAM.....
So fascinating, excellent work,wonderful creation, one who goes there wouldn't want to leave the place so easily, you can drive along the way and snap photos or drop there to walk around for kilometers coz there are different shapes of trees,fruits, animals and nice creations . if you are in a hurry,better cut off your intention and find some other days or one fine day to visit the place....If you go there early, you can stop at Jekel Shah Alam, the biggest textile Arcade /Complex in Malaysia. It is closed at 9.00pm,then you can proceed to I-City and stay there till midnight.Children can play around amongst the beautiful lights ....On weekends,you    probably have to experience difficulty in finding parking spots,but on other days,it would be spacious. So,lets us go there........

Wednesday, December 15, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. DAMOH  :   MAKSUDNYA KOTOR.

Contoh Ayat:


     a..  " Jangan dok main selut tu, DAMOH , satgi kotor tangan  "
   
2.HAMPUT : MAKNANYAMARAH.
       
Contoh Ayat :
a. " Hang jangan dok buat kelaku pelik-pelik satni ayah hang HAMPUT pula".

3. HAMPUNG  : MAKNANYA RINGAN

Contoh Ayat :
    a. " Awat budak ni HAMPUNG saja la ni,hang tak bagi makan ka?"

Sunday, December 12, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. BETUBUH  :   MAKSUDNYA SEMAKIN GEMUK @ BERISI - SELALUNYA DIGUNAKAN UNTUK PERIHALKAN KANAK-KANAK.

Contoh Ayat:

     a..  "Amboi budak ni nampak BERTUBUH la  "
   
2.HANTAP : MAKNANYA SEMAKIN BERAT...DIGUNAKAN UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA.
       
Contoh Ayat :
a. " Anak hang ni HANTAP sungguh,tak laghat aku nak dukung"

3 GHOT  : MAKNANYA LAGHAT ATAU MAMPU , ADA TENAGA....

Contoh Ayat :
    a. " Hang GHOT ka nak angkat guni tu?"

4. TAK GHOT :MAKSUDNYA TAK LAGHAT ATAU TAK MAMPU BUAT KERJA ITU.

    Contoh Ayat: 
   a. " Aku TAK GHOT dah nak nak makan mee ni,banyak sangat"

 

Thursday, December 2, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1.BEGHETUH  :   MAKSUDNYA BERLANGGARG,BERTEMBUNG. 

Contoh Ayat:

     a..  "Hang jalan elok-elok sikit,satni kot BEGHETOH tiang "
   

2.BERGUNTAU : MAKNANYA BERLAWAN,BERKELAHI TAPI TIDAK GUNA SENJATA,CUMA GUNA ANGGOTA BADAN TERUTAMANYA KAKI DAN TANGAN  SEPERTI BERGOMOI.
       
Contoh Ayat :
a. " Budak-budak tu dari tadi dok BERGUNTAU ,tak tau sakit ka?"


3. BEDEGHEMEN : MAKNANYA TERDAPAT  LUKA-LUKA ATAU KESAN COMOT PADA MUKA SETELAH MELAKUKAN PERBUATAN SEPERTI BERKELAHI,BERGELUMANG DENGAN SELUT(LUMPUR) KESAN KOTOR.


Contoh Ayat :
    a. " Depa berkelai ,lawan bercakarg sampai BEDEGHEMEN muka masing-masing "

Tuesday, November 30, 2010

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS

Buah Jambu Mawar




Buah jambu Mawar bewarna putih kekuning-kuningan.Pokoknya sederhana tinggi ,daun dan batangnya sama seperti pokok jambu air atau jambu keling.Tetapi yang unik ialah buah jambu mawar itu sendiri. buahnya berbau wangi....sebab itulah ianya dinamakan buha jambu mawar. Ada buah yang berbentuk bulat leper dan ada juga yang berbentuk lonjong  tetapi kebanyakannya berbentuk bulat leper.
Kita makan buah ini begitu sahaja tanpa perlu dicuicah dengan garam belacan atacolek...kerana rasanta manis.Kulit isinya nipis sahaja.Di dalamnya terdapat beberapa biji yang berkembar dan ada juga yang tidak berkembar. Sekurang-kurangnya terdapat 5 atau 6 biji di dalam buah jambu mawar ini.
Sekarang ini susah bagi kita menemui buah jambu mawar ini lagi.Dulunya boleh dikatakan kebanyakan rumah terdapat pokok jambu mawar ini,tapi pada hari ini sukar didapati.....mungkin ianya bukanlah buah yang boleh dikomersialkan....walaupun begitu,jika sesiapa masih mempunyai pokok ini,jagalah ia agar dapat dilihat oleh generasi sekarang dan akan datang...  

Monday, November 29, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1.KAPOK  :   MAKSUDNYA PELUK ATAU DUKUNG KANAK-KANAK SUPAYA LEKAT DIBAHAGIAN PINGGANG. 

Contoh Ayat:

     a..  "Cemuih aku ,awat yang hampa dok berKAPOK saja,tak boleh renggang ka sikit"
     b.  " KAPOK  mak nak dukung cek"

2.KOLIARG : MAKNANYA CONTENG  .
       
Contoh Ayat :
a. " Jangan biarg anak hang dok KOLIARG dinding tu, tak laghat nak cat lain dah"


3. BELEMOEH : MAKNANYA COMOT,KOTOR ,PADA BENDA ATAU ORANG JUGA.


Contoh Ayat :
    a. " Baju budak ni BELEMOEH dengan coklat.Pi basuh cepat"

4. CEMUIH : MAKNANYA MELUAT ATAU BENCI

  Contoh Ayat:
  a. " Aku CEMUIH la tenguk hang dok pakai baju singkat tu,malu la sikit kat orang."

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1.LEPA :   MAKSUDNYA LEKA ATAU ABAIKAN MENAJAGA SESUATU BENDA ATAU BARANG ATAU ORANG YANG KITA SAYANG , YANG PERLU DIJAGA DENGAN TELITI. 
( sebutan E pepet) seperti dalam perktaan lebuhraya

Contoh Ayat:

     a..  " Hang jangan dok LEPA beg tangan tu,satni orang kebaih baru nak teriak"
     b.  " Kalau hang dok LEPA , tunang hang tu dapat kat orang lain,jaga la elok-elok"

2.CELEPA : MAKNANYA BEKAS UNTUK SIMPAN TEMBAKAU ATAU DAUN ROKOK ATAU CELEPA BEKAS ISI SESUATU BARANG YANG BOLEH DITUTUP RAPAT, SELALUNYA BERBENTUK 4 SEGI SAMA ATAU 4 SEGI PANJANG .
       
Contoh Ayat :
a. " Mana pi CELEPA tembakau tok wan ni?"
b. " Simpan duit syiling tu dalam CELEPA elok-elok ,takut adik hang ambik pula"

3. LEPA : MAKNANYA SUKATAN PARAS SAHAJA .

( sebutan E taling) : seperti dalam sebutan perktaan lengah

Contoh Ayat :
    a. " Bubuh mentega dalam cawan tu bagi LEPA saja,jangan bumbun"


4. BUMBUN : PARAS MELEBIHI HAD SUKATAN, AGAK TINGGI DAN LEBIH DARI ACUAN.

Contoh Ayat:
    a. " Amboi...banyaknya nasi hang,bubuh sampai BUMBUN tu,habih ka nak makan?"

   

Thursday, November 25, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1.KEDAI : MAKSUDNYA MEMBIARKAN ATAU MEMPAMERKAN  SESUATU YANG PATUT DISIMPAN ATAU DIRAHSIAKAN DARI ORANG LAIN.

Contoh Ayat:
     a..  " Kalau hang dok KEDAI  buah-buah tu, habih lah adik-adik sesah sat lagi "


2.KEDIARG : MAKNANYA MENGABAIKAN SESUATU BARANG DENGAN MEMBIARKAN  BEGITU SAHAJA, TIDAK PEDULI  SEKIRANYA ORANG LAIN AMBIL .
       
Contoh Ayat :
a. " Cuba hang jangan dok KEDIARG barang-barang hang tu, satni kalau hilang hang gaduh tanya orang nu orang ni."
 

3. SESAH : MAKNANYA MENGAMBIL, MAKAN  SECARA GELOJOH ATAU MENGHENTAM SESEORANG .
     
Contoh Ayat :
    a. " Hang SESAH nasi tu sampai habih macam tak makan sebulan"
    b. " Hang jangan dok SESAH ambik had orang lain, makan had hang sudah la"
    c. " Kalau hang cakap bohong kali ini saheh Pak hang SESAH kepala hang"

Monday, November 22, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1.KUTEY : MAKSUDNYA MENCUBIT NIPIS MENGGUNAKAN KUKU JARI TELUNJUK DAN KUKU IBU JARI KE BAHAGIAN BADAN  SESEORANG.TERASA SAKIT DAN PEDIH,KADANG-KADANG BOLEH MENGGELUPAS KULIT
     
  Contoh Ayat:
     a..  " Sakit sungguh Kak Ton KUTEY cek tatsat ni"


2.PEHEY : MAKNANYA MENCUBIT DENGAN MELETAKKAN IBU JARI KE ATAS JARI TELUNJUK, MEMAUT KULIT BAHAGIAN BADAN SAMBIL MEMULAS BAHAGIAN TERSEBUT.,selalunya bahagian paha atau punggung.
       
Contoh Ayat :
a. " Buat kelaku elok-elok depan orang, satni aku PEHEY baru hang tau "
 

3. GETU: MAKNANYA MENCUBIT ATAU MEMANGKAS ATAU MEMETIK SESUATU DAN KADANG KALA DIGUNAKAN JUGA UNTUK PERBUATAN MENCUBIT BAHAGIAN BADAN SESEORANG.

     
Contoh Ayat :
    a. " Kalau hang kerap GETU pucuk ulam tu, lagi cepat dia naik pucuk baru"
    B. " Budak ni honag, satgi ku GETU baru tau"


4. KGHUNAIH : MAKNANYA MENCUBIT LUKA ATAU KUDIS YANG HAMPIR SEMBUH ATAU MENCUBIT BENDA LAIN YANG AKAN MEROSAKKAN BENDA ITU.

Contoh Ayat :
    a. " Jangan dok KGHUNAIH kudey hang tu satni meghiak pula"
    b. " Budak ni kerja dok KGHUNAIH  pucuk pokok aku tanam tu, satgi papoi pokok tu"


5. MEGHIAK : MEREBAK LUAS BAHAGIAN YANG LUKA ATAU CEDERA ATAU SAKIT ITU

Contoh Ayat:
 a. " Jangan dok kghunaih kudey hang tu satni MEGHIAK pula" 

Friday, November 19, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. TANJAI : MAKSUDNYA HENTAK DENGAN KAKI PADA SESUATU BENDA DENGAN KUAT SEOLAH-OLAH MARAH,BENCI DAN GERAM.
     
  Contoh Ayat:
     a..  " Awat yang hang dok TANJAI seluarg budak tu" ?'
           " Aku geram, pasai dah terkoyak pun dok kutip ambik pakai lagi"

2. SEGHEMPIANG :MAKNANYA TERKOBAK ATAU TERKOYAK BAHAGIAN YANG TERKENA PUKULAN ITU..
       
Contoh Ayat :
a. " Aku tak boleh,kalau aku naik angin, satgi aku tetak kepala budak tu SEGHEMPIANG sebelah...."
   " Sabag,kalau hang tetak dia, hang pun orang PEGHOSOK masuk penjara"

3. PEGHOSOK: MAKNANYA MASUKKAN KE DALAM
     
Contoh Ayat :
    a. " Sabag,kalau hang tetak dia, hang pun orang PEGHOSOK masuk penjara"

Monday, November 8, 2010

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS


Kak Fad bercadang untuk mengambil Gambar buah Setoi dan buah Sete di kampung Kak Fad, tetapi memandangkan sekarang bukanlah musim buah-buahan ini, maka Kak Fad layari  internet dan dapat upload gambar buah-buahan ini untuk tatapan ramai.Bukan apa, Kak Fad cuba nak ceritakan tentang perbezaan anatara 2 jenis buah-buahan ini.

 
 
 BUAH SETE (KULIT BERBULU.TAMPOK AGAK LONJONG)
         Dapatkah anda bezakan antara Buah Setoi/sentul dan Buah Sete? Walaupun kelihatan agak serupa tetapi ada perbezaannya. Buah Setoi @sentul kelihatan lebih bulat dan leper berbanding buah Sete. Isi di dalam Buah Setoi agak masam berbanding Buah Sete. Isi buah Sete lebih manis dan isi yang lekat kepada bijinya agak lebih tebal dari isi buah Setoi.Bijinya lebih kurang sebesar ibu jari.
         Kulit dalam buah setoi dan Buah Sete boleh dimakan tetapi agak kelat.Sebelum makan kita mestilah mengupas kulit luar dahulu bagi kedua-dua buah tadi.Untuk menghilangkan kelat dan menyenangkan kita makan buah-buah tersebut,kulit dalam tadi mestilah dicincang keliling terlebih dahulu, kemudian diketuk dengan pisau supaya kembang dan leper,barulah boleh dimakan samada begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan "garam belacan" atau orang sebelah timur memanggilnya "colek"  manakala di sebelah selatan memanggilnya " kuah rojak".
          Bagi yang pandai masak laksam..kulit dalam buah setoi dan sete ini boleh dimasukkan ke dalam kuah Laksam dan rasanya amat sedap..,masam-masam menambah keenakan kuah laksam...bagi yang gemar makan "air asam" atau sambal cili api...buah setoi dan sete ini bolehlah dibakar dan kemudiannya diambil isi dalam dan kulit dalam digaulkan ke dalam air asam tadi menggantikan asam limau atau asam jawa.Kulit dalam buah setoi juga boleh dimasukkan ke dalam asam pedas juga menggantikan asam jawa.....
        Pokok Setoi yang asli dari Malaysia lebih tinggi berbanding dengan pokok Setoi dari Thailand. Sekarang ini buah Setoi dari Thailand lebih besar dari buah setoi tempatan...Ramai juga orang tempatan yang menanam pokok setoi yang dijual di sini tetapi bukan untuk dipasarkan, sekadar untuk makanan keluarga sahaja.


Sunday, November 7, 2010

MENYINGKAP ZAMAN REMAJA

     Apabila cuti Sekolah tamat, kak Fad terpaksa meninggalkan kampung dan mak Kak Fad bekerja mencari nafkah dan mengambil upah untuk membayar yuran Sekolah Kak Fad.Wang biasiswa sekolah pada masa itu hanyalah 15.00/= dan wang saku sekolah Asrama penuh 10.00/=. Jumlah 25.00/= pada masa itu hanya cukup untuk membeli peralatan seperti pen ,pensil dan lain-lain dan juga belanja makan di kantin pada waktu rehat.Oleh itu Kak Fad  masih bergantung kepada keluarga untuk Yuran dan beli buku teks. Pada masa itu Buku Teks belum dibekalkan oleh Kerajaan,Kami terpaksa membeli dari kakak2 senior dengan harga 3/4 bagi buku-bauku yang masih elok, dan yang agak lusuh separuh harga.
    Masa yang paling gembira bagi kami pelajar-pelajar Sekolah Tun Fatimah ialah ketika menaiki keretapi ke Johor Bahru dari stesen Kodiang.Ada kawan-kawan Kak Fad yang menaiki keretapi dari Arau,Tunjang, Anak Bukit, Alor Setar dan seterusnya...Bila kami bertemu antara satu sama lain di atas keretapi, kami menjerit riuh rendah, bercerita dengan  gembiranya kerana bertemu kawan setelah sekian lama bercuti.Kami tidak berasa malu kerana kami diperuntukkan " Reserved Coach" di mana ornag awam tidak dibenarkan masuk ke coach kami. Kami juga tidak perlu membayar harga tiket keretapi kerana dibekalkan Warrant Ticket .. ( Ticket Berkumpulan)...Bayangkan jumlah yang kerajaan belanjakan bagi  tambang percuma untuk pelajar2 sekolah berasrama penuh ketika itu....
    Kami akan bertukar keretapi di Butterworth di mana kawan-kawan dari Perai dan Penang pula akan bersama kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Perjalanan di sebelah malam dari Butterworth ke Kuala Lumpur agak boring ,cuma kedengaran suara kami bercerita tak berhenti2 yang dapat menghilangkan suasana boring..Bila sampai di Ipoh, Kak Fad masih ingat lagi ada penjual yang naik di atas keretapi melaungkan ..."Ais krim Mee Goreng...Ais Krim Mee goreng....Ais Krim Goreng...Ais Krim Goreng.."'Lagi panjang laungannya lagi tak kedengaran perkataan "Mee" yang dilaungkannya.Kemudian seorang lagi penjual akan naik keretapi dan melaungkan "karipap,karipap,karipap,...kari...pap..pap...pap....pap" Kari pap,pap,pap,pap...Agaknya dia dah lenguh nak sebut perkataan "Karipap"  berulang kali...Itu di anatra kenangan yang tak dapat Kak Fad lupakan.Kami akan mula tidur ketika hampir Tanjung Malim atau Kuala Lumpur.Kami akan sampai di Kuala Lumpur pada pagi esuknya. Kamai hanya dapat memberus gigi dan basuh muka di stesen keretapi Kuala Lumpur sebelum bertukar keretapi lagi untuk perjalanan ke Johor Bahru...Perjalanan kami ke Johor Bahru pula bermula pukul 8.30 pagi.dari Kuala Lumpur ramai lagi kawan-kawan akan bersama kami ,malah di sepanjang stesen dari Kula Lumpur ke Johor Baharu, pelajar-pelajar STF akan menyertai pelajar-pelajar dari Utara.Lagi riuh rendah lah suasana ketika itu kerana gerabak "Reserved Coach"  akan ditambah lagi.Kak Fad dan kawan-kawan akan sampai di stesen keretapi Johor Bahru pada pukul 5.00 petang selalunya. Pak cik drebar yang bernama GOLI sudah sedia menunggu kami  dengan bas sekolah..ada yang terpaksa menunggu trip kedua kerana tidak muat dengan sekali hantaran sahaja.Kami lebih suka sampai awal kerana sempat mandi, salin pakaian dan pergi DINNER, tetapi ada kawan-kawan suka naik bas trip kedua kerana sempat beli buah2an di sekitar Sungai Segek untuk dibawa pulang ke asrama.

BERSAMBUNG....

Saturday, November 6, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1.GENA : MAKSUDNYA  BAGAIMANA.
       Contoh Ayat:
     a..  " Hang buat GENA sampai tercabut kepala paip ni.Ganaih aih hang ni"


 
2. KEGHEMPON :MAKNANYA TIDUR DALAM KEADAAN KAKI DILIPAT KE PUNGGUNG SEOLAH2 KESEJUKAN, TANGAN DILIPATKAN KE DADA..
       
Contoh Ayat :
a. " Amboi...sejuk sungguh pagi ni, aku tidug KEGHEMPON la ,selimut litup

3. LOGLARG : MAKNAYA KURANG BERHATI-HATI DALAM SESUATU TINDAKAN, GELOJOH ,TIDAK CERMAT .
     
Contoh Ayat :
    a. " Awat yang hang LOGLARG sangat, sampai pecah cawan aku...aku basuh tak pernah pecah pun"

4. GEBARG : MAKNANYA  KAIN SELIMUT 

   Contoh Ayat: 

  a.  " Pi bagi kain GEBARG kat adik hang, dia nak selimut...sejuk ".


5.  PULAIH  : MAKNANYA PUSING SESUATU BENDA SAMADA KE KANAN ATAU KE KIRI , CONTOHNYA PAIP ATAU STEERING KERETA .

  Contoh Ayat:-
a. "Jangan dok PULAIH paip tu, dah longgarg dah ".
b. " Pak Mat tu kerja PULAIH Steering saja, maklum la kerja drebar teksi "

6. TEMI : MAKNANYA MENYIGUNG ATAU MENOLAK SESEORANG DENGAN MENGGUNAKAN BAHAGIAN LENGAN HINGGA KE SIKU


Contoh ayat :
a. "  Jangan dok kacau aku buat kerja, satni aku TEMI hang baru tau"

Wednesday, November 3, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1.GHANDUK : MEREDAH AIR YANG DALAM, MUNGKIN PARAS LUTUT ATAU KE ATAS.
       Contoh Ayat:
     a..  " Hang jangan dok GHANDUK air bah tu, mana tau satni tenggelam pi pula, lagipun dalam air tu tah-tah ada kaca ka, kayu ka, bahaya tu"

2. MENYEGHOK : MAKNANYA MAKAN PAGI.
       
Contoh Ayat :
a. " Pagi tadi hang MENYEGHOK apa? Aku  MENYEGHOK  peknga "
3. KELAIH : MAKNAYA MEMILIH .
     Contoh Ayat :
    a. "Kalu hang KELAIH sangat, lambat la hang nak boleh menikah"

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. AWAT : MAKNANYA MENGAPA/KENAPA

    Contoh Ayat:
  a.  " AWAT hang tak masuk ? ".

2. LUGAIH  : MAKNANYA PETIK SESUATU POKOK, KUNTUM BUNGA, DAUN ATAU SESUATU BENDA  DENGAN TDAK MENGHIRAUKAN KEROSAKAN PADA BENDA ITU .

  Contoh Ayat:-
a. "Jangan dok LUGAIH pucuk pokok tu, nanti mati pula pokok tu ".
b. " Habih la bunga melorg aku, budak ni LUGAIH dah..

3. KOK KO : MAKNANYA MANGIMBANG BAYI YANG BERADA DI ATAS TENGKUK, KEDUA BELAH KAKI AKAN DIHULUR KE BAWAH, IAITU KE DADA, TUJUAN UNTUK MENGURANGKAN BEBANAN MEMBAWA BAYI TERSEBUT


Contoh ayat :
a. "  Naik atas belakang dan sua kaki ,hulur kedepan, nanti Tok Wan KOK KO cek."

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS

Adakah anda kenal buah ini?


 BUAH PETAI BELALANG




BIJI YANG DIBUANG DARI BUAH PETAI BELALANG




BUAH PETAI BELALANG YANG SUDAH TUA TIDAK BERISI LAGI


        Pokok Petai Belalang boleh didapati dengan banyaknya di kampung-kampung terutamanya pada tahun 1970an 1980an,dan 90an juga.Tetapi pada masa ini kita jarang-jarang dapat temui pokok Petai Belalang ini. Pokoknya tidaklah setinggi pokok petai biasa.Daunnya lebih kurang sama seperti pokok petai biasa, cuma buahnya sahaja kecil dan lebih nipis berbanding petai biasa. Namun begitu petai belalang ini boleh dibuat ulam bukan hanya buahnya tetapi, bunganya yang belum kembang, daunnya, dan bijinya juga.
        Biji petai sedap dimakan sahaja ataupun dibuat sambal dengan ikan bilis.Apa yang istimewa mengenai pokok petai ini ialah....daunnya, batangnya ,rantingnya boleh direbus dan diminum bagi mengubati penyakit kencing manis . Ia juga dianggap sesuai untuk pundi kencing...
        Walaupun begitu, ramai orang tidak menggemari buah petai ini kerana baunya agak busuk, cuma kurang busuk dari petai biasa. Bagi sesiapa yang belum mencuba bolehlah mencubanya...masih terdapat sepohon pokok petai belalang ini di belakang rumah saya...dan saya berhasrat untuk menjaga pokok ini.



Sunday, October 31, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1.HEMOI : MAKNANYA BUAT TAK KISAH WALAUPUN ORANG TAK PEDULI, AKAN CUBA SEDAYA UPAYA AGAR ORANG LAIN LAYAN KITA DENGAN BUAT MANJA,MENYAPA, MENGECEK,DAN WALAUPUN  ORANG MARAH TETAP AKAN BEKERJASAMA DAN BERINTERAKSI....
       Contoh Ayat:
     a..  " Mak mentua aku tak layan aku, tapi aku buat HEMOI juga."
     b.   " Hang kena HEMOI sikit dengan ketua hang, baru lah dia nampak kerja yang hang buat tu"
2. MENGKALA : MAKNANYA BILA.
       
Contoh Ayat :
a. " MENGKALA hang balik mai dari Kuala Lumpur?"
3. SEGHEKOP : MAKNAYA TUTUP KEPALA ATAU SESUATU DENGAN MENGGUNAKAN
     APA-APA TUDUNG HINGGA MELITUPI  BENDA TERSEBUT .
     Contoh Ayat :
    a. "Aku SEGHEKOP katak ong tu dengan tempurung."
    b. "Hang SEGHEKOP kepala adik hang dengan topi tu, satni kena hujan, dia demam pula"

Wednesday, October 27, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. PURUIH: MAKNANYA LIDI NYIOR YANG SUDAH DIBUANG DAUN ATAU KAYU KECIL DARI POHON KECIL YANG DIAMBIL UNTUK DIJADIKAN ROTAN BERTUJUAN MEMUKUL KANAK-KANAK NAKAL TETAPI SECARA PERLAHAN SAHAJA
       Contoh Ayat:
     a..  " Jangan Ketegarg, dengarg cakap mak, satni kot mak bagi PURUIH baru tau " .
     b.   " Hang dah ghaut ka PURUIH penyapu yang mak suruh tu?
   
2. TURUIH : MAKNANYA MENGGUNAKAN BENDA TAJAM UNTUK MENCALARKAN ATAU MENJADIKAN SESUATU BENDA ATAU BAHAGIAN ANGGOTA SESEORANG ITU LUKA ATAU CALAR , LUKANYA SEKURANG-KURANGNYA 2" PANJANG ATAU LEBIH.
       
Contoh Ayat :
 
A. " Jangan harap sangat budak-budak tu...depa bawa pisau dok TURUIH  kereta cik gu disiplin, hari tu kena tangkap dah. "
 
3. BALORG : MAKNAYA PEMALAS ATAU ORANG UTARA KATA PENYEGAN .
     Contoh Ayat :
    a. Hang tok sah dok suruh Mat buat kerja tu,dia tu BALORG LIAT, kalau suruh makan boleh la..."

Tuesday, October 26, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. HONGGHARG: MAKNANYA GOYANG SESUATU YANG TERTANAM ATAU TERLEKAT PADA SESUATU YANG LAIN
       Contoh Ayat:
     a..     ' Jangan dok HONGGARG tiang tu, sat lagi patah " .
   
2. HAWIN : MAKNANYA MELEMPAR SESUATU DENGAN PERASAAN BEBAL ATAU MELEMPAR SESUATU TANPA MENGUKUR JARAK  JAUH ATAU DEKAT BENDA ITU AKAN SAMPAI, LEBIH TEPATNYA TIDAK ADA SASARAN .
       
Contoh Ayat :
  a.. " Hang jangan  dok main handset sambil belajar, satgi aku HAWIN pi ke luar baru hang tau "
 
3. TENGALUNG : MAKNAYA PERBUATAN MEMBALING SESUATU SEPERTI KAYU DENGAN MEMEGANG KAYU ITU PARAS KEPALA ATAU LEBIH ATAS DARI KEPALA DISASARKAN KE HADAPAN .
     Contoh Ayat :
    a. Kalau ayam hang mai makan padi jemurg aku lagi, aku mesti  TENGALUNG."

Monday, October 25, 2010

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS

 BUAH TENDUD @ BUAH TAI

 BUAH TENDUD MUDA MASIH LEKAT PADA PELEPAHNYA


 BUAH TENDUD/TAI



POKOK KELAPA SETINGGI POKOK TENDUD JUGA


 DAUN TENDUD YANG KERING/YANG HIJAU KERAS


 POKOK MENJALAR MENUMPANG DI POKOK TENDUD/TAI

 POKOK NYIOR BERSEBELAHAN POKOK TENDUD/TAI






Dulu buah ini banyak terdapat di Malaysia terutama di Utara iaitu Kedah dan Perlis.Tetapi sekarang jarang-jarang kita dapati pokok dan buah ini.Orang tua-tua di Kedah dan Perlis memanggil buah ini BUAH TENDUD tetapi ada juga yang memanggilnya BUAH TAI . Mungkin buah ini banyak terdapat di Thailand....Memang benar, hingga sekarang pun buah ini banyak terdapat di Thailand. Mereka menanamnya untuk diambil isinya dibuat air dan juga dimasukkan ke dalam ABC . Apabila masak pula, kulit dalam dan buahnya diproses untuk dijadikan gula tai.Gula tai ini boleh digunakan untuk membuat kerabu seperti kerabu mempelam dan juga kerabu sotong...ianya memaniskan dan melemakkan makanan kita.

 Pada masa kak Fad berumur belasan tahun dahulu, terdapat banyak pokok ini di tepi sawah kepunyaan kakak Kak Fad di Padang Biak Jelempok Perlis iaitu 2 kilometer dari Arau dan 1 kilometer ke Kodiang iaitu rumah Kak Fad. Dulu Kakak Kak Fad selalu masakkan bengkang  dan Lepat dari kulit Dalam Buah Tendud ini. Buah tendud yang masak dan kulit dalam yang berwarna kuning itu diperah airnya, kemudian ditapis dan diambil jelly dari kulit dalamnya itu. Kemudian dicampurkan sedikit gula, garam,santan dan tepung beras sebelum dimasukkan kedalam periuk pembakar..Dibawah dan di atas periuk diletakan ketulan sabut yang berbara. Kemudian dibakar sehingga masak dan wangi...Sungguh sedap dan harum bau bengkang tendud ini. Jika hendak jadikan lepat pula, proses bancuhan lebih kurang macam membuat bengkang tadi, tetapi adunan akan dibungkus di dalam daun pisang sebelum dikukus, lebih kurang macam buat lepat pisang.
Ketka musim bubur Asyura atau "Bubur Sora" kata orang Utara , daun Tendud boleh dipotong dan digunakan sebagai sudu atau camca untuk menyedok bubur yang panas tadi..Ini kerana daun Tendud ini agak keras dan lebar.

   Sekarang ini pokok Tendud atau Tai ini cuma ada sepohon dua sahaja kelihatan di Utara Semenanjung Malaysia ini..Pokoknya pun terlalu tua dan tinggi .Kita terpaksa tunggu buahnya masak dan jatuh baru boleh diambil....manakala di Thailand, pokok-pokonya masih rendah kerana terdapat pokok-pokok yang baru ditanam....

Sunday, October 24, 2010

MENYINGKAP ZAMAN REMAJA

Ketika cuti sekoalah Kak Fad akan ikut mak kak fad ke sawah padi juga...Pada masa itu mak Kak Fad pernah menyewa sawah orang, oleh itu kami sekeluarga akan berusaha bersungguh2 agar padi yang ditanam membuah hasil yang baik.Pada tahun 1970an....ada lagi pengusaha sawah yang membajak sawah menggunakan tenaga sendiri dan ada yang mengupah tractor kecil yang dinamakan ISIKI & KUBOTA.bagi keluarga Kak Fad kami hanya membanting tulang empat kerat menajak, membuang rumpai,menyangkul lumpur dengan menggunakan cangkul.....Ketika itu benih padi sudahpun direndam di dalam guni yang disibar air.....Dibendang pula, bapa kak fad akan menyediakan tapak semaian dengan mencangkul lumpur, kemudiannya disisir menggunakan batang pisang yang ditarik dari depan ke belakang supaya lumpur menjadi rata dan lembut. Apabila semai di dalam guni tadi agak keluar "Mata" , maka kami pun menabur semai itu bersama2 ke tanah lumpur tadi.....Sementara menunggu semai naik ke paras lutut , kami bajak sawah iaitu menajak, mencangkul untuk melembutkan tanah....kemuduan air dari petak jiran akan dibuka untuk disalurkan ke tanah kami pula.....

Masa untuk memindahkan semai ke sawah adalah masa yang menyeronokkan. Kak Fad akan ikut mak untuk cabut semai....Semai akan direntap dengan tangan....kemudian lumpur yang ada di semai itu akan disepak dengan kaki dan dicelup ke dalam air untuk mengeluarkan lumpur.Kadang-kadang lumpur akan singgah di kepala dan muka, tatapi bau tanah lumpur adalah satu nikmat ketika itu.Bila semai sudah dibersihkan ianya kan diikat dengan batang bemban. Kemudiannya semai ini akan di hantar ke sawah yang lapang dan dipenuhi air paras betis.Pada masa ini banyak lintah yang akan mengambil kesempatan menghirup darah dari betis-betis kami yang sibuk bekerja , cuma kadang kala sahaja melekangkan mereka dari betis..
        Ekor semai tadi dikerat, dan proses menanam padi bermula. Selalunya kami akan "BERDERAU" iaitu berpakat menanam ..maknanya jiran akan tolong tanam di sawah kita dan lepas itu kita pula akan menolong di sawah mereka.Anak semai yang dicantum sebesar ibu jari akan ditanam ke dalam tanah dari depan ke belakang, iaitu penanam akan berundur sambil menanam padi tersebut.Kami akan menanam dari pagi seawal jam 7.00 dan berhenti minum jam 10.30 atau 11.00 pagi.Petunjuk jam pada masa itu ialah apabila keretapi lalu , bermakna waktunya sekitar jam 11.00 pagi..Mana la kami mampu nak beli jam tangan pada masa itu...Makanan yang dibawa pada masa itu ialah air kopi yang dibubuh di dalam flask(thermos), kueh seperti cucur kodok, cucur pisang, pulut inti, Pak Tengko ( seperti Donat tetapi panjang)..dan lain-lain kueh yang mudah dibuat dan perbelanjaannya murah......
  Selepas makan, kami akan turun semula ke sawah dan terus menanam.....hinggalah penuh berelung-relung tanah ...Apabila matahari terik pula kami berhenti teduh di dangau atau di bawah pokok keriang, pokok goncar atau pokok ibus yang ada di sawah....Kadang-kadang kami akan masak nasi di dangau, patahkan cabai melaka @ cili api digaul bersama belacan, garam , asam dipanggil "air asam". Kami akan gunakan bara api selepas masak nasi tadi untuk memanggang ikan puyu, haruan atu keli yang ditangkap di sawah juga..Ikan tadi boleh dibubuh garam atau boleh juga dijadikan ikan "TAWAR" iaitu dilenyekkan ke dalam AIR ASAM tadi....Selalunya kami akan ada sejenis sayur sahaja iaitu sayur manis ikan sawah tadi yg direbus dan dimasukkan belacan, garam, serai dan asam putik......Sungguh sedap......Makanan ringkas begini pun mampu kami habiskan kira-kira 2 pot sukatan beras yang kami tanak tadi......Ulam-ulaman pula kami petik di sekitar sawah juga seperti daun janggus, daun putat dan daun midin iaitu paku pakis berwarna merah...yang    direbus.....
     Selepas makan kami sempat berehat dan mak bersolat dengan hanya menggunakan kain batik sahaja sebagai telekung....tikar mengkuang sudah ada di dangau itu, kami tinggalkan bersama-sama peralatan lain seperti periuk, belanga, cerek, senduk....masa itu belum ada penagih dadah dan pencuri besi buruk, oleh itu selamat lah bagi kami meninggalkan peralatan masak di situ....Kami dapatkan air dari sungai berdekatan dan ada juga telaga ditengah sawah sebagai punca air.....

     BERSAMBUNG......

Saturday, October 23, 2010

MENYINGKAP ZAMAN REMAJA

Kak Fad belajar di sekolah Tun Fatimah Johor Bahru selama 8 tahun bermula dari tahun 1969 ( Remove Class) hingga tahun 1976 ( Uppr six ). Masa di Remove Class, Kak Fad adalah di antara pelajar yang paling miskin dan juga paling tidak pandai berbahasa Inggeris berbanding pelajar-pelajar lain. Pada masa itu, Kak Fad dan ada beberapa orang kawan lain yang datang dari Utara iaitu Kedah dan Perlis adalah anak-aanak petani yang keluarga bekerja pagi untuk makan petang dan petang ubtuk malam...namun begitu, kawan-kawan Kak fad yang lain lebih bertuah kerana mereka mempunyai bendang dan kebun sendiri manakala keluarga Kak Fad hanya menumpang rezeki di bendang dan sawah orang,kebun getah orang lain. Mak dan bapa kak fad hanya mengambil upah menanam ,menuai dan membanting padi di sawah orang dan ketika padi sedang kehijauan pula, mak dan bapa kak fad akan mengambil upah menoreh getah di kebun orang...Pada hari cuti penggal persekolahan, Kak Fad akan mengikut membantu mak dan bapa Kak Fad ke sawah atau ke kebun. Disebabkan itu lah Kak Fad mempunyai pengalaman membanting tulang dan serba serbi kerja kampung .
       Pernahkah anda alami bekerja mengisi anak tembakau, menanam pokok tembakau, mengutip daun tembakau dan mengikat daun tembakau ke galah buluh untuk diwapkan ke dalam gudang ?.Semua pekerjaan ini adalah diantara kerja2 yang Kak Fad buat dari usia 11 tahun hingga 18 tahun bersama-sama emak Kak Fad.

Friday, October 22, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. KELUMUIH MAKNANYA SELIMUT LITUP, MELITUPI SELURUH BADAN DAN MUKA SEKALI.
     Contoh Ayat:
     a..   " Lepaih makan ubat, kena KELUMUIH , baru nak kebah ( keluar peluh)  demam tu" mak nasihatkan Mamat
2. GHONOT : MAKNANYA MEMBONGKOKKAN BADAN SAMBIL MERANGKAK UNTUK MELEPASI SESUATU HALANGAN CONTOHNYA BESI KAWAT ATAU TALI ATAU BESI PENGHALANG SEBELAH ATAS .
       Contoh Ayat :
  a.. " Budak-budak nakal itu sanggup GHONOT  kawat besi dan masuk curi buah moktan ( rambutan)  kat dusun Pak Halim"....

3. GOLONG : MAKNANYA MENGGULING SESUATU BENDA BULAT SEPERTI TAYAR, RIM KERETA ATAU BASIKAL KE HADAPAN UNTUK TUJUAN PERMAINAN ATAU CARA CEPAT UNTUK SAMPAIKAN BENDA ITU KEPADA ORANG LAIN.

     Contoh Ayat : " Masa kanak-kanak dahulu kami selalu main GOLONG tayar gheghek (basikal) . Siapa yang dapat golong tayar tanpa jatuh ,dia yang akan menang. "

Friday, October 15, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. BALUN MAKNANYA MEMUKUL KANAK-KANAK DENGAN  MANJA DAN SANGAT PERLAHAN SEKADAR MENYEDARKAN KANAK-KANAK  ITU TENTANG KESALAHANNYA.
 
     Contoh Ayat:
     a..   " Jangan keluar, nanti mak BALUN adik "....tegur mak dengan suara perlahan
.   
2. MELUGAI : MAKNANYA TERASA MUAL ATAU LOYA , TERBIT AIR LIUR SELEPAS TERSILAP MAKAN ATAU MAKAN MAKANAN YANG HANYIR .
 
       Contoh Ayat :
  a.. " Aku rasa MELUGAI lepas makan nasi ayam dekat restoran tadi, rasa macam nak muntah"
 rungut Pn Hasnah

3. TOKAI : MAKNANYA CUBA MEMBUAT SESUATU.

     Contoh Ayat : "Awat hang tak TOKAI  minta kerja kat pejabat tu, mana tau, kot-kot nasib hang baik" . Kak Nad memberi cadangan kepada adiknya

Tuesday, October 12, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. KAIN CUKIN MAKNANYA KAIN YANG DIJADIKAN KAIN BASAHAN MANDI BAGI ORNAG-ORANG KAMPUNG,SELALUNYA KAIN YANG BOLEH SERAP AIR,LEBIH KURANG 5 ATAU 6 KAKI LEBAR DAN 2 KAKI TINGGI 
 
     Contoh Ayat:
     a..   " Kain CUKIN jalur tu mak sidai dalam bilik air"
   
2. SELEPANG : MAKNANYA MELETAKKAN ATAU MENYANGKUT KAIN KELUMBUNG ATAU  KAIN BASAHAN MENGELILINGI TENGKUK DAN TERJURAI KE BELAKANG PARAS BAHU KIRI DAN KANAN .
 
       Contoh Ayat :
  a.. " Cantiknya kain Kelantan yang hang beli ni, bolehlah kak buat SELEPANG  bila pi kedai dekat-dekat ni

3. SEBAI : MAKNANYA MELETAKKAN ATAU MENYANGKUT KAIN KELUMBUNG ATAU BASAHAN DI ATAS SEBELAH BAHU SAHAJA, TURUN KE PARAS DADA DAN KE BELAKANG BAWAH DARI BAHU.ukurannya pendek dan kurang lebar dari kain selepang.

     Contoh Ayat : Kain  SEBAI ni berguna , boleh lapik kepala sebagai alas kalau nak junjung  air dari telaga.

Monday, October 11, 2010

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS

 BUAH GELAM TIKUS



Hari ini  kita kenal buah ni pula. Buah yang putih-putih ni adalah buah gelam tikus.Ramai daripada kita hanya mengenali pokok gelam yang terdapat di kawasan paya sahaja, tetapi pokok gelam tikus ini terdapat di dalam hutan dan pinggir hutan juga. Buah ini kak fad dan kawan-kawan makan kerana dia rasa manis dan kelat  apabila hampir habis. Pada masa yang sama dia juga rasa berangin, macam daun pudina lebih kurang....Buahnya agak ringan dan gebu.....Yang anehnya ,batang pokoknya berwarna merah atau perang kemerah-merahan. Di batang pokok atau dahannya , terdapat kulit-kulit nipis yang menggelupas . Pokok-pokok gelam tikus ini banyak terdapat di kawasan tanah yang agak berpasir putih dan bercampur tanah berpasir. Pokok dan dahannya boleh dibuat rasuk rumah, tiang rumah dan pelantar atau dangau pada tahun 1950an,60an, 70an.

Pucuknya boleh dibuat ulam dan juga boleh dibuat daun nasi ulam yang selalu dimakan pada bulan puasa bagi orang-orang utara.Daunnya juga berbau wangi. Pada masa sekrang, sukar ditemui. Itulah sebabnya kak fad tidak dapat mempamerkan gambar pokoknya, Insya Allah, jika suatu masa kak fad temui, kak fad akan pamerkan di blog kak fad untuk kita sama-sama lihat....

Saturday, October 9, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. MELILAU MAKNANYA MERAYAU TAK TENTU ARAH ,TANPA TUJUAN TERTENTU
       Contoh Ayat:
     a..   " Habis sekolah , jangan dok MELILAU...balik terus, pesan mak"
   
2. PESOH : MAKNANYA MENJAGA SESEORANG DENGAN PENUH KASIH SAYANG .
       Contoh Ayat :
  a.. " Bila mak tua nanti sapa la nak PESOH mak, anak-anak semuanya dok jauh-jauh" keluh Mak Timah
.
3. GHINUN : MAKNANYA MASA DAHULU KALA.
     Contoh Ayat : Masa Tok Nyang hampa GHINUN, depa minum air dari geluk."

MENYINGKAP ZAMAN KANAK-KANAK

Waktu di kelas REMOVE, kami yang datang dari Utara Tanah air kebanyakannya mempunyai masaalah bertutur Bahasa Inggeris berbanding pelajar-pelajar dari Johor, KL dan Melaka...Oleh kerana itu, kami terpaksa bersama-sama kumpulan utara bila masa rehat. Walaubagaimanapun, disebabkan denda dan demerit marks yang terpaksa ditanggung, dalam masa 6 bulan, kebanyakan kami sudah boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris.Kak Fad berasa bangga dan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran pada masa itu kerana adakan kelas seumpama bagi memantapkan lagi bahasa international ini kepada pelajar-pelajar kerana Sekolah Tun Fatimah pada masa itu adalah dalam Aliran Inggeris.

Satu masalah sudah selesai, tetapi ada lagi masaalah kedua, lidah Kak Fad pada masa itu susah untuk menggunakan pelat atau loghat selatan.....rasa macam tak betul saja bila menyebut perkataan yang berbunyi "A" terpaksa dibunyikan "E"......,bukannya apa  , takut pula nanti yang tidak sepatutnya di "E" kan, pun tersilap sebut. Contohnya kalau di utara kami sebut "saya" tetapi mereka di selatan menyebut "saye" , sedangkan BOLA tidak pula disebut BOLE.

Bila guru Bahasa Melayu menyuruh kami orang utara membaca petikan atau cerita, hati berdebar-debar sentiasa....Seorang kawan Kak Fad biasa disuruh guru Bahasa Melayu Cik Kalsom untuk membaca sejarah Melaka...Bila Kak Fad teringat peristiwa itu, Kak Fad tersenyum sorang-sorang.Kawan Kak Fad pun takut macam Kak fad juga, dan dalam bacaan tersebut kawan Kak Fad dengan susah payah terpaksa membaca ayat yang lebih kurang bunyinya begini  : " Make pade suatu hari sedang mereke  bermain sepak rage, se orang tersepak bole terkene kepale anak seorang kaye...."

Kami yang dari utara ni malu yang teramat sangat, tapi apa nak buat....bila di tempat orang ni......Sejak hari itu, kami geng utara rasa lebih baik cakap bahasa melayu baku sahaja iaitu menyebut  "a" bagi penghujung perkataan yang dieja "a"....


Friday, October 8, 2010

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. REKCA : MAKNANYA BAGITAU PADA ORANG RAMAI, BAWA CERITA MENGENAI SESUATU PERKARA ATAU MENGIKLANKAN SESUATU PERKARA
       Contoh Ayat:
     a..   " Aku tak suka hang dok REKCA rata kata aku dah bertunang, malu la aku"
   
2. HELIARG : MENYAPU SESUATU YANG KOTOR SEPERTI HINGUS, AIR DAN KESAN KOTORAN PADA TANGAN KE TEMPAT LAIN.
       Contoh Ayat :
  a.. " Hang jangan dok HELIARG hingus rata-rata,ambik sapu tangan lap, jangan jadi pengotorg sangat ", emak Amin marahkan anaknya
.
3. COEH : MAKNANYA TIBA-TIBA MUNCUL .
     Contoh Ayat :
    a. "Tak dan kami nak panggil hang , hang COEH mai dah."

Thursday, October 7, 2010

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS

BUAH CENERAI @ CENDERAI

           Kalau di Kedah atau Perlis buah ini dipanggil buah CENERAI atau CENDERAI. Pokoknya sederhana tinggi ,selalunya terdapat di hutan, tetapi ada juga terdapat di kampung atau di tepi sungai. Buah ini berwarna hijau ketika belum masak, tetapi bila masak, ia bertukar menjadi hitam.Masa dulu-dulu kanak-kanak pernah makan buah ini, tetapi tidaklah sedap sangat, terpaksa makan dengan kulitnya sekali dan isinya berhampas. Pokok dan dahannya digunakan untuk membuat tiang dangau, alang dan ada yang buat tiang pada masa dahulu.
          Sesuatu yang istimewa mengenai buah CENERAI ini ialah, ianya boleh dijadikan peluru untuk menembak dengan menggunakan senapang mainan yang dibuat sendiri dari buluh berlubang. Senapang buluh ini kira-kira satu kaki panjang dan ada ulu dan bilah yang dilekatkan kepada ulu untuk dijolok setelah buah CENERAI tadi disumbat ke dalam lubang buluh tadi.....Bila bilah tadi dijolok kuat hingga hampir ke hujung, terdengar bunyi tembakan yang agak kuat....Ini adalah permainan kanak-kanak di tahun 50an, 60an dan 70an di mana pada masa itu belum banyak terdapat alat permainan di pasaran, kalau ada pun ramai yang tidak mampu membelinya. Sekiranya tidak ada buah CENERAI senapang buluh ini juga boleh digunakan dengan menyumbat kertas yang telah direndam air yang kemudiannya digumpal bulat sebesar lubang buluh tadi, tetapi bunyinya tidak sekuat menggunakan buah CENERAI.

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. SENEGHEH: MAKNANYA DENGAN TIDAK SENGAJA SESEORANG TERLANGGAR SEORANG LAIN DIBAHAGIAN SISI ATAU BAHU
       Contoh Ayat:
     a..   " Amboi.!.....SENEGHEH  bahu pun tak tegur aihhhh!!!''
   
2. TERSEMBOI : MAKNANYA KEADAAN FIZIKAL SUDAH BERUBAH BENTUK, TERKELUAR DARI  BENTUK ASAL, SELALUNYA MENONJOL KE DEPAN.
       Contoh Ayat :
  a.. " Kenapa dahi kamu TERSEMBOI keluar tu,, kena tumbuk kah?"

3. ILAT : MAKNANYA PERBUATAN MENYEMBUNYIKAN SESUATU barang atau makanan DARI ORANG LAIN, KEDEKUT ATAU INGIN MEMILIKI UNTUK DIRINYA SAHAJA.
     Contoh Ayat :
    a. "Kek ini mak buat untuk kamu semua.Makan bersama-sama.Jangan buat ILAT kat adik ", pesan Pn Teh kepada anak sulungnya.

Wednesday, October 6, 2010

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS

POKOK BELINGGAI


 POKOK NAMNAM

Dulu-dulu dalam tahun 60an dan 70an buah-buah ni sangat banyak didapati, malah kami kanak-kanak, orang tua2 dan remaja selalu makan buah-buah ini....sekarang ianya dah pupus.Malah ada di antara kanak-kanak dan remaja tidak pernah kenal buah-buah ini. Nak makan buah ni kena belah, isinya warna coklat, banyak biji dalamnya...ada orang makan begitu sahaja, tapi ada pula yang suka makan dengan santan
.
 
BUAH BELINGGAI. KULITNYA KERAS


BUAH NAMNAM -ISINYA MASAM TAPI SEDAP

Buah namnam sedap dimakan dengan ( colek) atau garam belacan bagi orang Utara.Rasanya masam dan kadang kala kelat, tapi sedap...Khasiatnya ialah ubat kepada diabetes (kencing manis) . Daun dan akarnya boleh direbus dan air rebusan diminum.Buah namnam akan berbuah sepanjang musim...sangat disukai ulat, kadang2, buah namnam akan rosak jika tidak dibalut..Ia berbuah dipangkal dahan atau batang pokok.

Loghat kedah untuk hari ini


1. TERBOTOI: MAKNANYA TERASA MALU SETELAH MEMBUAT KESILAPAN @ TERSILAP  CAKAP
       Contoh Ayat:
     a..     Semasa kami dok mengutuk Mad, tut-tut dia jengoi...TERBOTOI lah kami .
   
2. TUT-TUT : MAKNANYA TIBA-TIBA.
       Contoh Ayat :
  a.. Semasa kami dok mengutuk Mad, TUT-TUT  dia jengoi...terbotoi lah kami .

3. JENGOI : MAKNANYA MUNCUL @ SUA MUKA
     Contoh Ayat :
    a. Semasa kami dok mengutuk  Mad, tut-tut dia JENGOI  mai ,terbotoi  lah kami .

MENYINGKAP ZAMAN KANAK-KANAK

 SAMBUNGAN ...............................
Masa darjah satu hingga darjah enam  , kak fad bersekolah di SRTB ( sekolah Rendah Tunku Bendahara) Kodiang....Masih ingat lagi, guru kelas darjah 1 Cik Gu Mad London, digelar kerana dia pandai cakap orang putih. Masa darjah 1 kak fad tidak berapa pandai, sekadar mendapat nombor 9 dalam kelas, maklum lah masa itu, cuma anak-anak kerani atau orang yang kerja saja yang kenal a, b, c...kak fad adalah diantara pelajar yang waris tidak kenal huruf rumi, cuma bapa kak fad saja yang tahu menulis alif, ba, ta.....kak fad mula menonjol ketika darjah dua...Pada penggal pertama Kak Fad mendapat nombor 2, dan seterusnya kak fad selalu dapat nombor 1.Semasa Darjah 3, kak fad mendapat nombor 1 sepanjang tahun, tetapi bila di darjah 4, kak fad biasa dapat nombor 3 kerana pada masa itu emak kak fad dimasukkan ke hospital Kangar . Bila darjah 5 dan 6 kak fad sentiasa dapat nombor 1 dan 2 sahaja, dan dalam peperiksaan penilaian darjah 5 ,kak fad dapat semua A...Oleh kerana itu, kak fad dipilih mengambil peperiksaan untuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Kak Fad berjaya dan dihantar ke Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru......

Pada hari Kak Fad nak bertolak ke Johor Bahru, cuma abg Kak Fad saja yang hantar...mak dan ayah Kak Fad tidak ikut kerana wang untuk belanja dan tambang hanya untuk 2 orang...Itu pun sejumlahnya adalah wang kutipan guru-guru yang sangat terharu dan gembira kerana pertama kali pelajar sekolah itu dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh jauh ke selatan .Masih terasa kesedihan mak kak fad yang tidak pernah berpisah menangis melambai tangan ketika bas mini ( bas sewa) yang menghantar kami 4 orang ke Johor Bahru.Kawan-kawan kak fad masa itu ialah Che Su Saad dari Tunjang, Norhayati Basha juga dari Tunjang dan Fatimahwati Ibrahim dari Padang Lumat Kedah. dalam ramai2, semua ditemani seluruh keluarga kecuali kak fad.Mereka adalah pelajar-pelajar dari keluarga berada, bapa mereka bekerja dengan kerajaan. 

Setibanya kami di Johor Bahru, kami disambut oleh pelajar-pelajar seniors yang sangat petah berbahasa Inggeris....Mereka bercakap dalam bahasa melayu hanya dengan tetamu tetapi sesama mereka...Masya Allah....kak fad dan kawan-kawan tercengang-cengang dan merasakan seolah2 berada di tempat lain, bukan di Malaysia.Masa itu, kak fad hanya pernah melawat dua buah negeri sahaja iaitu Kedah dan Perlis.Alangkah terperanjatnya bila orang-orang di Johor petah bercakap dalam bahasa Inggeris dan juga menggunakan pelat selatan.....Kami berempat merasakan seolah2 "out of place"....rasa sedih bila keluarga meninggalkan kami untuk pulang, apatah lagi kami berempat tidak ditempatkan di Dormitory yang sama.

Dulu, cara untuk berhubung hanyalah dengan menulis surat..Mak kak fad berulang kali berpesan supaya selalu hantar surat....Kak Fad akan mengutuskan surat sekurang-kurangnya 2 kali sebulan....Apa yang menyayat hati, bila mak kak fad memberitahu bahawa dia terpaksa mengupah orang lain membaca dan membalas surat kak fad memandangkan dia tidak boleh membaca dan menulis.... kadang-kadang sipenulis dan sipembaca tidak mengambil upah tersebut memandangkan kesusahan yang mak kak fad terpaksa tanggung menyara kak fad. Kak Fad tidak mendapat biasiswa pada tahun pertama iaitu ketika di masukkan ke Kelas Peralihan atau REMOVE CLASS. Kami dialihkan dari aliran Melayu di sekolah rendah ke aliran Inggeris selam setahun.

Kak Fad masih ingat, guru kelas masa REMOVE adalah seorang guru Cina bernama Miss Goh.Dia hanya bercakap Inggeris,walaupun kami membalasnya dalam bahasa Melayu. Setelah beberapa hari, beliau memberi amaran sekiranya sesiapa bertutur dalam lain bahasa selain bahasa inggeris , denda 10 sen dikenakan untuk satu perkataan.Bukan itu sahaj, apa-apa kesilapan yang kita lakukan akan dihitung sebagai DEMERIT MARKS dalam bentuk berapa kali kesalahan dibuat dan hutang dikumpul untuk dibayar apabila wang saku pelajar-pelajar sekolah Asrama Penuh iaitu  Rm10.00 sebulan diberi dihujug bulan.

SAMBUNGAN........NANTI YA.......