Have A Look

Monday, November 8, 2010

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS


Kak Fad bercadang untuk mengambil Gambar buah Setoi dan buah Sete di kampung Kak Fad, tetapi memandangkan sekarang bukanlah musim buah-buahan ini, maka Kak Fad layari  internet dan dapat upload gambar buah-buahan ini untuk tatapan ramai.Bukan apa, Kak Fad cuba nak ceritakan tentang perbezaan anatara 2 jenis buah-buahan ini.

 
 
 BUAH SETE (KULIT BERBULU.TAMPOK AGAK LONJONG)
         Dapatkah anda bezakan antara Buah Setoi/sentul dan Buah Sete? Walaupun kelihatan agak serupa tetapi ada perbezaannya. Buah Setoi @sentul kelihatan lebih bulat dan leper berbanding buah Sete. Isi di dalam Buah Setoi agak masam berbanding Buah Sete. Isi buah Sete lebih manis dan isi yang lekat kepada bijinya agak lebih tebal dari isi buah Setoi.Bijinya lebih kurang sebesar ibu jari.
         Kulit dalam buah setoi dan Buah Sete boleh dimakan tetapi agak kelat.Sebelum makan kita mestilah mengupas kulit luar dahulu bagi kedua-dua buah tadi.Untuk menghilangkan kelat dan menyenangkan kita makan buah-buah tersebut,kulit dalam tadi mestilah dicincang keliling terlebih dahulu, kemudian diketuk dengan pisau supaya kembang dan leper,barulah boleh dimakan samada begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan "garam belacan" atau orang sebelah timur memanggilnya "colek"  manakala di sebelah selatan memanggilnya " kuah rojak".
          Bagi yang pandai masak laksam..kulit dalam buah setoi dan sete ini boleh dimasukkan ke dalam kuah Laksam dan rasanya amat sedap..,masam-masam menambah keenakan kuah laksam...bagi yang gemar makan "air asam" atau sambal cili api...buah setoi dan sete ini bolehlah dibakar dan kemudiannya diambil isi dalam dan kulit dalam digaulkan ke dalam air asam tadi menggantikan asam limau atau asam jawa.Kulit dalam buah setoi juga boleh dimasukkan ke dalam asam pedas juga menggantikan asam jawa.....
        Pokok Setoi yang asli dari Malaysia lebih tinggi berbanding dengan pokok Setoi dari Thailand. Sekarang ini buah Setoi dari Thailand lebih besar dari buah setoi tempatan...Ramai juga orang tempatan yang menanam pokok setoi yang dijual di sini tetapi bukan untuk dipasarkan, sekadar untuk makanan keluarga sahaja.


No comments:

Post a Comment