Have A Look

Saturday, March 26, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

The last time we shared was How To Make Coffee,now mari kita share Bagaimana nak masak Sayur Manis Rebung pula.

Walaupun nampak senang tapi banyak kerenah juga nak masak sayur rebung ni...


REBUNG HUTAN

DAUN CEKUR MANIS @ ASIN-ASIN


 
STEP 1:    Mula-mula dapatkan rebung yang segar, yang baru dikupas kulitnya hari ini juga.
                  Rendam di dalam air sejuk.


  STEP 2: Cincang kecil-kecil.Air jangan dibuang


 STEP 3 : Masukkan ke dalam periuk yang agak besar.Masukkan air melebihi tahap/Takat rebung.
                Masukkan belacan tetapi jangan dipicit belacan menjadi keruh.Masukkan ketulan belacan sahaja .
                  
 STEP 4 : Masak menggunakan api yang garang dan kuat.


 STEP 5 :  Tunggu sampai mendidih agak-agak 10 minit,baru masukkan garam

STEP 6 :  Masukkan sayur.Balik-balikkan sayur.Tutup api. Masukkan sesudu gula kalau suka.Elakkan MSG sebab sayur akan jadi PAYAU.





SAYUR REBUNG YANG TELAH MASAK....


PETUA-PETUANYA:

1.Rebung mesti segar, fresh kerana kalau yang lama rebungnya masam...tidak sesuai sayur manis tetapi boleh dibuat sayur lemak atau gulai.Kalau beli sehari sebelum...simpan dalam bekas...bubuh air,dan simpan dalam peti ais.
2. Masa cincang,kena bubuh air supaya rebung tidak merah
3. Mesti masukkan air yang banyak sebab kalau air sedikit dan ketika masak,air di bawah paras rebung,sayur akan jadi merah 
4. Belacan hendaklah dibubuh ketulan-ketulan kecil tanpa diramas kerana belacan akan hancur sendiri semasa api panas menggelegak. Jika diramas,kuah akan jadi warna merah
5. Api hendak lah kuat.Kalau api slow..sayur akan berwarna merah
6. Jangan sekali-kali kacau (stir) sebelum memasukkan sayur hijau spt daun bayam atau cekur sebab sayur akan jadi pahit.
7. Garam mesti dimasukkan semasa sayur tengah mendidih lebih kurang 10 minit. kalau masukkan awal,sayur akan pahit.
8. Sebaik sahaja masukkan sayur hijau,balik-balikkan dan tutup api,terus angkat.Jangan bagi layu sayur hijau...Masa ini baru boleh guna senduk untuk kacau daun....sayur.
9.Boleh letakkan gula sesudu sahaja.Tidak perlu letak MSG sebab sayur akan jadi PAYAU @ HAYAI ( bahasa Kedah) jika letak MSG

2 comments:

  1. akhirnya jumpa jugak resepi nih.hehehehe.dah lama cari ni.feveret husband tapi tak berapa cekap nak buat.selalu MIL yg buat.segan nak tnya MIL resepi.tima kasih ye kak. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SORRY HUSNA..NI BARU NAMPAK RESPON DARI YOU..KEKADANG BILA ALMA TAK BUKA BLOG..TU YG TAK TGK POST COMMENTS...TQ CUBA RESIPI NI...SEDAP KAN

      Delete