Have A Look

Saturday, March 19, 2011

PROJEK PENCEN SUAMIKU

Kini terdapat sedikit perubahan yang tidaklah begitu ketara tentang projek pencen suamiku. Dulunya terdapat lebih kurang 45 pasu pokok orkid yang telah diubah pasu,dibubuh baja dan dipindahkan ke bawah pokok mata kucing.Tetapi kini terdapat lebih kurang 65 buah pasu orkid kesemuanya, dah tak muat gantung kat pokok mata kucing,kena sambung gantung kat pokok cermai pula...Kebanyakannya dibeli di Nat Ahad Pokok Getah, Pauh dan juga di Padang Besar..Sekarang terdapat lebih kurang 15 pokok yang berbunga tetapi saya sempat ambil beberapa pasu bunga orkid sahaja memandangkan bunga yang lainnya sudahpun lasu dan gugur.















Tentang rumah tempat gantung orkid pula ada sedikit perubahan sahaja iaitu tali tangsi hijau yang diikat kebumbung para orkid tersebut,mungkin sebagai penahan jala yang akan dipasang nanti...Sebelum ini,para ini terbiar memandangkan pokok rambutan mandul belum ditebang,kini pokok rambutan telah ditebang dan mungkin sehari dua lagi,siap lah para orkid ini.



Pada masa yang sama,suamiku sempat memangkas daun-daun pokok kesinai yang tumbuh di kawasan rumahku. Sempat juga dia membaja pokok jeleti yang sekarang mengeluarkan bunga yang banyak....Di ruangan tersebut,suamiku menanam beberapa pokok cabai dan terung..mungkin lepas ini,tak payah lah kena beli di market lagi...heee...heee...pokok ulam raja tumbuh dengan biaknya di kawasan itu...suamiku hanya menabur sedikit baja organik yang dibeli di pameran pertanian.



Pokok kesinai tumbuh sendiri..terdapat 4 pokok lagi di belakng rumah..cantik dan besar...Jangan pandang cermin Nako yang pecah akaibat terkena batu yang melenting semasa suamiku mesin rumput... 


 Pokok ulam raja tumbuh dengan banyaknya.....



Suamiku sangat berminat dengan pokok Bunga Raya (hibiscus) , so..dia beli tiga pokok yang bunganya berlainan warna..Aku pula minat pokok yang kembang seperti keladi,mascotek dan lain-lain..habis juga duit kutu yang aku dapat bulan lepas......Tak apa,asalkan sedap mata memandang.....







Suamiku sangat berminat dengan pokok Bunga Raya (hibiscus) , so..dia beli tiga pokok yang bunganya berlainan warna..Aku pula minat pokok yang kembang seperti keladi,mascotek dan lain-lain..habis juga duit kutu yang aku dapat bulan lepas......Tak apa,asalkan sedap mata memandang.....Sambil-sambil kami berkebun dapat melatih Syazlan berjalan dan berdiri untuk kekuatan kaki dan lututnya..Alhamdulillah...Syazlan dah semakain kuat dan rajin.......
  

No comments:

Post a Comment