Have A Look

Thursday, January 27, 2011

MENU MAKAN TENGAH HARI BILA CUTI

Hari ini baru lah aku sempat masak dua tiga menu untuk anak2 dan suami tersayang..Kalau hari sekolah, alamat makan kat kedai la mereka...Begitu lah hati seorang ibu.Kalau boleh nak bagi anak-anak dan suami makan masakan sendiri,tapi apakan daya..masa tak mengizinkan.Kadang-kadang anak-anak komplen asyik makan kedai saja...tak sedap..tapi bila selalu makan kat rumah,sekali sekali nak juga makan kat kedai.

Aku cukup faham bila suamiku keluar awal pagi,bila balik dalam  raga motosikal penuh dengan ikan,sotong,udang,sayur....Sudah pasti dia nakkan aku masak supaya keluarga makan makanan masakan sendiri di hari-hari cuti begini. Mau tak mau,letih ka...banyak kerja lain ka, sakit sikit-sikit ka, mesti aku akan masak.. Aku bukanlah pandai masak sangat...maklum la ,dulu masa sekolah aku "Makan Tanggung..Berak Tong" kat orang....Ini maknanya...tinggal kat asrama..tak payah masak..

Lepas sekolah pula ,masuk Maktab...Masa itulah aku belajar masak dari kawan-kawan dari negeri lain...Itu pun pada masa cuti Sabtu Ahad ja...Kami tinggal di Flat PKNS Lembah Pantai kerana maktab kami tak cukup asrama...,So ,seronok lah juga,ada peluang masak makanan sendiri...



Hari ini menu kami ialah:- IKAN BAKAR, GULAI IKAN KEMBUNG,SOTONG GORENG BERSAMA KENTANG,SAYUR SAWI,KERABU SOTONG,SAMBAL BELACAN BERSAMA ULAM PUCUK KADUK DAN PETAI BAKAR....uhmmm.....SEDAP...BERSELERA KAMI MAKAN NASI HARI INI..Esuk tak tau la ..agaknya goreng ikan aja la kot........













2 comments:

  1. Assallamualaikum Fadz,

    Betapa sedap menu itu..
    Anak-anak akan teringat air tangan ibunya bila belayar nanti...

    ReplyDelete
  2. Bila I ingat masa bulan puasa, anak 2 x dak rasa sedih pasai depa suka makan masakan mak untuk buka puasa walaupun 2 mata jadi la..tapi apa nak buat,bila tugas masa itu,kena ikut ja la kan....

    ReplyDelete