Have A Look

Saturday, January 29, 2011

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS



Pernahkah anda mendengar panggilan  "POKOK KEMAN AIR" ? Sebelum ini kita selalu dengar tentang pokok Semalu atau duri keman..... Untuk pengetahuan semua, pokok KEMAN AIR ini bukannya tumbuh ditanah gersang atau kering.Ianya terdapat di permukaan air tawar,di tepi kolam,ditepi sungai atau di tempat-tempat yang tedapat air...
Arwah ibu saya bukanlah seorang Bomoh atau Pawang tetapi beliau adalah seorang yang banyak mengenali jenis-jenis pokok,buah-buahan dan tanaman serta tumbuh-tumbuhan liar yang boleh dijadikan ubat tradisional....Sebelum beliau meninggal dunia sempat juga saya melihat sendiri beliau menggunakan tumbuh-tumbuhan,daun-daun,akar-akar pokok untuk menyembuhkan beberapa penyakit yang mungkin tidak begitu serius sehingga terpaksa ke hospital...

Diantaranya ialah pokok KEMAN AIR ini...Pokok ini boleh dibuat ulam mentah atau dicelur. di samping itu sekiranya ada yang menghidapi penyakit kayap iaitu kudis yang payah sembuh,boleh lah menggiling daun ini  di atas punggung pasu bersama air sejuk dan sedikit bedak sejuk....bila sudah halus,sapu keliling kudis atau kayap tadi...Insya Allah beberapa kali sapuan...ianya akan kering dan sembuh......

Saya sudah pernah mencubanya.......


BENTUK DAUNNYA SEPERTI KEMAN ATAU SEMALU,TETAPI IANYA MENJALAR DI DALAM AIR ATAU PERMUKAAN AIR..IA TIDAK BERDURI .BATANGNYA LEMBUT
                GAMBAR INI DIAMBIL DIKOLAM BELAKANG RUMAH KAK FAD..

No comments:

Post a Comment