Have A Look

Monday, January 31, 2011

CONFUSE!!!!

Sense or No Sense

If the past tense of sink is sank,
then why isn't that of think is thank?
We say today we blow,
Yesterday we blew,
Today we glow,
But yesterday we don't glew!
The past tense of drive is drove,
Yet,there is deprive but no deprove.
If the past tense of stride is strode,
why isn't that of glide is glode?
If the past tense of bake is baked
and that of cake is caked,
Tell me what of wake ?
Why is cut still cut
and hit still hit
oh..help me English
You simply make no sense!

Sunday, January 30, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

BAGAIMANA CARA NAK BANCUH  KOPI SEDAP SETEKOH @ SE JUG.


( HOW TO MAKE COFFEE,urrrmmmmppphhhhh.....)


Pernahkah anda disuruh membancuh kopi dalam kuantiti yang banyak, dalam setekoh atau satu jag? Jangan cari pasal....Walaupun dengar macam senang sebab bahan-bahannya hanyalah kopi,gula,air panas sahaja...tetapi kalau tidak kena dengan caranya kopi anda akan rasa payau,tawar,pahit,atau tidak ummmppphhhh......

Sebenarnya,dulu kak fad pun tidak pandai bancuh kopi,cuma pandai minum kopi yang dibancuh oleh mak Kak Fad saja.....    Kak fad tak mau jadi kedekut ilmu....Mari sama-sama kita belajar cara nak bagi kopi sedap,pure...uuummmpppphhhh....

Untuk setekoh kopi.....Kak fad tak boleh bagi kuantiti bahan kerana anda mungkin ada tekoh yang lebih besar atau lebih kecil...so,Kak Fad bagi petuanya sahaja,...

Langkah2:-

1. Masak air sampai betul-betul mendidih,keluar asap....atau bunyi keretapi..
2. Masukkan gula ke dalam tekoh...
3.Masukkan kopi...
4.Kacau serbuk gula dan kopi hingga sebati...
5.Tuangkan air panas menggelegak sedikit sahaja agak-agak macam bancuh rempah kari...(atas sikit dari paras gula kopi.tadi.)
6.Kacau lagi bagi pecah gula...
7.Masukkan air panas menggelegak tadi secukupnya.
8.Kacau lagi sampai sebati gula dan kopi...
9.Tuang sedikit dalam cawan.,..rasa....kalau tak manis tambah gula dan kacau... TAPI.....kalau tak cukup pekat ....JANGAN tambah kopi dalam teko tersebut.....
10. Kalau tak pekat....Masukkan kopi dalam cawan kosong...tuang air panas menggelegak dan kacau ,baru tuang dalam tekoh besar tadi....


MENGAPA SUSAH SANGAT LANGKAH-LANGKAH NAK BANCUH KOPI INI:


1. Kalau air tak betul-betul mendidih menggelegak,kopi akan jadi berbuih dan terapung.warna putih koko...
2. Kalau air tak menggelegak, kopi akan melampung......tak sedap da...jadi arang belanga Pak Belalang..
3. Kalau tak kacau serbuk kopi bersama gula dahulu....nanti bila masuk air terus ,rasanya Payau....
4. Kalau bubuh air dahulu baru bubuh kopi dan gula...rasanya payau juga......
5. Kalau tambah gula terus dalam teko tak apa sebab gula larut terus...
6. tak boleh tambah kopi dalam air kopi kerana kopi akan melampung kerana air yang dikacau tadi sudah semakin sejuk dan tak seperti awal kita bancuh tadi
7. Kalau guna air dari termos.....tak sedap sebab bila bancuh banyak,tentulah air nak banyak juga...dalam termos mungkin tak berapa panas ...


So....cuba-cuba la resipi KOPI Kak Fad...mana tau ...ada orang minta bancuh kat tempat kenduri ka, kenduri arwah kat rumah ka, majlis pertunangan sendiri ka,......SELAMAT MENCUBA


 Gaul serbuk kopi dan gula sebelum masukkan air dan sementara tunggu air mendidih


While waiting for the water to boil, mix coffee powder with sugar and stir until it is well mixed.
 Jerang air dan tunggu hingga mendidih,menggelegak dan terbit wap


( You have wait for the boil to boil )

 Bial air mendidih tuang sedikit sahaja air ke dalam teko

( Then pour only a little water and stir again)



Tuang lagi air panas ke dalam teko....

( Pour the amount of water needed and stir again)
Taste it,make sure you get the right taste,if not....you may add some sugar to it..BUT REMEMBER....if you need some more coffee powder,DON'T add into your jar but put it in a a cup and pour a little boiling water,stir and then you can pour to the rest.)








Rasa.....tuang dalam cawan.....ambil tindakan seterusnya..

Saturday, January 29, 2011

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS



Pernahkah anda mendengar panggilan  "POKOK KEMAN AIR" ? Sebelum ini kita selalu dengar tentang pokok Semalu atau duri keman..... Untuk pengetahuan semua, pokok KEMAN AIR ini bukannya tumbuh ditanah gersang atau kering.Ianya terdapat di permukaan air tawar,di tepi kolam,ditepi sungai atau di tempat-tempat yang tedapat air...
Arwah ibu saya bukanlah seorang Bomoh atau Pawang tetapi beliau adalah seorang yang banyak mengenali jenis-jenis pokok,buah-buahan dan tanaman serta tumbuh-tumbuhan liar yang boleh dijadikan ubat tradisional....Sebelum beliau meninggal dunia sempat juga saya melihat sendiri beliau menggunakan tumbuh-tumbuhan,daun-daun,akar-akar pokok untuk menyembuhkan beberapa penyakit yang mungkin tidak begitu serius sehingga terpaksa ke hospital...

Diantaranya ialah pokok KEMAN AIR ini...Pokok ini boleh dibuat ulam mentah atau dicelur. di samping itu sekiranya ada yang menghidapi penyakit kayap iaitu kudis yang payah sembuh,boleh lah menggiling daun ini  di atas punggung pasu bersama air sejuk dan sedikit bedak sejuk....bila sudah halus,sapu keliling kudis atau kayap tadi...Insya Allah beberapa kali sapuan...ianya akan kering dan sembuh......

Saya sudah pernah mencubanya.......


BENTUK DAUNNYA SEPERTI KEMAN ATAU SEMALU,TETAPI IANYA MENJALAR DI DALAM AIR ATAU PERMUKAAN AIR..IA TIDAK BERDURI .BATANGNYA LEMBUT
                GAMBAR INI DIAMBIL DIKOLAM BELAKANG RUMAH KAK FAD..

PROJEK PENCEN SUAMIKU



ROSLANI OSMAN aka UIH

Suamiku Roslani Osman bersara pada 7 Disember 2010. Pernah aku lontarkan soalan padanya " Abang bila pencen nanti nak buat apa?". Dia dengan slow saja menjawab....."Pi mengail ikan ...buat ikan kering ..lepas tu jual.... sebelah malam pula pi jual kuaci dengan kentang goreng kat Stadium sambil tenguk bola"....Aku ketawa tapi dalam hati geram juga memikirkan projek pencennya agak merugikan diriku...apa tak nya...kalau dia mengail banyak-banyak ikan...aku juga kena siang.....bukan senang nak siang belah belakang ikan haruan ......Kalau dia pi jual kuaci kat stadium pula....aku juga susah ...dia dok seronok kat stadium,aku dok layan anak cerdik Syazlan yang banyak kerenah kat rumah...letih aku dibuatnya.
 
Surprise!!!!!!!!. Masanya sudah sampai......Projek kecil-kecilan sudah dapat ku lihat...Di antara projeknya ialah :-
1. Mesin Rumput keiling rumah
2. Kumpul semua barang , sampah sarap yang tidak perlu untuk  dihantar ke Tong sampah MPK Kodiang
3. Merongkah bangsal pokok orkid dan memindahkan ke tempat sementara (di bawah Pokok Mata Kucing)
4. Memasang katil yang telah lama berada di setor..




Rangka rumah Orkid yang telah dibuang atapnya...Bila la agaknya suamiku nak bubuh atap baru.......Kita tunggu.....dan Lihat.......



..





Pokok Mata kucing jadi tempat sementara menggantung bunga-bunga orkidku......
I wonder berapa lamakah  SEMENTARA itu ????? .....





















Orkid Besar...bunganya macam harimau bintang...coklat campur kuning.....










 Di bawah pokok mata kucing pula terdapat beberapa pokok bunga yang belum di jaga rapi....masih terdapat daun kering di dalam dan luar pasu





Pokok gantung ni pun tak tau namanya juga,
Bunga cantik ..warna merah


Pokok apa entah...bunga warna ungu....daun macam daun nilam

 Terbiar.......
 Terbiar......daun kering belum dibuang....
  Pokok Ni Cik Gu Shofiah yang bagi......subur dah .







Sambil buat kerja,boleh mengasuh Syazlan bermain buaian.










Sekarang akau rasa lega sikit sebab di samping membantuku membuat semak di dalam rumah, dia sempat juga membuat perubahan di luar rumah...Aku akan sabar menanti perubahan seterusnya...........................

Thursday, January 27, 2011

MENU MAKAN TENGAH HARI BILA CUTI

Hari ini baru lah aku sempat masak dua tiga menu untuk anak2 dan suami tersayang..Kalau hari sekolah, alamat makan kat kedai la mereka...Begitu lah hati seorang ibu.Kalau boleh nak bagi anak-anak dan suami makan masakan sendiri,tapi apakan daya..masa tak mengizinkan.Kadang-kadang anak-anak komplen asyik makan kedai saja...tak sedap..tapi bila selalu makan kat rumah,sekali sekali nak juga makan kat kedai.

Aku cukup faham bila suamiku keluar awal pagi,bila balik dalam  raga motosikal penuh dengan ikan,sotong,udang,sayur....Sudah pasti dia nakkan aku masak supaya keluarga makan makanan masakan sendiri di hari-hari cuti begini. Mau tak mau,letih ka...banyak kerja lain ka, sakit sikit-sikit ka, mesti aku akan masak.. Aku bukanlah pandai masak sangat...maklum la ,dulu masa sekolah aku "Makan Tanggung..Berak Tong" kat orang....Ini maknanya...tinggal kat asrama..tak payah masak..

Lepas sekolah pula ,masuk Maktab...Masa itulah aku belajar masak dari kawan-kawan dari negeri lain...Itu pun pada masa cuti Sabtu Ahad ja...Kami tinggal di Flat PKNS Lembah Pantai kerana maktab kami tak cukup asrama...,So ,seronok lah juga,ada peluang masak makanan sendiri...



Hari ini menu kami ialah:- IKAN BAKAR, GULAI IKAN KEMBUNG,SOTONG GORENG BERSAMA KENTANG,SAYUR SAWI,KERABU SOTONG,SAMBAL BELACAN BERSAMA ULAM PUCUK KADUK DAN PETAI BAKAR....uhmmm.....SEDAP...BERSELERA KAMI MAKAN NASI HARI INI..Esuk tak tau la ..agaknya goreng ikan aja la kot........













Wednesday, January 26, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. MEGHEPETMAKSUDNYA MENGARUT ATAU TIDAK MASUK AKAL.
 Contoh Ayat:
  a." Hang jangan dok cakap MEGHEPET sangat . Dia  tu bukan kawin lagi, hang kata kawin dah " 

2. MEGHEKPET : MAKSUDNYA MIMPI
Contoh Ayat:
  a ." Semalam aku MEGHEKPET beli kereta baru hang tau"
 
3. MELEHARG : MAKNANYA KEBULURAN,GELOJOH UNTUK DAPATKAN MAKANAN,KADANG-KADANG ,APA YANG DIJUMPA,SEMUANYA DIMAKAN,PELAHAP.... 
   Contoh Ayat: 
  a. "Hang jangan dok MELEHARG di rumah orang,satni orang kata mak tak pernah bagi makan pula"

Monday, January 24, 2011

KESEDIHAN,KERISAUAN,KERESAHAN......

Hari Sabtu yang lalu, aku ke Klinik Dr Faizah Kangar kerana merasakan perlu untuk membuat scanning pada perutku yang selalu memberikan masaalah ....Kebelakangan ini,hampir selalu aku merasakan perutku tegang,pinggangku sakit dan terasa pedih di dinding perutku apabila lambat makan dan di sebelah malam pula selalu rasa mengkal di bahagian ulu hati.....

Pada minggu pertama cuti sekolah iaitu bulan November yang lalu aku sakit di bahagian pinggang hinggakan tidak boleh bangun apabila tidur,dan tidak dapat baring apabila berdiri....Bila bangun dari katil aku terpaksa bergolek mencari tempat pemegang seperti almari untuk bangun dengan susah payah dan sangat sakit.Aku berjalan bagaikan robot,tetapi bongkok menahan sakit.... Aku ke klinik Waty di Changlun dan Dr memberikan ubat urat...Alhamdulillah ,baik juga la buat masa sebulan...
Kini sakit pinggang dan perutku kembali....dan ternyata apabila keputusan SCANNING dari Dr Faizah menunjukkan bahawa terdapat sesuatu ketumbuhan di luar buah pinggangku...Dr Faizah cadangkan agar aku ke Hospital untuk pemeriksaan lanjut...

Kini sudah 2 hari tetapi aku masih berfikir...ke manakah harus kutuju....???Adakah harus aku pergi Ke Hospital Kerajaan  @ ke  Hospital Swasta...? Aku juga perlu bertanya kawan rakan yang mengalami keadaan sama sepertiku...

Aku diberitahu kes seperti ini hanya ditentukan pada pagi Selasa dan Khamis sahaja....Oleh itu...aku mengambil keputusan untuk pergi esuk...Kalau banyak sgt procedure, mungkin aku akan bertukar arah ke KMC @ PMC la pula.....Aduh....Ya Allah....tolonglah ringankan beban penyakitku ini demi anakKu Syazlan yang masih memerlukan perhatian,bimbingan serta belas kesihan  dariku......Huh...Huh...Huh....

Kawan-kawan tolonglah beri kata-kata nasihat untuku...I really need it right now.......

Sunday, January 23, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. KORROMAKSUDNYA NAMPAK BODOH @ BUAT-BUAT BODOH..
  a." Awat hang ni nampak KORRO sangat.Cuba buat CEDAIH sikit" 

2.CEDAIH : MAKSUDNYA AKTIF ATAU SEGAR
Contoh Ayat:
  a ." Pokok tu tadi nampak layu saja,tapi la ni dah CEDAIH sikit"
  b. " Mak,awat anak ayam ni  tak CEDAIH lagi,nak mati kot" 

3. KELOEH : MAKNANYA CUBA KELUARKAN DIRI DARI SESUATU TEMPAT ATAU LUBANG 
   Contoh Ayat: 
  " Kucing tu cuba KELOEH kepalanya dari  bakul itu"



 4. SEGOK :  MAKSUDNYA  TERGANGGU ATAU TAK SELESA
   Contoh Ayat :
  " Rasa SEGOK la nak tenguk cerita romantik bersama-sama orang tua-tua ni"

Friday, January 21, 2011

MY EXPERIENCE TEACHING ENGLISH LANGUAGE

I was posted to a rural school in Air Hitam Kedah in 1980.In 1981, there was a male teacher who was very innocent,kind and well mannered.He always treated his students with kindness and politeness..meaning never knew how to get angry,what more to punish them...

One day,he was teaching Questions and Responses.The sentences were all written on the board. Students from Row 1 and 2 read the Positive sentences and Students from Row 3 and 4 read the Negative sentences.

Row 1 & 2:  I am teaching
Row 3 & 4: Am I teaching?


Row 1 & 2 : You are reading 
Row 3 & 4 : Are you reading?

Row 1 & 2 : They  are standing
Row 3 & 4 : Are they standing?


He kept on Drilling and Drilling and Drilling.....The class was very lively shouting,rhyming ....Suddenly , an  inspectorate entered the class.
The students panicked so did the teacher Mr...???.....(not To mention his name)...
everyone was quiet.....no sound...nothing......


The inspectorate went to a boy and asked him...

Question  :  WHAT IS YOUR NAME?
Answer :     IS WHAT YOUR NAME...

Mr L....was shocked,and so was The inspectorate......

Mr L.....came to the staffroom and told us everything,and we praised him for his way of  teaching and congratulated his students for giving the response....( meaning not keeping quiet when people ask you questions)...

KESEDARAN! CABARAN! HARAPAN! IGAUAN! DEBARAN!KEKECEWAAN ! KELUCUAN!



  KESEDARAN:- Tahun 1976 Kak Fad ambil HSC tapi hanya memperolehi 1 prinsipal A dan 3 subsid.Pada masa itu,untuk masuk universiti perlu mendapat 2prinsipal dan 2 subsid kerana kami hanya mengambil 3 subjek Principal level dan GENERAL PAPER (Pengajian Am ) adalah pada tahap subsidiary level sahaja. Malangnya,pada hari kertas sejarah,Kak Fad pitam di dalam dewan peperiksaan setelah sempat menjawab satu soalan sahaja…walaupun diberi lebih masa setengah jam selepas itu, minda Kak Fad tidak dapat berfungsi seperti sebelumnya, tapi Kak Fad masih lulus subsidiary leveluntuk Paper Sejarah . Kak Fad tidak ulang belajar tahun berikutnya memandangkan ibu yang miskin lagi dhaif tidak mampu menyara yuran pengajian & peperiksaan. Kak Fad kerja guru sementara pada 1977 dan melanjutkan pelajaran ke maktab dan mula jadi guru pada 1980. Selepas itu macam-macam kekangan yang menghalang Kak Fad sambung belajar hinggalah  umur dah senja,  tahun 2003 barulah dapat masuk Universiti..... Syukur Alhamdulillah.

  CABARAN:- Kak Fad telah menyambut cabaran untuk melanjutkan pelajaran setelah merasakan diri ini ketinggalan berbanding orang lain yang sudah jauh meninggalkan Kak Fad dari segi ilmu pengetahuan,pendapatan mahupun pengalaman.Kak Fad juga ingin buktikan dan beri contoh kepada anak-anak agar mereka juga akan rajin belajar macam ibu mereka. Oleh itu Kak Fad mohon sambung belajar untuk mendapatkan Degree, tambahan pula, kawan2 seperjuangan pun ada yang sebaya dan muda setahun dua dari Kak Fad beria2 mengajak Kak Fad menyertai mereka.Kak Fad setuju kerana merasakan seolah-olah ada penyokong yang sama tujuan dan matlamat hidup.Kak Fad sanggup sambut cabaran ini juga memikirkan anak-anak pun sudah besar-besar ,boleh urus diri semasa ibu menghadiri kelas.Kak Fad juga merasakan ada kesanggupan harungi pelajaran memandangkan Kak Fad sudahpun ada pengalaman mengajar. 

  HARAPAN:-Setelah tamat pengajian,mendapat ijazah dan setelah melalui temuduga maka Kak Fad pun dilantik ke Gred DG41.Yang seronoknya dapat tunggakan tu…banyak la juga..kira-kira RM…. gitu.   Kemudian kami terpaksa pula mohon untuk sah jawatan.Kak Fad  bersama kawan-kawan sekolah yang telah lama dilantik ke Gred DG41  terpaksa menunggu sekian lama, ada yang lebih dari 3 tahun tapi masih belum disahkan  jawatan tersebut. Bila tiada pengesahan jawatan ,maka banyaklah peluang yang kita tidak dapat kecapi dan turut serta seperti mengambil PTK untuk naik ke gred seterusnya dan lain-lain lagi….
Mengikut pekeliling, bagi mendapat sah jawatan,kami mesti menghadiri kursus induksi @ KISSM…dulunya 3 bulan, kemudian 3 minggu dan pada bulan Disember lepas,kumpulan kami hanya perlu menghadiri KISSM untuk 3 hari sahaja..memandangkan ramai sangat yang belum sah jawatan sejak tahun 2007 lagi….
Al kisah…….kami pun menaiki bot ke Langkawi pada 8  Disember 2010 pukul 2.30 petang yang lalu dan sampai ke hotel Chandekura jam 3.40 petang. Sebaik sahaja sampai kami diberi taklimat tentang tentative kursus  dan diberi kunci bilik masing-masing,2 orang satu bilik. Kami memilih bilik bawah(ground floor)..maklum la..orang-orang lama…senja..veteren..(apa2 gelaran pun boleh lah),lebih sesuai .
Bila masuk bilik,kami bergegas solat ,cuma tinggal 10 minit sebelum asar…kemudian terus solat asar dan makan petang.Taklimat disambung,sampai pukul 7.00 ptg… keluar taklimat,makan malam ,mandi,…solat maghrib dan bergegas taklimat lagi bagi menentukan soalan tugasan kumpulan dan syarat-syarat lain bagi mendapat kelulusan KISSM ini. Tamat taklimat, kami tak pedulikan makan malam( super) kerana sibuk nak buat tugasan kumpulan ,semua maklumat cari dari internet,buku nota KPLI  buku PTK dan buku KPPK yang tebal-tebal kawan-kawan heret dari rumah .Pukul 12.30 baru selesai tugasan…semua ahli kumpulan berkumpul di bilik Kak Fad buat perbincangan. Masing-masing membaca nota….bersoal jawab,berbincang tajuk yang rancak diperkatakan semua orang termasuk penganjur kursus dari JPN.   

  IGAUAN: Tajuk yang hangat diperbincangkan ialah manual prosedur kerja(mpk),   fail meja (fm) ,nilai-nilai murni penjawat awam dan cara menyimpan rekod. Semalaman kami asyik membaca,berbincang dan menghafal tajuk2 tadi..sampai terlena pada pukul 2 pagi.Malah dalam mimpi (mengigau), Kak Fad rasa macam dua tajuk itu..MPK dan FM yang akan keluar…Pagi-pagi dimeja sarapan,sana sini kedengaran perbincangan tajuk MPK dan FM,sekali sekala saja terdengar tentang tajuk2 lain. Keesukannya,kami hadiri taklimat lagi dan penuh konsentrasi kami beri apabila penceramah bercakap tentang tajuk2 tadi. Semasa keluar makan tengah hari pun sambil makan sambil bincang MPK dan FM lagi. Selepas kelas petang,sambil makan petang ,ada suara-suara mengatakan” Ni…kita kena banyak baca dan hafal MPK dan FM sebab tak pernah lagi tak keluar kursus induksi tajuk2 tu…”
Semasa di bilik tak sempat nak landing atas katil pun ,masing-masing asyik berbincang,menghafal MPK dan FM. Malam itu, pegawai JPN memberi peluang kami bincang soalan-soalan lepas ,mula-mula objektif,kemudian essei…yang mana terdapat soalan2 MPK dan FM di samping soalan-soalan lain seperti nilai-nilai penjawat awam dan cara-cara menyimpan rekod .Apa lagi,masing-masing begitu yakin memang MPK dan FM akan keluar esuknya.Malam itu,adik-adik datang lagi berkumpul di bilik Kak Fad, Kami asyik bincang MPK dan FM…sedikit sangat kami sentuh tajuk-tajuk lain. Kak Fad tidur awal iaitu pukul 12.30 sebab Kak Fad tidak mahu pisang berbuah dua kali…dulu Kak Fad pitam semasa peperiksaan HSC kerana malam tak dapat tidur….tetapi Kak Shofiah dan adik-adik yang lain asyik membaca dan menghafal sampai pukul 2.00 pagi. Bila jam yang Kak Fad set berbunyi, Kak Fad tutup dan sambung tidur ,rasa mengantuk sangat.
Keesukannya, Kak Fad bangun awal,mandi sambil jerit dari bilik air fakta-fakta MPK dan FM agar Kak Shofiah boleh tegur atau tambah apa yang tertinggal. Lepas solat kami terus ke dewan makan,sambil makan bincang dengan kawan di meja pula mengenai MPK dan FM sebab mereka pun yakin dua soalan itu akan keluar…bukan main petah lagi la kami bagi fakta..Maklum la sikit punya baca dan hafal  dua tajuk tu.
Tiba-tiba Pegawai JPN memberitahu kami peperiksaan akan lewat sikit pasal kertas tak cukup. Apa lagi…peluang bincang lagi…kali ini bincang tentang bagaimana nak simpan rekod pula…..masing-masing bukan main cekap lagi bagi fakta…wahh! kalau keluar soalan itu,memang score punya ,sudah pasti.

  DEBARAN:- Tiba masanya kami pun masuk dengan penuh debaran…kertas objektif diedar…wow!!! semua solan lepas-lepas keluar…..seronoknya…..ada beberapa soalan saja yang tak yakin,tapi rasa puas hati la….kemudian datang lah kertas essei yang kami tunggu-tungu dengan penuh debaran……..

  KEKECEWAAN:- teng…teng…tengg…..buka saja muka surat pertama…soalan NILAI PENJAWAT AWAM…syukur…..Sebelahnya,.soalan wang /akaun apa tak tau…tak baca pun…buka helaian lain pula ….mana manual prosedur kerja dan fail meja ???….huh…huh…huh….tup..tup…tup…jantung melompat, Buka sehelai lagi,mujurlah soalan mengenai prosedur-prosedur menangani ketidakpuas hati orang ramai. Kak Fad sudah pun buat semasa tugasan individu dihantar sebelum kursus,tapi dah lupa banyak fakta mengenainya. Tenguk pula soalan dasar-dasar kerajaan, aduhai!!!! susahnya,soalan dasar persyarikatan,. Cuma baca sekali saja malam pertama di Langkawi….. semua soalan lain tak baca,cuma tenguk sikit-sikit saja…..lemah segala anggota. Hampir separuh dewan megeluh,masing-masing paling ke arah satu sama lain…..muka pucat….tenguk pegawai pun menggeleng kepala…apa sudah jadi???? MPK dan FM tinggal kenangan yang tidak dapat dilupakan….. Walaubagaimanapun kami terus jawab juga,entah apa-apa la yang kami tulis…”Pantang Melayu Meninggalkan Gelanggang Sebelum Tamat Perlawanan…”

  KELUCUAN:- Pukul 2.00 petang kami bertolak ke pekan kuah dengan bas. Atas bas, Kak Fad iklankan agar kawan-kawan dari sekolah lain “ Kawan-kawan,jangan lupa Kak Fad untuk memberi ceramah mpk dan fm di sekolah kawan-kawan nanti kerana dalam minda Kak Fad ni masih penuh ilmu dan fakta mpk dan fm. Untuk mengisi borang biru 7 kali kursus wajib setahun , Kak Fad rasa boleh kot nak bagi ceramah “.  .Mereka hanya ketawa ,masing-masing faham maksud di sebalik sebutan mpk dan fm. Sampai di kompleks Ismail Groups 2.15 petang , kedai masih ditutup kerana hari Jumaat, 2.35 petang  baru dibuka, sempat beli kain batik 2 helai dan chocalate 3 bungkus, Pukul 3.00 ptg ,bas dah bunyikan hon,tak sempat penceramah manual prosedur kerja dan fail meja nak shopping. Mana cukup shopping 25 minit di Langkawi pula tu…husshhhhh!!!!.….kecewa segala-galanya.Kawan2 atas bas asyik dok perli penceramah belum naik, sempat shopping sakan.

Habis cerita…………kalau tak lucu tak payah la ketawa,senyum dah la……..

     Adik-adik sekelian! Kak Fad cadangkan agar adik-adik dan anak-anak muda yang berminat melanjutkan pelajaran haruslah berusaha bersungguh2 sementara masih  muda. Anda masih mempunyai minda yang segar, fizikal masih sihat, kekangan masih sedikit,dan semangat masih berkobar-kobar… Good Luck…Jangan jadi macam Kak Fad… 

 Atas feri untuk Ke Langkawi



Kolam renang di Hotel Chandekura...x sempat mandi pun




Depan Hotel bersedia nak balik 10/12/2010

 Bersama Siti Salamah...adik yg masih muda...

Wednesday, January 19, 2011

WE SEE,WE EXPERIENCE,WE COMMENT...FOR OUR OWN GOOD....


      My family vacation to Langkawi last weekend was such an enjoyable but tiring moment. Actually, I planned to go to Langkawi since last year? It did not work as expected because of many problems and workload I had to face...Furthermore, at that time ,my dear hubby was still working. His retirement was on 7December 2010...till then I had to wait patiently even though every day and night I kept on dreaming about going shopping to these three famous complexes Ismail Group ,Idaman Suri and Ram 's selling cooking utensils..My only aim of going was to enjoy shopping ,not much interest of visiting interesting places and spots like Bukit Cincang Cable Car, Birds Park, Crocodile Farm, Datai Beach, Pantai Chenang, Makam Mahsuri ,Hot well, Tun Mahathir Gallery and many others...I had been to these places more than twice. So my point of going was just to buy plates (Vantage sets)…
       But, what I want to share with you is not the enjoyment of the vacation or the glamorous set of plates that I bought. I  want to get your response to WHAT I SAW AND EXPERIENCED getting the NEW FRONTIOR 6 BOAT from Kuala Perlis jetty to to Langkawi.  As we know everyone has to buy a ticket each before boating…or boarding….The 4 of us…my hubby,my second son Afif, my youngest  son Syazlan (special kid on wheel chair)..and myself.Typical of Malaysians, we brought a lot clothes,more than what we are going to change later on…so,we had to carry four big bags and another two small ones. We would be staying for three days and two nights. My hubby’s credit card’s promoter  offered him free lodging for 2 nights and three days.
        We queued up getting into the boat passing a small unbalanced temporary bridge tied to the boat, shaking  as we walked on it. Malaysia Boleh….take the challenge…then ,once you get into it,you had to put your  BAGS infront, next to the entrance. As always,those who entered first would have to place the bags on the floor,later the others would put their bags onto your bags..make sure you don’t bring along eggs, sugar,milk or oil inside the bags..By the time the boat starts its engine, you could see that there were four levels of bags on top of your bags . Our seats were from Number 51 to 54 ,my hubby booked the front seats..near to our bags...

             To my surprise, someone has occupied  one of our seats. My  hubby made my son sat on the seat labeled 51..The man  did not  tend to get up from the seat ,even though we were standing, waiting for him to move from there. What  a stubborn kind of person..Should I call him stubborn or inconsiderate? My special son  suddenly screamed and pushed the man  on his chest...The man  was still there. I had to hold my son's hand so that he did not do that again. 5 minutes later.he said , "Kerusi saya nombor 70, tapi duduk sini sekejap,ingatkan tak ramai orang boleh duduk mana-mana" . I gave no response...because I know that he had realized his mistakes. See...people's attitute.....Don't know your stand...,don't know your rights.....>Forget him....Then we sat happily enjoying action movies on TV. I did not concentrate much because my youngest son was so active, trying to move about here and there.

         After one hour,we could see Langkawi Jetty.What I don’t understand and I had to say out is THE HABITS OF OUR PEOPLE….ONCE THEY SAW THE JETTY,THEY STOOD UP FROM THEIR SEATS , AND STARTED TO STAND ALONG THE AISLE OF THE BOAT WHILE WE STILL SAT STILL ON OUR SEATS.They were very impatient to get out of the boat even though some of them knew that their bags were at the bottom of others’ bags .I looked at my watch, it was nearly 15 minutes that they had to stand while waiting for the boat to reach the jetty….WHY Are We Malaysians not patient and  strictly follow queues.? When  alighting…everyone started rushing out,and the others behind had to wait for those infront who had to get  their bags at the bottom, and had to really search for it because there were bags of the same colour and size. So, just imagine, babies crying, grandparents sat back on their seats feeling tired of waiting, some unbearable smell from those standing near you...husshhhh!!!!.
           
             Who is/are to be Blamed..? Should we blame ourselves or the Boat Company for not having Proper rules of boarding and alighting, keeping luggage at  proper places so that The First Come First Serve policy would be enjoyed by the customers…Will this sort of things be going on  forever?.Is this the only way or style that we can see or foreigners see? I don’t know….Let’s think of a better way and suggest . Who knows the next time we go, there might be changes made.
           Anyway, I enjoyed being there because I got what I wanted… The Vantage Set of plates and a Pressure Cooker…..Now I can enjoy cooking and  having good appetite with my new set   . My hubby did not comment much since he had to give away more than RM 500 for the trip…….

Tuesday, January 18, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1. POLOKMAKSUDNYA MEMASUKKAN BANYAK SANGAT ( PENUH) MAKANAN KE DALAM MULUT .
   Contoh Ayat: 
  a." Cuba makan elok-elok...tak payah POLOK..gelojoh sangat...banyak lagi makanan ni"
 
2.BUI : MAKSUDNYA BAGI ATAU BERI
Contoh Ayat:
  a ." Kalau adik hang minta nasi, BUI la kat dia....mak nak pi kedai sat ni" 
.3. JEGEY: MAKNANYA TENGUK TEPAT DEGAN MATA TERBELIAK SEDIKIT,MATA TIDAK BERKELIP 
   Contoh Ayat: 
  " Aku tak laghat JEGEY biji mata, anak aku sikit tak heran,dok buat kelaku pelik depan orang"
4.. MEGHENYEH : MAKNANYA  GATAL ATAU GALAK , CUBA MEMIKAT PASANGAN.
  Contoh Ayat:
  a. "Hang jangan dok kerja MEGHENYEH sangat,anak dara tak elok dok meghenyeh dengan budak jantan"


Tuesday, January 11, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. CULAIH : MAKSUDNYA PEMALAS KERJA,SUKA CURI TULANG.

   Contoh Ayat: 
  a." Dia tu selalu CULAIH sikit,dok harap orang lain buat kerja,dia banyak buat alasan"
 

2.BALORG2 MAKSUDNYA : PEMALAS  @ KESAN ATAU PARUT BERBELANG-BELANG AKIBAT DIPUKUL .
Contoh Ayat:
  a ." Pi tolong mak hang buat kerja,jangan dok BALORG LIAT sangat".
  b.  "Ayah  hang tibai budak tu sampai BALORG belakang dia"

 3
.TEGHEBEY :  MAKNANYA LASTIK
   Contoh Ayat:
 a. " Jangan dok TEGHEBEY anak burung tu,kesian "

4. TOKAI : MAKNANYA CUBA
  Contoh Ayat:
  a. "Kalau tak percaya cuba hang TOKAI tenguk makan buah ni,manis tau"




Saturday, January 8, 2011

KELUHAN HATIKU,RINTIHAN PERASAANKU

Kerap kali aku akan cari loghat Utara,buah-buahan atau apa saja yang dah semakin pupus untuk dipamerkan di BLOGku ini...tapi kali ini aku rasa seolah-olah hendak melepaskan persaanku yang resah gelisah,perit,pedih ini sekurang-kurangnya mungkin aku akan rasa lega dari tekanan perasaan ini....Aku telah berkongsi persaanku ini dengan kawan-kawan karibku dan ternyata mereka juga meluahkan perasaan simpati terhadap peristiwa yang melandaku pada hari Selasa 4hb Januari 2011 jam 2.30 ptg .Apa pun,hati ini masih lagi terkilan,perasaan ini masih lagi tertekan...ingatan ini masih lagi tidak pudar,hati ini masih lagi terhiris luka,pedih bagaikan dihiris sembilu......Ya Allah,tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..tolonglah aku.......bagaimana harusku pisahkan ingatan yang membelenggu perasaanku ini....bagaimana harus ku tutup  dan sembunyikan mukaku yang ku rasa ketebalannya hampir menyelubungi seluruh badanku ini.Bagaimana harus ku ukur langkahku untuk ke tempat yang telah menjadikan diriku kecewa...kecewa yang amat sangat....malu.....malu yang tidak terkira.......kalau tidak kerana tugasku di situ,tak mungkin akan ku hulur langkahku setapak pun ke sana....tapi ...buat masa ini dan buat masa dua tahun yang akan datang terpaksalah ku gagahi , lupakan kepilauan,lupakan segala negatif dan akanku  harungi jua hari-hari mendatang demi aku dan keluargaku yang tercinta....malah segalanya adalah untuk ANAK ISTIMEWAku SYAZLAN yang tidak tahu menahu keperitan batin ibunya mengharungi masa-masa susah dalam ranjau hidupnya.....

Hari bersejarah bagiku SELASA PETANG itu ,ketika kira-kira 25 orang berkumpul di sebuah bilik yang agak selesa dengan penghawa dingin dan kipas siling,aku telah ditanya bertubi-tubi dengan soalan-soalan "mengapa"..."Kenapa"..."Bagaimana"..."Kenapa tidak"..."Jelaskan".....Pada masa itu tiada siapa yang dapat membantuku untuk menjawab soalan-soalan tersebut kerana soalan-soalan itu hanya ditujukan padaku...padaku seorang insan malang yang telah bekerja selama 31 tahun membimbing pelajar-pelajar,anak-anak didik setempat,malah saudara-saudara terdekat dan jauhku  agar mereka menjadi insan berguna.... Selama 31 tahun hasrat dan tujuanku tidak pernah terpesung,iaitu inginkan kejayaan untuk anak-anak didik,kejayaan untuk bangsa,negara .Tetapi bila peristiwa ini berlaku ternyata KEJAYAAN pada masa ini perlu bukan sahaja untuk yang tersenarai di atas tetapi yang paling UTAMA untuk tempat kita bertugas....Kenapa ianya begitu...kerana segala penjelasan tentangnya kearah itu....."Kalau kita dapat jumlah itu...tentu sekolah kita akan dapat banyak ini...kalau ..........orang lagi pelajar berjaya ...sekolah akan dapat begini..." Pelajar-pelajar tersebut pun akui yang mereka lemah dalam subjek itu....mereka kesal kerana mereka lemah..kawan mereka boleh atasi mereka sejak mula hingga ke hari peperiksaan.....tapi........masaalahnya ...aku tetap dipersoalkan........Aku tetap dimalukan.......Aku bukan ingin membezakan pencapaian aku ataupun kerja buat aku dengan orang lain....tetapi aku lihat dan dengar sendiri dari kawan-kawanku dan pelajar juga mengenai orang lain yang hanya masuk kelas, bagi kerja pada pelajar,fotostat gambar,petikan...bagi gunting,gam, kayu pembaris percuma kepada pelajar,( Students ,do your work,I'm busy) suruh tampal di dalam buku mereka agar bila diperiksa pihak atasan,ada kerja yang diberi.....tetapi orang sebegini senantiasa dipuji,,disanjung kerana mereka berani,ada bisa,ada penyokong....walaupun penyokong tak la ramai sangat tapi yang power2 gitu.......Ada juga yang selalu MC,selalu lambat...tapi mereka juga terselamat...mengapa mereka terselamat???? A big question mark....mereka bijak......bijak ketika membuat jangkaan,mereka membuat jangkaan agar kejayan dicapai pada tahap minima...bila masa sebenarnya....jangkaan ini tepat..dan nasib baik lagi mungkin pelajar berjaya lebih dari jangkaan...***.SEE.....this is where FATE plays an important role...and this is where I have NO LUCK , BUT BAD FATE.... As for me I always lose in gambling my luck ( Actually I never Gamble with luck pun)......, but maybe hope...There's no such thing as LUCK BY CHANCE or HOPE FOR CHANCES  in my LIFE DICTIONARY...

My friends comforted me by saying..." Sabar la Kak Fad,sabar la Kak Fadzillah,sabar la Fadzillah......You have done your best.....Kak Fad dah buat yang sepatutnya...Hang dah buat kerja dah....Org yang buat kerja selalu kena......macam2 lagi ayat2 pujukan mereka" Tetapi bagiku...ianya tidak mencukupi....ianya masih terngiang-ngiang di telinga dan kepalaku,,,,, Sebenarnya aku tidak pula menyalahkan sesiapa...aku cuma mennyalahkan diriku.....Kenapa lah aku BODOH sangat....Kenapa aku BENGUNG sangat,kenapa Pelajar-pelajar yang dapat B aku tambah 2,3 markah untuk jadikan A ....sedangkan mereka memang potential B..mereka pun tahu,kawan-kawan mereka pun tahu...KENAPA?KENAPA?KENAPA? ini pun kebodohan kerana aku ikut arahan juga la...."Bak kata orang kalau orang suruh hang terjun sungai hang terjun buat apa? Orang yang suruh  tak susah, hang yang lemas separuh mati. AKU MEMANG BODOH....

Dalam kes pelajar-pelajar kelas belakang pula...aku juga yang disoal bertubi-tubi "Kenapa masa di Tingkatan 2, ada 12 orang lulus,bila PMR tinggal  4 orang saja ,mana lagi 8?.....Rupanya kelas aku juga yang menimbulkan masaalah.....Kelas lain semuanya lulus kah.?...3C2 itu sama tarafnya dengan 3B3..mungkin ada 2 orang saja yang lebih baik dari 3B3..manakala 3A2 dan 3B2 ramai pelajar yang boleh lulus....Kes ini pun kerana KEBODOHANku lagi....Penghawa dingin ku rasa tak cukup power,kipas angin tak ku rasa anginnya........Untuk penjelasan dalam mesyuarat,aku dah tak dapat nak kata apa-apa lagi...aku dah sebak.,hampir menangis,tangisan yang aku tahan..sedih kerana hanya aku yang terpaksa menjawab.....Sebenarnya 3 orang pelajar yang lulus masa di Tingkatan 2C2 sudah dinaikkan ke Tingkatan 3C1, seorang lagi pindah ke Pahang, yang seorang lagi sakit jantung berlubang masa di Tingkatan 3,aku tidak memaksanya untuk melengkapkan kerjaku, yang 3 orang lagi terlibat kes disiplin yang teruk seperti masuk lockup,ponteng sekolah.......!!!!Satu lagi kelemahanku ialah aku tak pandai control budak-budak nakal...bila aku larang mereka masih honar,tak dengar arahan,aku akan buat deekkk ja.....Aku akan concentrate pada pelajar lain yang ingin belajar dan beri tumpuan.....aksi ini mungkin membuatkan mereka rasa selesa dan tak perlu buat kerja yang aku suruh....... SALAHKU lagi.....

Kemudian,timbul pula analisa tingkatan 2 tahun 2010...terdapat 20 orang dapat A untuk subjek aku dan 12 pelajar dari kelas aku pula tu...Kenapa jadi macam itu.....? .Sekali lagi aku diberi amaran agar kekalkan 12 orang itu untuk mendapa A bagi PMR.....Mungkinkah dapat dicapai????...Malangnya ...pelajar-pelajar ini dapat A kerana 2 soalan essay masa peperiksaan akhir adalah soalan yang hampir sama dengan soalan ulangkaji mereka....oleh itu memang mereka hafal dan boleh jawab walaupun tidaklah mendapat markah penuh.Soalan summary pula telah diberi jawapan dalam bentuk nota yang dihantar ke sekolah untuk diperbanyakkan....bukannya soalan yang  kami set....  Pelajar dari kelas pandai hanya masukkan beberapa perkataan untuk dijadikan ayat...sudah pasti mereka dapat fakta-faktanya,..SALAH SIAPAKAH INI? SALAH AKU LAGI KAH...????  ...Tentu akan jadi salah AKU bila keluar result PMR 2011 nanti 12 orang  pelajar tak dapat A..Aku akan terima saja lah..apa aku boleh buat...SALAHKU juga......

Berbalik kepada analisa PMR 2010,Timbul persoalan di hatiku...AKUKAH yang menyebabkan keputusan keseluruhannya jatuh????? Kalau aku lah punca segala-galanya....aku menyesal kenapakah aku tandatangan untuk bersara pada umur 58?..Aku harus bersara awal.....Aku bukan lagi PENDIDIK yang diperlukan.....Aku sudah tua,sudah lapok.....caraku mengajar juga sudah out of date agaknya...Pelajar-pelajar mungkin tidak gembira menatap wajahku yang serba lama, serba tawar dan serba kekurangan.....Anak-anak muda mungkin inginkan sesuatu penampilan baru,bergaya...walaupun ilmu yang kami sampaikan itu sama sahaja.......

Rumusannya, aku harus membuat sesuatu.....sesuatu perubahan pada diriku kerana apa yang terjadi sudah pun terjadi....What is GONE cannot be BYGONE....Aku harus tabah...harus tegas....TEGAS dalam memberi markah....TEGAS dalam membuat keputusan.( jangan berganjak dari markah yang pelajar patut dapat,jangan ubah walaupun diarah atau dipujuk), ..tegas dalam set pencapaian yang pelajar akan dapat.....untuk 2B1 iaitu 12 org yg dapat A dlm peperiksaan akhir, biarkanlah...Kalau dalam peperiksaan tanhun ini mereka dapat A juga amat bagus...tapi seandainya mereka tidak dapat mencapainya,aku akan akur setakat kemampuanku mengajar mereka dan kemampuan mereka berusaha bersungguh-sungguh...Biarlah kena tegur atau kena dipersalahkan pun terima juga lah.......Lagipun orang lain pun dah tahu ....apa yang betul dan apa yang salah.....................................!!!!!!!!LET IT BE!!!

GOOD LUCK TO YOU PUAN FADZILLAH....DO YOUR BEST FOR THE YEAR 2011.......

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. TEKOH : MAKSUDNYA  BILA MASA.
   Contoh Ayat: 
  a." Dia tu TEKOH baik selalu belanja kami,TEKOH kedekut,air sejuk pun jangan harap la" 
 
2.TEKOH-TEKOH : MAKSUDNYA KADANG-KADANG.
Contoh Ayat:
  a ."TEKOH-TEKOH aku tenguk hang ni segak juga,TEKOH-TEKOH belemoih saja pun"
 
 
3. KELITIN : MAKNANYA PUSING atau MENGELILINGI DI KAWASAN YANG SAMA ....TAK JAUH DARI SATU-SATU KAWASAN...
   Contoh Ayat:
 a. " Awat yang hampa dok KELITIN kot ni saja,pi dok jauh-jauh sikit aku lemaih perut dok tenguk muka hampa saja"

Wednesday, January 5, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. MANDOM : MAKSUDNYA LEMBAB ,KELIHATAN  TAK AKTIF.
   Contoh Ayat: 
  a." Awat hang MANDOM sangat hari ni,nampak tak bermaya pun"
 

2.COM dan DON : MAKSUDNYA TARIK MUKA MUNCUNG ,MUKA KELIHATAN SEDIH DAN MARAH.
Contoh Ayat:
  a ." Pasai apa pula yang hang tarik muka COM saja  ni?"
  b. " Iiisssshhh!!!! awat muka hang nampak DON saja?"

 
3. CEDONG : MAKNANYA KERAS DAN SEDIKIT  MEMBENGKOK ATAU MELENGKUNG
   Contoh Ayat:
 a. " Ikan yang hang bawa keluar dari peti ais tu keraih CEDONG  la"