Have A Look

Sunday, December 9, 2012

LOGHAT KEDAH


1LENDIT: MAKSUDNYA KEMAS,RATA , ADA SAIZ
       Contoh Ayat:
     a." Amboi...hang seterika baju hang LENDIT elok no.Tak patah saiz aih!!"

2. KILIARG: MAKSUDNYA ASAH ATAU PERTAJAM
     Contoh Ayat::
    a. " Cuba hang KILIARG pisau tu sikit,tumpoi tak sangga ni"
    
3WAHAMMAKSUDNYA SANGSI,RAGU-RAGU,TERTANYA-TANYA.
    Contoh Ayat: 
    a. " Aku dok WAHAM pasai apa depa tak  bagi jawapan kat kita sampai la ni.Kita silap isi borang ka? "
    
4.  SAMPAI KE SUD:  MAKSUDNYA SAMPAI KE AKHIR
  a. " Dari awai sampai KE SUD hagham tak masuk gol sebiji pun"

5. TEMIGHIN : MAKSUDNYA KELILING SEBELAH LUAR SESUATU YG BULAT ATAU HAMPIR BULAT.( outer layer)
    Contoh Ayat:
    a. "Amboi..TEMIGHIN  kong moto tu meghelit no"

6. GHIDIN : MAKSUDNYA TEPI PAGAR ATAU SEMAK.
    Contoh Ayat:
    a. " Cuba hang taghah sikit kot GHIDIN pagarg tu,semak sungguh aku tenguk"
    

Thursday, December 6, 2012

LOGHAT KEDAH


1TAK SEMENGAH: MAKSUDNYA TAK SENONOH, KEADAAN TAK MEMUASKAN , SELEKEH.
       Contoh Ayat:
     a." Awat yang hang pakai baju ni mai makan kenuri,TAK SEMENGAH langsung"
     b. " Buat kerja halai balai..TAK SEMENGAH langsung kerja budak ni"
    
2. HALAI BALAI : MAKSUDNYA KERJA AMBIL LEWA SAHAJA
     Contoh Ayat::
    a. " Kalau setakat nak buat kerja HALAI BALAI baik toksah dok buat langsung aih"
    
3. LOKAHMAKSUDNYA TANGGALKAN SEMUA PERALATAN ATAU BUANG SETIAP SATU SPARE PART ( ALATAN )  
    Contoh Ayat: 
    a. " Hang jangan dok LOKAH peghabih la screw mutu (motor) tu..satni kot hang tak tau nak pasang balik "
    b. " Masa aku sampai balik ke rumah, semua lemari, setbot,laci kena LOKAH habih. Pencuri masuk rumah aku,sapu calat,apa pun tak tinggai dah"

4.  DOGIANG:  MAKSUDNYA LICIN,TIADA BULU,BOTAK
  a. " Ayam hang ni DOGIANG ,tak dak bulu langsung ,pasai apa?"
  b. " Cuo hang bagi pakai seluarg sat anak hang tu,nampak DOGIANG sangat aih,tak malu kat orang ka?"

5. CUO : MAKSUDNYA CUBA
    Contoh Ayat:
    a. "CUO hang kalih kot lain keghetaih sorat habag tu,ada berita hangat"

6. KALIH : MAKSUDNYA BUKA SEBELAH ,ALIH, SELAK , TUKAR...  ( turn )..
    Contoh Ayat:
    a. " Hang tok sah dok KALIH siaran lain la..aku nak tenguk Warta Berita ni"
    b. " KALIH sebelah nu,aku nak tenguk gambag lain pula"

Wednesday, December 5, 2012

LOGAHT KEDAH


1BIDANG: MAKSUDNYA MEMUKUL DENGAN KAYU ATAU SESUATU ALAT.
       Contoh Ayat:
     a." Hang jangan dok mukat dengan aku,satgi aku BIDANG belakang hang baru hang tau "
    
2. HAMPUT : MAKSUDNYA MARAH
     Contoh Ayat::
    a. " Aku kena balik la ni juga,takut satni balik lambat,mak aku HAMPUT"
     
3GUNUM : MAKSUDNYA IBU  master bagi PERMAINAN 
    Contoh Ayat: 
    a. " Kalau nak main ADAKAH ( sejenis permainan kanak-kanak), sapa buleh tauk GUNUM paling dekat dengan Oghat( garisan), dia buleh mola dulu "

4.  TOJE MAKSUDNYA MEMPERSENDA ATAU MEMPERMAINKAN
   Contoh Ayat: 
  a. " Kalau orang tua-tua bercakap hang jangan dok TOJE main, kot aku GHIBMOK satni"

5. GHIMBUK : MAKSUDNYA TABUH,TAMPARG KUAT-KUAT,HIBU
      Contah Ayat : 
   a. " Tak berani la aku nak dok merayau ghata,takut mak aku GHIMBUK"

6. HIBU : MAKSUDNYA LEBIH KURANG MACAM GHIMBUK,IAITU TAMPARG,TABUH
   Contoh Ayat:
    a. Kalau hang tak mau kena HIBU, hang jangan dok ghapat mai"

Wednesday, November 21, 2012

LOGHAT KEDAH


1UPARG : MAKSUDNYA MELETAK SESUATU DI ATAS TELAPAK TANGAN,KEMUDIAN DIGESELKAN KEDUA TELAPAK TANGAN ITU SEHINGGA BENDA ITU SEBATI ATAU HANCUR.
       Contoh Ayat:
     a." Hang ambik daun kapai terbang ,hang campur kaporg sikit,lps tu boh air mo secanca teh,hang    
          UPARG sampai berbuih, hang sapu la tang bincot tu..lega aih "
    
2. UPAM : MAKSUDNYA MELETAK SESUATU ATAS TELAPAK TANGAN JUGA,TETAPI DUA BELAH TANGAN MENGHALA KE ATAS...BENDA YANG DIPEGANG SELALUNYA BULAT  ATAU PANJANG ..GESELKAN KEDUA-DUA TANGAN UNTUK MELEMBEKKAN BENDA ITU...
     Contoh Ayat::
    a. " Dulu masa umur aku 2 ari,mak aku ambik pisang raja, bembam ataih api,.bila sejuk UPAM  
          sampai lembek...suap kat aku la.Masa tu mana ada nestum lagi"
     
3. BEMBAM : MAKSUDNYA DIBAKAR  DI ATAS ATAU DI DALAM BARA API TANPA MENGGUNAKAN SEMANGGANG
    Contoh Ayat: 
    a. " Masa kami miskin dulu,nak beli minyak pun tak dak duit, bakar ikan tamban kiat pun pakai   
         BEMBAM atas api saja.Tu pun nasi habih sekepoi"
    b. " Ubi kayu kalau BEMBAM atas api pun sedap dimakan"

4.  GHONOT MAKSUDNYA LALU DI BAWAH  SESUATU PAGAR SEPERTI KAWAT ATAU DAWAI ATAU TALI.
   Contoh Ayat: 
  a. " Orang tua2 cukup pantang kalau kita  GHONOT bawah penyidai kain.Sebabnya tak diberitahu..tetapi ada hikmah disebaliknya aku rasa"
 

Friday, November 16, 2012

LOGHAT KEDAH


1. DAN DAN : MAKSUDNYA DENGAN SEGERA
       Contoh Ayat:
     a." Aku pening kepala tak sangga,telan penadol 2 biji,DAN DAN lega "
     b. Bubur tu dok hangat lagi..hang tak DAN DAN dah nak makan..DAN la bagi sejuk dulu" 

2. BALAN : MAKSUDNYA POTONG ATAU TINDAN ATAU MENDAHULUI
     Contoh Ayat::
    a. " Sebenarnya aku yang dapat dulu makanan tu , tapi ada orang lain mai BALAN pula"
    b.  "Cuba hang jangan  BALAN cakap orang tua2"
3KEPOT:  MAKSUDNYA CENGKUNG
   Contoh Ayat: 
  a. " Hang ni tak padan dengan umur baru 30 tahun, tapi awat yang nampak KEPOT saja"
  b ." Mau tak KEPOT , aku bukan ada gigi dah,semua aku cabut nak boh lain"

Sunday, November 11, 2012

PENGALAMAN LAGI

Setelah selesai mengalami pening kepala menulis MODUL OPS, tiba pula mengikuti Kursus menjadi LEAD TRAINER (JU) untuk OPS ini.. Imagine pada usia ini baru nak dilantik menjadi JU. Mahu kah orang mendengar celoteh JU berumur macam aku ini? Adakah mereka selesa atau motivate dengan cara yang akan aku persembahkan nanti...Suspense sungguh aih!!!!!!!!!!!!!!!. Masaalahnya , siapalah aku untuk menolak...

Setelah 4 hari berkursus di Hotel Empress Sepang, rasa macam tak confident saja nak bagi ilmu kepada orang lain ni...Nasib baik la juga ada seorang teman lagi dari SMK Dato' Syed Omar yang akan membantu aku nanti. Kalau ada perkara yang aku terlupa,bolehlah dia bantu..begitu juga dia( Pn Suraiya Ahmad). Kami  diarah oleh JPN memberi kursus kepada 36 orang guru dari Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar selama 4 hari juga.  Aduh oleh kerana kursus itu perlu dijalankan di PPD Kota Setar, letih juga kena travel tu...Bila malam, tidur tak nyenyak walaupun letih..sebabnya..dok fikir tentang persembahan esuknya,takut kalau-kalau ada kepincangan pula.





Pada hari Ahad( terakhir) datanglah Pn Chetrilah ( Project Manager ) memantau dan membantu kami bagi memberi penerangan yang lebih mendalam dan berkesan lagi. Akhirnya tamat jugalah training tersebut. Rasanya berjaya lah juga.Tapi tak tahulah kot-kot peserta kursus tak faham di sana sini. tapi kami dah jawab soalan-soalan mereka di akhir kursus tersebut. semoga mereka dapat mengajar OPS dengan jayanya pada awal Januari tahun 2013 ini.. GOOD LUCK to teachers in 13 schools in Kedah...Hope you can do your best......


PENGALAMANKU

Patutlah orang selalu kata..bukan senang nak jadi senang. Dalam menjalani kehidupan, ada perkara yang kita boleh buat tanpa bertanya orang lain. Hasilnya kita terpaksa merasa gembira dengan keupayaan yang kita ada dan hasil yang kita dapat. Tetapi bagaimana pula kalau kita bekerja dengan orang lain? Sudah pasti kita terpaksa mengikut arahan,pendapat atau ciri-ciri yang diperlukan orang atau orang-orang tertentu.

Buat pertama kali, aku dipilih oleh pihak ELTC untuk sama-sama menulis Modul OPS @ Oral Proficiency English for Secondary Schools for Form 2 untuk tahun 2013. Sebenarnya pada awal tahun 2012 ,Sekolah kami SMK Tunku Bendahara telah terpilih untuk mengikuti OPS Tingkatan 1 mulai bulan Mac hingga bulan Mei. Kami  adalah PILOT SCHOOL di Kedah.Kami mengajar berpandukan Modul Pelajar iaitu OPS STUDENTS HANDBOOK dan Guru dibekalkan OPS TEACHERS COMPANION  . Dalam masa yang singkat itu, kami telah dilawati oleh Pihak ELTC,PPD dan juga JEMAAH NAZIR  untuk memberi moral support dan teguran kerana inilah Program pertama bertujuan menjadikan pelajar-pelajar Tingkatan satu memberi tumpuan kepada LISTENING & SPEAKING bagi penggal pertama tanpa READING & WRITING SKILLS. Pelajar hanya berinteraksi secara individu,berdua,berkumpulan dan bahan rangsangan adalah di dalam Modul OPS dan juga bahan-bahan yang diberi oleh guru atau dibawa oleh pelajar. Walaubagaimanapun READING & WRITING adalah secara INCIDENTAL..MAKSUDNYA SECARA KEBETULAN ATAU TIDAK DISENGAJAKAN PENGGUNAANNYA SEPERTI  MENCARI BAHAN DARI INTERNET @ DARI SURAT KHABAR. Pelajar tidak dibenarkan menulis atau membaca semasa bercakap,membuat presentation atau memberi pendapat.Begitu juga Guru...Guru harus memberi arahan, soalan , TASK secara Oral (lisan).

Mengapa OPS ??? Ianya dilaksanakan kerana Pihak Kerajaan mendapati setelah 13 tahun pelajar menjalani persekolahan, mereka masih tidak boleh fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris Terutamanya bila dikehendaki membuat presentation, menjawab soalan-soalan Temuduga, bekerja di bidang  perniagaan dalam Syarikat @ Swasta juga berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa walaupun mereka ini telah mendapat keputusan cemerlang 8A's, 10A's dalam SPM.

 Pn Ang


Mdm Audrey memberi penerangan

 Mencari gambar dari internet.

Penulis-penulis Modul 


Berbalik kepada pengalaman pertamaku membantu dalam Penulisan Modul OPS Tingkatan 2. Aku memang merasakan ianya pengalaman yang rumit,memberangsangkan . Rupanya seseorang penulis buku teks terpaksa memikirkan isi kandungan, mutu serta ianya mestilah berpandukan Curriculum Syllabubs dan ianya mestilah tepat, tiada kecacatan dan dapat membuat pihak pengajar juga pengguna memahami samada penulisan @ penerangan @ gambar atau lain-lainnya itu bertepatan dengan motif,tema,tajuk ...Aduh...susah ...rasa macam nak pecah kepala...Kenapalah pada usia ini baru mereka memberi peluang untuk aku turut serta menulis modul..Kalau la 20 tahun yang lalu..memoriku cergas la sikit  ...Walaupun begitu ianya satu pengalaman yang tak dapat kulupakan. Untuk satu tajuk itu,entah berapa kali terpaksa buat semula, cari gambar lain dari internet, memberi penjelasan yang lebih tepat....Bayangkan satu tajuk iaitu 6 muka surat mengambil masa 4 hari.....8 orang penulis,sorang satu tajuk...4 hari menulis MODUL PELAJAR dan 4 hari lagi menulis PANDUAN GURU..Penulis terkenal seperti Mdm Audrey Lim yang memang penulis buku tidak menghadapi masaalah..Beliau boleh menulis 2 @ 3 tajuk berbanding kami yang baru,satu tajuk pun mengambil masa berhari-hari.  Aku tidak akan cuba untuk kali kedua....Cukup hanya Sekali.......Kita lihat hasilnya pada tahun 2013 ini..Entah-entah ,dari  6 muka surat yang aku tulis itu,mungkin ianya digunapakai 1 @ 2 muka surat saja kot.......Alhamdulillah.....itu pun satu hasil juga. Kenangan yang tidak dapat aku lupakan.!!!!!!!!!.

LOGHAT KEDAH


1CEGHUAK : MAKSUDNYA MENGGUNAKAN TIMBA,BALDI ATAU BEKAS YANG BERISI AIR UNTUK DISIMBAH KEPADA ORANG LAIN ATAU KE SESUATU TEMPAT SUPAYA BASAH.
       Contoh Ayat:
     a." Kalau hang tak bagi sabun kat aku,aku CEGHUAK bagi hang basah"

2. SIMBOQ : MAKSUDNYA LEBIH KURANG CEGHUAK JUGA TETAPI PANCUTAN AIR ITU TIDAK BEGITU KUAT, LEBIH KURANG MACAM MENGGUNAKAN SHOWER..AIR BERSELERAK..
     Contoh Ayat::
    a. " Kalau nak bagi sayur tu segar sikit,hang kena SIMBOQ ayarg ..satlagi segarg la nampak sayur tu"

3. GOMBA:  MAKSUDNYA MENGEPAM MINYAK ATAU CECAIR DARI DALAM TIN,TELAGA ATAU BEKAS AGAR MASUK KE DALAM BEKAS LAIN YANG DITAHAN.
   Contoh Ayat: 
  a. " Hang kena GOMBA kuat-kuat sikit baru minyak gaih tu masuk cepat sikit dalam botoi tu.Mo kalu dok GOMBA pelan sangat lambat la nak penuh botoi"

Sunday, November 4, 2012

LOGHAT KEDAH


LOGHAT KEDAH

1. CEGHIN: MAKSUDNYA  TERPACAK BULU ROMA ATAU BULU TENGKUK
       Contoh Ayat:
     a." Lepas dengar cerita hang CEGHIN bulu tengkuk aku...Tempat tu macam berghantu la"

2. DOGIANG : MAKSUDNYA TIADA BULU ATAU TIADA EKOR
     Contoh Ayat::
    a. " Anak ayam tu DOGIANG saja..Mana pi bulu , sayap dan ekorg dia"

3DEGHESOT : MAKSUDNYA TEMBUS ATAU BERLUBANG
   Contoh Ayat: 
  a. " Budak tu ganaih sungguh,dia tumbuk sampai DEGHESOT pungkok besen tu"

Friday, November 2, 2012

LOGHAT KEDAH


LOGHAT KEDAH

1GHAWAI: MAKSUDNYA  KACAU DENGAN TANGAN ATAU ALAT SEPERTI SENDUK DALAM MAKANAN ATAU DALAM KUAH, DALAM AIR YANG AKAN MENYEBABKAN KEROSAKAN PADA MAKANAN DALAM AIR TERSEBUT.
       Contoh Ayat:
     a." Jangan dok GHAWAI  gulai tu, satlagi patah habih ikan temenum dalam tu.Ambik sekor-sekog elok-elok"
2. BERSAPAU SONGSANG : MAKSUDNYA duduk di tempat itu dalam jangka masa yang lama.
     Contoh Ayat::
    a. " Hang toksah dok susah hati la,aku mai ni sat saja,bukannya aku nak BERSAPAU SONGSANG di sini. Aku tau la hang meluat kat aku."

3CAKUIH : MAKSUDNYA MENCONGKEL SESUATU DARIPADA SESUATU LONGGOKAN ATAU SESUATU YANG TERSEDIA ADA.  
   Contoh Ayat: 
  a. " Jangan la dok CAKUIH  inti cucug badak tu,kalau nak makan,makan sebiji-sebiji , tak elok dok CAKUIH rata-rata"

Friday, October 5, 2012

LOGHAT KEDAH


LOGHAT KEDAH

1.MENONGKOI: MAKSUDNYA  DOK SAJA  SAMADA TIDUR ATAU DUDUK DI RUMAH TAK MAU BUAT KERJA YG MENDATANGKAN FAEDAH
       Contoh Ayat:
     a." Kalau pak hang dok idap MENONGKOI  di rumah saja,laparg la anak-anak kita. Malu la sama,orang jantan lain semua pi kerja. 
2. SEH' : MAKSUDNYA MEMICIT HIDUNG SAMBIL MENGELUARKAN HINGUS DARI HIDUNG 
     Contoh Ayat::
    a. " Budak ni tak gheti nak SEH' hinguih..hinguih meleleh dekat nak masuk mulut dah tu"

3. GHENJONG : MAKSUDNYA PANJANG DAN TINGGI SAMADA UNTUK ORANG ATAU BINATANG JUGA
   Contoh Ayat: 
  a. " Anak hang ni tinggi GHENJONG no..macam galah tu"

Wednesday, September 26, 2012

LOGHAT KEDAH


LOGHAT KEDAH

1.AGHAIH TAKAT: MAKSUDNYA  SETAKAT / SEKADAR .
       Contoh Ayat:
     a." AGHAIH TAKAT hang nak tunjuk  lagak pandai macam tu, sikit pun aku tak  heran..aku tau hang bukannya tere sangat pun 
2. KGHENTOI : MAKSUDNYA KAKI DINAIKKAN KE ATAS,MENAMBAH NAMPAK PENDEK 
     cONTOH aYAT:
    a. " Adik KGHENTOI kaki sikit baru mak senang nak dukung,dah la adik tu tinggi panjang dah"
    b.  " Penyegan sungguh budak ni,waktu ni tak bangkit lagi,dok KGHENTOI dalam selimut lagi"

Sunday, September 23, 2012

LOGHAT KEDAH HARI INI


LOGHAT KEDAH

1.CEGA: MAKSUDNYA  TAKUT DAN BERHATI-HATI .
       Contoh Ayat:
     a." Budak-budak yang curi masuk sekolah tu kena tangkap polis kemarin.Baghu lah lain kali depa CEGA sikit kot"
2. PEGHECOI: MAKSUDNYA LOMPAT DAN LARI DENGAN CEPAT MACAM BECEMPEGHA JUGA .
 Contoh Ayat:

a. " Bila aku buka kandang saja,kambing-kambing tu PEGHECOI habih,lapag sangat la tu "

3. MEGHEGAMAKNANYA APA KE BENDA YANG SUSAH NAK DIKENALPASTI ATAU DITERANGKAN
     
Contoh Ayat :
    a. " Apa MEGHEGA yang hang bawa mai ni,aku tak pernah kelih seumur hidup"  

Thursday, July 19, 2012

Kata ganda

Mai belajar Kata Ganda Kedah...Orang lama Kedah menggandakan perkataan bagi menguatkan lagi maksud perkataan tersebut:

UNTUK WARNA


1. MERAH MENYALA @ MERAH MEGHEMBONG
2. KUNING MELESIN
3. HIJAU MEGHENGAU
4. PUTIH MELEPAK
5. HITAM MEGHELIT @ BEDEGAM
6. KELABU "SA'

Tuesday, July 17, 2012

LOGHAT KEDAH

1.TANGLAQ: MAKSUDNYA  TERLALU TERBUKA,TIDAK DISEMBUNYIKAN.
       Contoh Ayat:
     a." Ni bulan posa, awat yang hang dok makan TANGLAQ sangat. Hang tak malu kat orang ka,satgi kereta mayat mai ambik baru hang tau"
2. TAK MENGEDIH : MAKSUDNYA TAK HIRAU ATAU TAK HERAN ATAU TAK BERGANJAK
 Contoh Ayat:

a. " Budak ni bantah sungguh aih,suruh pi mandi sikit pun TAK MENGEDIH..Dok terpacak tang tu la juga"

3. MEGHUNUMMAKNANYA  BERCKAP SENDIRIAN ATAU RAMAI-RAMAI TETAPI DENGAN SUARA YANG AGAK PERLAHAN..KEDENGARAN BUNYI TETAPI TIDAK DAPAT MENDENGAR PERCAKAPAN DENGAN JELAS
     
Contoh Ayat :
    a. " Aku dengar hang dok  MEGHUNUM  sorang-sorang,dok marah kat sapa,tak ketahuan biji buah" 

Sunday, July 15, 2012

LOGHAT KEDAH

1.GETANG : MAKSUDNYA TUTUP SESUATU DENGAN KETAT DAN KUAT .
       Contoh Ayat:
     a..  " Ikan Pekasam ni kena peghap dalam pasu..lepaih tu kena GETANG dengan kain bagi cekang. Ikat keliling mulut pasu dengan getah atau tali "

2. GETANG KE DADA: MAKSUDNYA BERKEMBAN DENGAN KAIN BATIK ATAU KAIN SENTUNG
Contoh Ayat :
a. " Hang tak malu ka GETANG KE DADA berjalan rata kampung...seksi sangat..ambik la tola ka,selimut badan sikit"

3. SEGHEGAIMAKNANYA  TERASA SESUATU SEPERTI HABUK MENGGANGGU BAHAGIAN MATA
     
Contoh Ayat :
    a. " Mata aku ni dah la berair, rasa SEGHEGAI saja, macam ada habuk,jangan-jangan nak kena sakit mata ka apa? "


4. SEGHEKAI : MENGAYAK TEPUNG BERAS ( sapu dengan tapak tangan)  DI ATAS KAIN MAZLIN ATAU KAIN PUTIH MAMAN AGAR SERBUK TEPUNG YANG TURUN KE DALAM BEKAS MENJADI LEBIH HALUS


Contoh Ayat:
     a. " Kalau nak buat kueh Karaih tepung beras tu kena ayak banyak kali,nak bagi halus lagi kena SEGHEKAI atas kain putih maman tu.Bila tepung lebih halus,karaih akan lebih cantik bentuknya"

Thursday, July 5, 2012

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1. GHELAIH : MAKSUDNYA LAP.
       Contoh Ayat:
     a..  " Awat yang belemoih sangat meja tu, cuba hang  GHELAIH  dengan kain buruk tu sikit aih"

2. GHAGAIH :MAKSUDNYA PANJAT ATAU NAIK MENGGUNAKAN  TENAGA YANG BERSUNGGUH2 DAN BERSUSAH PAYAH
       
Contoh Ayat :
a. " Dulu aku selalu GHAGAIH geghek tua Pak aku had ada pelantag besag tu"
b. " Budak Mad tu kerja lain tak dak,khegha dok GHAGAIH  rumah orang malam-malam...apa lagi kena katok MEGHEMBONG kepala"

3. MEGHEMBONGMAKNANYA  LUKA DAN BERDARAH DENGAN BANYAK
     
Contoh Ayat :
    a. " Kalau nak MEGHEMBONG kepala cuba try pi mengorat anak Pak Cha tu , Pak Cha tu cenge nak mampuih"

Wednesday, June 20, 2012

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. CENOGHAM : MAKSUDNYA CURAM.
     
  Contoh Ayat:
     a..  " Hang bokbaik sikit jalan tu...jalan CENOGHAM  ke bawah,satgi kot hang terlongsor turun."

2. MEGHEMKAM :MAKSUDNYA TERASA MACAM BERKETUL SAKIT DI DALAM PERUT,TERSA SENAK DAN SAKIT.
       
Contoh Ayat :
a. " Awat aku rasa MEGHENGKAM dalam perut ni...silap makan ka . Kena pi jumpa doktor la macam ni"

3. TONYOHMAKNANYA  GOSOK DENGAN KUAT 
     
Contoh Ayat :
    a. " Hang kena tolong TONYOH periuk ni sampai putih meghelit tau"

Monday, May 28, 2012

POKOK MAHKOTA DEWA

MAHKOTA DEWA DI TAMANKU

Anda tentu pernah dengar Mahkota Dewa ....apakah dia...apa khasitnya...Untuk apakah ianya diminum...Saya sendiri tidak berapa pasti untuk menjawab soalan-soalan ini. Apa pun saya mesti cuba sendiri dahulu sebelum mengesahkan kebenarannya bagi yang menagatakan ianya sesuai untuk penyakit kencing manis dan lain-lain penyakit lagi... Oleh itu.suami saya menanamnya dan inilah pokok dan buahnya ...Hanya sebiji sahaja buah dari pokok ini....buat bukti la kot..... 


 pokok mahkota dewa

 buahnya berwarna merah apabila masak


AKU HARAP LEPAS NI BANYAK LAGI LA BUAHNYA. 

PROJEK PENCEN SUAMIKU

BARU NAK MASUKKAN SATU LAGI PROJEK SUAMIKU . 

Selalunya dia habiskan masa attending to my special kid SYAZLAN so...tak sempat nak  ceburkan diri dengan projrk baru...tapi kali ini saya sepatutnya masukkan projek yang terbaru ini...TANAMAN SERAI DAN TEBU...

 Rumpun serai

 tebu


serai dan tebu

Kalau ikutkan jadual rasanya bulan puasa ini tak payah beli serai...tapi air tebu masih kena beli kat Pasar Ramadan. Air tebu kami sendiri mungkin lepas raya atau Raya Haji baru boleh diminum kot...Heee...

Sunday, May 27, 2012

KENALI YANG NADIR

 POKOK DEROM SETINGGI 6 KAKI ( BARU DITANAM )


 DAUN DEROM 

PUCUK DEROM YANG BOLEH DIBUAT ULAM

Pernahkah anda dengar sejenis pokok yang dipanggil DEGHOM ( Loghat Kedah) atau DEROM. Ia adalah sejenis pokok yang mana pucuknya boleh dibuat ulam. Baunya sangat harum. Rasanya sedap..lemak...Terdapat dua jenis pokok atau daun DEROM ini.... Ada yang pucuknya berwarna kemerahan atau sedikit ungu dan ada juga yang berwarna hijau... Tetapi apa-apa pun rasanya sama sahaja..Harum dan lemak untuk dibuat ulam . Pokok atau batangnya pula tersangat teras, kuat...boleh dibuat tiang pelantar atau sebagai pagar...Pokok-pokok DEROM jarang ditemui di bandar atau di tepi jalan. Ianya banyak terdapat di hutan dalam suasana redup..
Pada tahun 50an dan 60an..ianya mudah didapati...di mana adanya pokok cemumak,di situ juga terdapat pokok DEROM...Tetapi kini agak sukar untuk pokok ini ditemui...Oleh itu...saya terpaksa menanamnya supaya ianya tidak pupus...Saya selalu jadikannya ulam untuk makan tengah hari bersama air asam dicampur ikan termenung( Kembung) bakar atau rebus...uuurrrmmmm...sedap....

Sunday, April 22, 2012

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. NARG-NARG : MAKSUDNYA TIAP-TIAP.
     
  Contoh Ayat:
     a..  " Takkan aku nak laghat tegog hang NARG-NARG hari kot,cuba lah ubah perangai sama"

2. TRET :MAKSUDNYA GILIRAN @  KALI
       
Contoh Ayat :
a. " Aku tak laghat dah...dah 10 TRET aku berulang pi jamban....kena pi jumpa doktor la pula"
B. " Lori tanah tu bawa laju nak mampuih pasai dok hambat TRET"

3. SAYUNGMAKNANYA  GHENCUNG ATAU NIPIS DI BAHAGIAN HUJUNG ATAU TIDAK SAMA BESAR.
     
Contoh Ayat :
    a. " Kesian kat Pak Awang ,rumah dia tu depa buat dengan papan SAYUNG saja. Tu pun pi beli kat kedai papan..dapat la harga murah"

Thursday, April 5, 2012

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. GHABONG : MAKSUDNYA RANCAK DAN BISING.
     
  Contoh Ayat:
     a..  " Apa yang hampa dok sembang GHABONG sangat tu ha?"

2. SEGHENGIANG :MAKNANYA MENENGKING ATAU MENJAWAB SESEORANG DENGAN SUARA KASAR DAN KUAT..
       
Contoh Ayat :
a. " Cuba hang cakap elok-elok dengan mak hang tu...Jangan dok SEGHENGIANG dia..tak baik, berdosa tau.."

3. SEGHONDOIMAKNANYA SONDOL ATAU TOLAK DENGAN KEPALA ATAU TANDUK BAGI BINATANG
     
Contoh Ayat :
    a. " Habih la ubi kayu aku tanam...babi SEGHONDOI.."
    b. "Awat yang hang dok SEGHONDOI mak ni,ada la nak jek minta apa2 tu" 

Thursday, March 22, 2012

MY SPECIAL SON SYAZLAN

SYAZLAN SEMAKIN BAIK

Tiada kata secantik bahasa, nak ku puji anakanda ...
Tiada gambar secantik lukisan...nak ku gambarkan perasaan...


OOOOO....alangkah sukanya bonda,  lihat anakanda
Sudahpun boleh berjalan,
Walaupun tak seberapa...


Kau usaha sampai berjaya..
Ku doa agar anakanda
Sentiasa dirahmati Allah...


Syazlan....teruskan usahamu....berjalan,bersuara,bercakap, uruslah dirimu sayang......Andai kata ibu abah sudah tiada......kau harus berdikari wahai anakku SYAZLAN.....  


SELAMATBERJAYA......
 Mulanya abang bimbing adik bermain air

 Abang ajar adik berenang

 Biarkan adik berenang sendiri


 Adik jalan nak ke kolam renang kanak-kanak

 ouch!!...baik2...nanti jatuh


 Syazlan jalan-jalan di Pasar Seni,cari mainannya...tapi tak ada

 Syazlan dah pandai merayau sendiri pula




LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1. BEDANOQ/BEDANORG:  MAKSUDNYA BERDEBU DAN KOTOR...
 Contoh Ayat:- 
a." Hang pi basuh kaki lekaih...sampai BEDANORG  debu...eeee...geli la aku" 
2. BELUTIN :  MAKSUDNYA KOTOR , YANG DIPENUHI LUMPUR,AGAK LEMBAB , KEHITAMAN.
Contoh Ayat:
  a ." Hang pi menanam padi ka yang kaki sampai BELUTIN lagu ni..Mandi tu beruih kaki sama "  
  
3. BEKERGTANG : MAKSUDNYA BERTOMPOK-TOMPOK MACAM PETA ,MACAM AIR LIUR BASI LEKAT DI BANTAL.
Contoh Ayat: 
   a.. " Hang basuh ka dak baju ni, awat BEKERGTANG saja ni?. Aku perasan ayarg kotor kot"...
   b. " Aku geli la nak tidurg bantai ni...air liur basi sapa yang BEKERGTANG ni ! eeeee......"