POKOK DEROM SETINGGI 6 KAKI ( BARU DITANAM )
DAUN DEROM
PUCUK DEROM YANG BOLEH DIBUAT ULAM
Pernahkah anda dengar sejenis pokok yang dipanggil DEGHOM ( Loghat Kedah) atau DEROM. Ia adalah sejenis pokok yang mana pucuknya boleh dibuat ulam. Baunya sangat harum. Rasanya sedap..lemak...Terdapat dua jenis pokok atau daun DEROM ini.... Ada yang pucuknya berwarna kemerahan atau sedikit ungu dan ada juga yang berwarna hijau... Tetapi apa-apa pun rasanya sama sahaja..Harum dan lemak untuk dibuat ulam . Pokok atau batangnya pula tersangat teras, kuat...boleh dibuat tiang pelantar atau sebagai pagar...Pokok-pokok DEROM jarang ditemui di bandar atau di tepi jalan. Ianya banyak terdapat di hutan dalam suasana redup..
Pada tahun 50an dan 60an..ianya mudah didapati...di mana adanya pokok cemumak,di situ juga terdapat pokok DEROM...Tetapi kini agak sukar untuk pokok ini ditemui...Oleh itu...saya terpaksa menanamnya supaya ianya tidak pupus...Saya selalu jadikannya ulam untuk makan tengah hari bersama air asam dicampur ikan termenung( Kembung) bakar atau rebus...uuurrrmmmm...sedap....
mcm pokok tebengau ka
ReplyDeleteLebih kurang la Nad...tapi bezanya daun dia besar sikit dari tebengau
DeleteAssalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-
ReplyDeleteRerama hijau
Stevia
Halia bara
Lempoyang
Turi
Ulam raja
Sambung nyawa
Tenggek burung
Tebengau
Belalai gajah
Turi
Pokok2 buah
DAN BANYAK LAGI
lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral )
Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
0123106846 -Faizal @
0122440099 -Azizi