Have A Look

Sunday, November 11, 2012

PENGALAMAN LAGI

Setelah selesai mengalami pening kepala menulis MODUL OPS, tiba pula mengikuti Kursus menjadi LEAD TRAINER (JU) untuk OPS ini.. Imagine pada usia ini baru nak dilantik menjadi JU. Mahu kah orang mendengar celoteh JU berumur macam aku ini? Adakah mereka selesa atau motivate dengan cara yang akan aku persembahkan nanti...Suspense sungguh aih!!!!!!!!!!!!!!!. Masaalahnya , siapalah aku untuk menolak...

Setelah 4 hari berkursus di Hotel Empress Sepang, rasa macam tak confident saja nak bagi ilmu kepada orang lain ni...Nasib baik la juga ada seorang teman lagi dari SMK Dato' Syed Omar yang akan membantu aku nanti. Kalau ada perkara yang aku terlupa,bolehlah dia bantu..begitu juga dia( Pn Suraiya Ahmad). Kami  diarah oleh JPN memberi kursus kepada 36 orang guru dari Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar selama 4 hari juga.  Aduh oleh kerana kursus itu perlu dijalankan di PPD Kota Setar, letih juga kena travel tu...Bila malam, tidur tak nyenyak walaupun letih..sebabnya..dok fikir tentang persembahan esuknya,takut kalau-kalau ada kepincangan pula.





Pada hari Ahad( terakhir) datanglah Pn Chetrilah ( Project Manager ) memantau dan membantu kami bagi memberi penerangan yang lebih mendalam dan berkesan lagi. Akhirnya tamat jugalah training tersebut. Rasanya berjaya lah juga.Tapi tak tahulah kot-kot peserta kursus tak faham di sana sini. tapi kami dah jawab soalan-soalan mereka di akhir kursus tersebut. semoga mereka dapat mengajar OPS dengan jayanya pada awal Januari tahun 2013 ini.. GOOD LUCK to teachers in 13 schools in Kedah...Hope you can do your best......


No comments:

Post a Comment