LOGHAT KEDAH
1. GHAWAI: MAKSUDNYA KACAU DENGAN TANGAN ATAU ALAT SEPERTI SENDUK DALAM MAKANAN ATAU DALAM KUAH, DALAM AIR YANG AKAN MENYEBABKAN KEROSAKAN PADA MAKANAN DALAM AIR TERSEBUT.
Contoh Ayat:
a." Jangan dok GHAWAI gulai tu, satlagi patah habih ikan temenum dalam tu.Ambik sekor-sekog elok-elok"
2. BERSAPAU SONGSANG : MAKSUDNYA duduk di tempat itu dalam jangka masa yang lama.
Contoh Ayat::
a. " Hang toksah dok susah hati la,aku mai ni sat saja,bukannya aku nak BERSAPAU SONGSANG di sini. Aku tau la hang meluat kat aku."
3. CAKUIH : MAKSUDNYA MENCONGKEL SESUATU DARIPADA SESUATU LONGGOKAN ATAU SESUATU YANG TERSEDIA ADA.
Contoh Ayat:
a. " Jangan la dok CAKUIH inti cucug badak tu,kalau nak makan,makan sebiji-sebiji , tak elok dok CAKUIH rata-rata"
No comments:
Post a Comment