Have A Look

Thursday, August 18, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

Pada tahun 90an dahulu,saya cukup minat membuat BISKUT COFFEE OIL.Pada masa itu,coffee oil senang diperolehi,tetapi sekarang ni hanya terdapat Coffee Paste sahaja....Entahlah,saya tak pandai nak ubahsuai supaya coffee paste ni dimasukkan ke dalm adunan Biskut Coffee Oil.Pernah sekali saya cuba,tetapi biskutnya tak rangup macam masukkan coffee oil.Dia agak gebu gitu...Ada sesiapa yang boleh bantu saya selesaikan masaalah ini agar Biskut Coffee Oil boleh jadi sedap dan rangup macam kita masukkan coffee oil dahulunya...@ ada sesiapa yang pernah terjumpa Coffee Oil ini di mana-mana...saya nak kirim la......

Di sini saya dengan rela hati kongsikan resipi BISKUT COFFEE OIL yang pernah saya buat dahulu dan saya pernah untung beratus-ratus ringgit juga menjual biskut ini kepada kawan-kawan sekolah saya.

BAHAN-BAHANNYA:-

75 gm mentega
75 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
100 gm gula icing
1 sudu coffee oil

UNTUK JEM TENGAHNYA:

1 sudu coffee oil
1 sudu besar susu cair      - 3 bahan ini diputar
3 sudu mentega
sedikit pewarna merah

CARA MEMBUTNYA:-

1. Putar mentega dan gula icing
2. Masukkan tepung gandum dan kemudiannya tepung jagung yang telah diayak
3. Bila adunan sebati,masukkan coffee oil.Gaul
4. Guna acuan samperit untuk tekan dari atas dan buat bentuk bulatan,mula dari tengah ,tekan keliling hingga kira-kira 3 lengkungan putaran.
5. Bakar di dalam oven sampai kuning
6. Keluarkan dan letak di atas redai

7. Tangkupkan 2 keping biskut dengan jem yang diputar dan telah diwarnakan pink ( dari pewarna merah) tadi.

Gambarnya nanti lah ya...cari buku yang ada gambar tu hilang la pula...Kalau tak faham,boleh contact saya ya

7 comments:

  1. tak pernah makan, ni first time dengar coffee oil. kak Fad nak buat ke? bunyi macam sedap. nak order 50 biji boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap sis.. biskut legend nie.. skitar late 70's - 80's mmg famous.. org x minat buat sebab ada icing..

      Delete
  2. heeeee3...x berani jamin sebab kot x dapat coffee oil.Kalau dapat boleh lah kita share lepas ni,kita jumpa dan raya bersama.Ajak geng MBI sama...Heee3

    ReplyDelete
  3. Betul tu sis ms sy kecik dulu sekitar yr 1988 mcm tu senang je dpt coffee oil ni. Biskut dia sedaap ya Allah.. skrg ni ada codfee emulco je bau pun lain.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand bake king mmg d best sis..
      Kita pakai brand nie dr dahulu hingga skrg..
      Bake king ada coffee oil n emulco.. d emulco u kurang kn d ammout of using it..fm 1/3 to half.. depending of ur preferences of coffee taste..
      Frankly speaking using emulco lebih jimat bbanding oil..
      X de beza actually oil n emulco taste.. its just d concentration of d coffee j..

      Delete
  4. Salam sis..
    Coba u carik brand bake king.. ada je coffee oil sis..
    Beza coffee paste dgn coffee oil.. is d kepekatan of d coffee sis..
    F slalu 1 adunan u guna 1 bottle..
    U bole kurang kn into 1/3 p half.. depending on ur taste.. u nk rasa coffee kuat o not..

    ReplyDelete
  5. Btw tq sis 4 d resipi..
    I tgh suruh my fren buat since i malas buat..
    Furthermo buku2 resipi yg legend dh siap dlm store..
    May Allah eze ur journey 2 jannah sis

    ReplyDelete