Have A Look

Monday, August 8, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

Bukannya susah nak buat Nasi Ulam, tetapi agak remeh kerana bahannya mestilah kena dan tidak boleh tinggalkan daun-daun yang sedap baunya.,seperti daun kaduk dan daun sekentut.Daun-daun lain mungkinoptioanal atau boleh dipilih tetapi lagi banyak daun ulaman,lagi sedap Nasi Ulam tersebut.
Mari sama-sama kita kongsi resipi Nasi Ulam yang saya buat ini.Walaupun masih ada daun yang saya tidak tidak masukkan bukan apa...saya hanya petik daun-daun yang ada di sekeliling rumah saya sahaja.

 Segala jenis daun yang boleh dijadikan ramuan Nasi Ulam

 Daun mengkudu Besar

 Daun cemumak

 Daun Tebengau

 Daun Selom

 Daun Lemuni

 Pucuk Putat Kedun

 Daun Sekentut

Pucuk Janggus (gajus)

 Ulam-ulaman lain


Daun cekur,ulam mak cek,ulam raja

Daun pegaga,mengkudu,deghom

Daun keman air,cemumak

Daun kaduk,7 jarum


Balut dengan daun cekur..boleh juga balut dengan daun mengkudu besar

Diikat dengan batang daun sekentut atau daun pegaga

Hiris halus2...guna pisau tajam


Bahan2 lain ialah serai,lengkuas,lada hitam,bawang kecil,udang kering dan ikan masin

Nasi direlai dan disejukkan dahulu

Serai boleh dihiris halus atau mesin kering

Semua bahan sudah sedia untuk digaul termasuk kerisik

Gaul kesemuanya.Daun ulaman dimasukkan akhir sekali.
Nasi ulam

Selamat Mencuba kawan-kawanku.

3 comments:

  1. Nasi ulam kalau makan dengan sayur keladi.. aduh mak, sedap..

    Puasa dan raya tahun ini kena giliran kat Sarawak nampaknya tak makan le nasi ulam..

    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga diberkati Allah..

    ReplyDelete
  2. Tak Pa Cik Mohamad,thn dpn mesti raya kat Kedah pula.Kat Sarawak x dak ka org Kedah yg jual Nasi Ulam.Moga Ramadhan akan membawa berkat kepada anda sekeluarga

    ReplyDelete