Have A Look

Thursday, August 18, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

Pada tahun 90an dahulu,saya cukup minat membuat BISKUT COFFEE OIL.Pada masa itu,coffee oil senang diperolehi,tetapi sekarang ni hanya terdapat Coffee Paste sahaja....Entahlah,saya tak pandai nak ubahsuai supaya coffee paste ni dimasukkan ke dalm adunan Biskut Coffee Oil.Pernah sekali saya cuba,tetapi biskutnya tak rangup macam masukkan coffee oil.Dia agak gebu gitu...Ada sesiapa yang boleh bantu saya selesaikan masaalah ini agar Biskut Coffee Oil boleh jadi sedap dan rangup macam kita masukkan coffee oil dahulunya...@ ada sesiapa yang pernah terjumpa Coffee Oil ini di mana-mana...saya nak kirim la......

Di sini saya dengan rela hati kongsikan resipi BISKUT COFFEE OIL yang pernah saya buat dahulu dan saya pernah untung beratus-ratus ringgit juga menjual biskut ini kepada kawan-kawan sekolah saya.

BAHAN-BAHANNYA:-

75 gm mentega
75 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
100 gm gula icing
1 sudu coffee oil

UNTUK JEM TENGAHNYA:

1 sudu coffee oil
1 sudu besar susu cair      - 3 bahan ini diputar
3 sudu mentega
sedikit pewarna merah

CARA MEMBUTNYA:-

1. Putar mentega dan gula icing
2. Masukkan tepung gandum dan kemudiannya tepung jagung yang telah diayak
3. Bila adunan sebati,masukkan coffee oil.Gaul
4. Guna acuan samperit untuk tekan dari atas dan buat bentuk bulatan,mula dari tengah ,tekan keliling hingga kira-kira 3 lengkungan putaran.
5. Bakar di dalam oven sampai kuning
6. Keluarkan dan letak di atas redai

7. Tangkupkan 2 keping biskut dengan jem yang diputar dan telah diwarnakan pink ( dari pewarna merah) tadi.

Gambarnya nanti lah ya...cari buku yang ada gambar tu hilang la pula...Kalau tak faham,boleh contact saya ya

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1.GHEGHENGAU:  MAKSUDNYA CAKAR GUNA KUKU....
 Contoh Ayat:- 
a." Dah la kuku hang panjang,mai dok GEGHENGAU aku sampai berdarah pi"
2. KANYARG :  
MAKSUDNYA MASIH MENTAH ATAU MASIH KECIL
 Contoh Ayat:
  a ."Buah tu KANYARG lagi,tak buleh buat sayur lagi...rasa HAYAI
  b ." Hang tu KANYARG lagi,mana nak tau pasai orang tua-tua "
  3. HAYAI : MAKSUDNYA RASA MACAM TAK BERAPA MASAK,TERUTAMANYA RASA BUAH YANG TIDAK MANIS,TIDAK MASAM,TIDAK PAHIT.....
Contoh Ayat: 
   a.. " Buah Avocado tu rasa HAYAI kalau makan mentah,lain la kalau makan dengan susu atau santan baru lemak"

Monday, August 8, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

Bukannya susah nak buat Nasi Ulam, tetapi agak remeh kerana bahannya mestilah kena dan tidak boleh tinggalkan daun-daun yang sedap baunya.,seperti daun kaduk dan daun sekentut.Daun-daun lain mungkinoptioanal atau boleh dipilih tetapi lagi banyak daun ulaman,lagi sedap Nasi Ulam tersebut.
Mari sama-sama kita kongsi resipi Nasi Ulam yang saya buat ini.Walaupun masih ada daun yang saya tidak tidak masukkan bukan apa...saya hanya petik daun-daun yang ada di sekeliling rumah saya sahaja.

 Segala jenis daun yang boleh dijadikan ramuan Nasi Ulam

 Daun mengkudu Besar

 Daun cemumak

 Daun Tebengau

 Daun Selom

 Daun Lemuni

 Pucuk Putat Kedun

 Daun Sekentut

Pucuk Janggus (gajus)

 Ulam-ulaman lain


Daun cekur,ulam mak cek,ulam raja

Daun pegaga,mengkudu,deghom

Daun keman air,cemumak

Daun kaduk,7 jarum


Balut dengan daun cekur..boleh juga balut dengan daun mengkudu besar

Diikat dengan batang daun sekentut atau daun pegaga

Hiris halus2...guna pisau tajam


Bahan2 lain ialah serai,lengkuas,lada hitam,bawang kecil,udang kering dan ikan masin

Nasi direlai dan disejukkan dahulu

Serai boleh dihiris halus atau mesin kering

Semua bahan sudah sedia untuk digaul termasuk kerisik

Gaul kesemuanya.Daun ulaman dimasukkan akhir sekali.
Nasi ulam

Selamat Mencuba kawan-kawanku.

Friday, August 5, 2011

MARI KONGSI PENDAPAT.....BANTU SELESAIKAN MISTERI

Kadang-kadang kita alpa tentang apa yang berlaku di sekeliling kita,di tempat kerja ,di tempat-tempat  yang kita sering kunjungi, malah di sekitar halaman rumah kita sendiri pun kita tak mungkin sedari perubahannya.Inilah yang berlaku kepada keluarga saya pada Hari Isnin yang lalu,hari pertama puasa....hari Cuti Bagi Negeri Kedah.Hari inilah dapat kita melihat sekeliling rumah setelah selesai solat Subuh,basuh baju,sidai baju...dan kemudiannya keluar melihat pokok-pokok tanaman dan bunga-bungaan.

Tiba-tiba suami memanggil saya ....Saya pun meluru ke arahnya. Terkejut juga saya melihat keadaan Perigi saya yang mana terdapat kesan retakan dan serpihan yang besar dan tebal di sebelah belakan dan tepi  tetapi bahagian yang bermula kelihatan kesan itu sangat nipis dan terdapat sedikit calar sahaja..Dari pemikiran cetek saya, tak mungkin sebuah kereta atau motosikal yang meninggalkan kesan begini setelah melanggar KORG perigi ini.KORG ini pula tebal,tinggi dan teguh .Ianya sudah berada di situ dari tahun 1985 hingga saat ianya dilanggar atau dipecahkan.,,entah bila...cuma sedarinya pada 1 Ogos 2011.

Puas kami cuba merungkai masaalah atau misteri ini....Bagaimana mungkin ianya terjadi begini ?.Apakah yang melanggarnya ?.Apakah yang memecahkannya?.Siapakah yang melakukannya? Untuk apa ianya diperlakukan begini? Kenapa seseorang sanggup bersusah payah mengeluarkan tenaga untuk memecahkannya....Misteri!!!!...Saya memanggil jiran untuk mentafsirkan keadaan,bagaimana kejadian ini berlaku,apakah yang digunakan untuk mejadikan ianya berlaku begini.Namun jiran saya juga terpinga-pinga tidak dapat menyelesaikan ataupun memberi jawapan tepat untuk kejadian ini.

Isteri jiran saya iaitu anak saudara saya pula sempat berjenaka...dengan mengatakan "Kalau kita dok dekat hutan,mungkin juga gajah atau badak yang tolak Telaga tu kot mak cik" ...sambil kami ketawa..bersama-sama.Rasa lawak pun ada.. Saya pula cuba meneka mungkin jentolak atau traktor yang dengan tidak sengaja undur ke belakang dan terkena KORG tersebut. kalau kereta tentu terdapat tanda cat dan lain-lain kesan dan kereta itu sudah tentu kemek rupanya.........

MARILAH TOLONG SELESAIKAN MISTERI INI........CUBA ANDA PULA BUAT RUMUSAN DAN PENYELESAIAN....


 Lekuk di tengah dan ada 2 garis melintang,
Korg tertolak ke depan menampakkan ruang di sebelah hadapan

 Sebelah sisi kanan, nampak retak ,pecah

 Sebelah belakang .Korg terbelah 2,jatuh ke tanah




 Sebelah kanan adalah jalan jarak lebih kurang 30 kaki
 Jarak Porch kereta dan Telaga lebih kurang 20 kaki.
Sebelah kiri adalah jalan ,lebih kurang 25 kaki




Air di dalam perigi,batang paip dihulurkan ,
motor dipasang dibelakng perigi akan berfungsi menyedut air perigi 
dan disalurkan kebatang paip yang dipasang

Monday, August 1, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1. REMOIH:  MAKSUDNYA JAMBUL RAMBUT DI HADAPAN KEPALA ( DEKAT DAHI).....
 Contoh Ayat:- 
a." Kalau nak jaga REMOIH,kena boh minyak liat macam lilin tu"
2. TAUK :  
MAKSUDNYA CAMPAK
 Contoh Ayat:
  a ."Kain tu kotorg sangat,ambik TAUK buang"
  3. TELLO : MAKSUDNYA CAKAP TAK TERUIH,MACAM LIDAH PENDEK ATAU PELET  CAKAPAN ORANG NEGERI LAIN,ATAU NEGARA LAIN
Contoh Ayat: 
   a.. " Awat yang budak tu cakap TELLO saja. Macam budak umur 2 tahun cakap la".