Have A Look

Friday, December 9, 2011

Hari Bahagia Anak sulungku

Akhirnya anak sulungku berkahwin juga setelah umurnya menjangkau 29 tahun. Ramai kawan-kawanku yang sudah pun menimang cucu-cucu dan begitu ceria menceritakan tentang kerenah cucu mereka sedangkan aku pandai menyembunyikan hasrat untuk melihat anak berkahwin dan menimang cucu itu aku sembunyikan dengan cara tersendiri.Aku mengatakan AKU MASIH MUDA,,menantu pun belum ada,Cucu jauh sekali lah" Dengan kata-kata itu rasa lega lah sikit perasaan kepingin cucu dan menantu itu.

Tapi,tanggal 22 November yang lalu Bang Long ( MUHD MUKHLIS AKMAL) telah dijab kabulkan ,manakala kenduri di rumah pengantin perempuan dilangsungkan pada 3 Disember 2011. Aku telah tetapkan 21 Januari 2012 sebagai hari kenduri di rumahku memandangkan anak kedua Bang Ngah ( MUHAMMAD AFIF AFDZAL) akan turun dari kapal pada awal Januari nanti.Kesian juga padanya kerana ingin bersama memeriahkan susana.Sehingga tarikh itu,aku mohon padaMu Allah agar memberiku kesihatan yang baik dan umur yang panjang agar dapat aku selesaikan majlis kenduri ini. Amin.










Semoga kekal hingga ke akhir hayat mereka. Semoga perhubungan kami sekeluarga bahagia....Insya Allah.

Thursday, November 10, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1. SAGUP:  MAKSUDNYA CUACA REDUP DAN MENDUNG ,MUNGKIN AKAN HUJAN
 Contoh Ayat:- 
a." Nampak SAGUP saja,buleh jadi nak ujan ni"

2.GEGHODEK @ KEGHODEK :  
MAKSUDNYA MENGUIS SESUATU BENDA YANG BERADA DI DALAM ATAU TERSANGKUT PADA SESUATU TEMPAT LAIN AGAR TERKELUAR DARI SITU
 Contoh Ayat:
  a ." Hang kena GEGHODEK kuat-kuat dalam botoi tu, baru keluar kotor-kotor tu"
  b. " Cuba KEGHODEK lubang sinki tu...kalau tidak dia tersumbat..."
  

3. CENGKU'AP : MAKSUDNYA  BERJALAN TIDAK BETUL AKIBAT TERSELIUH DI KAKI ATAU JARI KAKI.( SEOLAH-OLAH MACAM CAPEK)
 Contoh Ayat:
a. " Awat yang hang terCENGKU'AP CENGKU'AP tu , kaki hang kena apa?

Wednesday, October 19, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

Ramai orang kata kalau gila mengail ikan puyu,umpan TEBUAN ni seronok,tauk sentak , tauk sentak saja...Maknanya ikan makan umpan di mata kail tu,tak menang nak bubuh umpan la.Hasil tangkapan lumayan sudah pasti..
Apa yang jadi masalahnya apabila nak ambil anak tebuan,ibu tebuan,bapa tebuan dari sarangnya. ramai orang kata kena cucuh dengan jamong.Ada pula yang berpengalaman spray RIDSECT saja.Ada sorang orang tua beritahu saya supaya rendam guni dalam minyak gas,kemudian selimutkan sarang tu.Lepas itu nyalakan api.Nanti dengan sarang dan keluarga TEBUAN tersebut akan mati tapi anak tebuan tadi boleh dijadikan umpan mata kail kita.
Tapi bila saya lihat sarang tebuan berhampiran rumah saya ini...tak berani la pula nak bertindak di luar jangkaan. Pandainya tebuan-tebuan sangkutkan sarangnya pada dua ranting kayu, pintu  masuk ke dalam sarang pula banyak.... nanti silap-silap sedang kita nak masukkan guni, ada pula yang terlepas... so susah la nak selimut dengan guni,tak lepas guni pula...EEeeeeeee....takutnya......Boleh sesiapa bagi cadangan !!!!!!!!!!!



Saturday, October 15, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1. YONG:  MAKSUDNYA KEPUNG RAMAI-RAMAI UNTUK BERADA DI SUATU TEMPAT
 Contoh Ayat:- 
a." Hang tolong YONG sat budak-budak tu masuk kelas. La ni depa dok berselerak rata"
2. CAMNDEK :  
MAKSUDNYA SINDIR ATAU PERLI
 Contoh Ayat:
  a ." Mak mentua aku rajin dok CAMNDEK kat aku . Buat2 marah kat anak dia,tapi CAMNDEK kat aku la tu" 
3. TELAH LAMAKSUDNYA  SEPATUTNYA LA @ LAGI LA.
 Contoh Ayat:
a. " Depa yang keluar universiti pun tak tau jawab soalan tu, kami yang pas SPM ni TELAH LA" 

Wednesday, October 12, 2011

DEKAT DISAYANG JAUH DIKENANG

Warga SMKTB tidak asing lagi dengan satu nama yang unik iaitu ZULKELY BIN JOHARI. Beliau merupakan seorang guru yang ibarat TOK AYAH dalam bidang Silat Gayung,Penolong Menteri Pelancongan ketika mengikuti rombongan Lawatan sambil Belajar yang dianjurkan oleh mana-mana Persatuan atau Kelab, Perunding dan Pemudahcara dalam Aktiviti dan Panitia Matematik, Naib Pengerusi yang mengambil tempat Pengerusi dalam Mana-mana mesyuarat Koperasi, Penyelia Petang,Penyelia Tingkatan dan banyak lagi disamping menjadi pendidik yang sangat tenang, sabar, cool...dlln.

Beliau telah berkhidmat di SMK Aminudin Baki KL dari tahun 1980 hingga 1989 dan bertukar ke SMKTB pada 1989 hingga 2011. Kini dia masih ada tidak jauh dari kita,cuma lebih kurang 10km dari SMKTB iaitu di SK Siputeh sebagai PK Koko.Tahniah En Zulkely. Jasamu tetap kami kenang. Teruskan perjuangan.....Ingatlah warga SMKTB.....









Friday, October 7, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


BEBAN:  MAKSUDNYA DEGIL..DENGAR TAPI TAK MAU IKUT CAKAP ORANG...MASIH MELAKUKAN PERKARA YANG TAK DISUKAI ORANG TUA-TUA.
 Contoh Ayat:- 
a." Hang ni BEBAN sungguh...berapa kali dah aku kata jangan dok keluar malam...masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Hang dok buat lagu tu juga"
2. TEMA'A :  
MAKSUDNYA KEDEKUT ILMU ATAU KEMAHIRAN
 Contoh Ayat:
  a ." Jangan dok TEMA"A ilmu ,tak baik,kalau kita ajar orang kita pun dapat pahal juga" 
3. SENGGOT / GESAK : MAKSUDNYA  GENJAK SEDIKIT MUNGKIN ALIH PUNGGUNG SAJA DARI KEDUDUKAN ASAL SUPAYA ORANG LAIN BOLEH TUMPANG DUDUK ATAU BERI RUANG UNTUK LETAK BENDA LAIN
 Contoh Ayat:
a. " Hang kena SENGGOT sikit,aku nak tumpang duduk sama ni."

Wednesday, September 7, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1.BEDA:  MAKSUDNYA UNTUK
 Contoh Ayat:- 
a." Ni aku bawa bekai nasi BEDA tengah hari satni"
2. TUMPANG :  
MAKSUDNYA SEMENTARA
 Contoh Ayat:
  a ." Baik hampa bayar hutang siap-siap TUMPANG ada duit,satni kot belanja habih pula" 
3. SABIT : MAKSUDNYA PATUT LA....@ SEBAB.
 a. " Budak tu demam,SABIT tu la tak mai sekolah"
 4. KILAIH: MAKSUDNYA PUSING tangan atau anggota badan BAGI SONGSANG @ BERCAKAP MENIPU ORANG LAIN DENGAN MENGUBAH FAKTA SEBENAR
a."Dia tu pandai KILAIH , selalu perkena orang...dia dok untung semata"
 b. " Sampai tergeliat tangan kawan tu hang KILAIH ...jangan buat lagu tu lain kali.."

Tuesday, September 6, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1.GHEDEK:  MAKSUDNYA KURANG ATAU MAKIN SEDIKIT JUMLAHNYA
 Contoh Ayat:- 
a." GHEDEK tinggai dah Budak-budak kelas 1A3 pasai hari ni hujan"
2. CEGHOI :  
MAKSUDNYA CAIR
 Contoh Ayat:
  a ." Gulai hang ni CEGHOI sangat,tak cukup santan dengan rempah ka
 " 
3. KESAMSAM : MAKSUDNYA ALANG KEPALANG,TIDAK BEGITU MENEPATI KEHENDAK....BUAT TAPI TAK LENGKAP,BUAT TAPI TAK SELESAI,KALAU BENDA PULA TAK CUKUP .
 a. " Orang ada 100,roti jala ada 40...KESAMSAM saja la kalau kita jamu .Baik buat benda lain"
 b. Buat kerja tu jangan KESAMSAM....buat bagi selesai"
4. MEGHUNUM: MAKSUDNYA BUNYI SUARA BEBERAPA ORANG BERSEMBANG PERLAHAN-LAHAN TAPI TAK BERHENTI-HENTI
a. " Saya dengar bunyi MEGHUNUM ni,awat yang hampa dok sembang lagi,buat kerja yang cik gu suruh tu"

Thursday, August 18, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

Pada tahun 90an dahulu,saya cukup minat membuat BISKUT COFFEE OIL.Pada masa itu,coffee oil senang diperolehi,tetapi sekarang ni hanya terdapat Coffee Paste sahaja....Entahlah,saya tak pandai nak ubahsuai supaya coffee paste ni dimasukkan ke dalm adunan Biskut Coffee Oil.Pernah sekali saya cuba,tetapi biskutnya tak rangup macam masukkan coffee oil.Dia agak gebu gitu...Ada sesiapa yang boleh bantu saya selesaikan masaalah ini agar Biskut Coffee Oil boleh jadi sedap dan rangup macam kita masukkan coffee oil dahulunya...@ ada sesiapa yang pernah terjumpa Coffee Oil ini di mana-mana...saya nak kirim la......

Di sini saya dengan rela hati kongsikan resipi BISKUT COFFEE OIL yang pernah saya buat dahulu dan saya pernah untung beratus-ratus ringgit juga menjual biskut ini kepada kawan-kawan sekolah saya.

BAHAN-BAHANNYA:-

75 gm mentega
75 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
100 gm gula icing
1 sudu coffee oil

UNTUK JEM TENGAHNYA:

1 sudu coffee oil
1 sudu besar susu cair      - 3 bahan ini diputar
3 sudu mentega
sedikit pewarna merah

CARA MEMBUTNYA:-

1. Putar mentega dan gula icing
2. Masukkan tepung gandum dan kemudiannya tepung jagung yang telah diayak
3. Bila adunan sebati,masukkan coffee oil.Gaul
4. Guna acuan samperit untuk tekan dari atas dan buat bentuk bulatan,mula dari tengah ,tekan keliling hingga kira-kira 3 lengkungan putaran.
5. Bakar di dalam oven sampai kuning
6. Keluarkan dan letak di atas redai

7. Tangkupkan 2 keping biskut dengan jem yang diputar dan telah diwarnakan pink ( dari pewarna merah) tadi.

Gambarnya nanti lah ya...cari buku yang ada gambar tu hilang la pula...Kalau tak faham,boleh contact saya ya

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1.GHEGHENGAU:  MAKSUDNYA CAKAR GUNA KUKU....
 Contoh Ayat:- 
a." Dah la kuku hang panjang,mai dok GEGHENGAU aku sampai berdarah pi"
2. KANYARG :  
MAKSUDNYA MASIH MENTAH ATAU MASIH KECIL
 Contoh Ayat:
  a ."Buah tu KANYARG lagi,tak buleh buat sayur lagi...rasa HAYAI
  b ." Hang tu KANYARG lagi,mana nak tau pasai orang tua-tua "
  3. HAYAI : MAKSUDNYA RASA MACAM TAK BERAPA MASAK,TERUTAMANYA RASA BUAH YANG TIDAK MANIS,TIDAK MASAM,TIDAK PAHIT.....
Contoh Ayat: 
   a.. " Buah Avocado tu rasa HAYAI kalau makan mentah,lain la kalau makan dengan susu atau santan baru lemak"

Monday, August 8, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

Bukannya susah nak buat Nasi Ulam, tetapi agak remeh kerana bahannya mestilah kena dan tidak boleh tinggalkan daun-daun yang sedap baunya.,seperti daun kaduk dan daun sekentut.Daun-daun lain mungkinoptioanal atau boleh dipilih tetapi lagi banyak daun ulaman,lagi sedap Nasi Ulam tersebut.
Mari sama-sama kita kongsi resipi Nasi Ulam yang saya buat ini.Walaupun masih ada daun yang saya tidak tidak masukkan bukan apa...saya hanya petik daun-daun yang ada di sekeliling rumah saya sahaja.

 Segala jenis daun yang boleh dijadikan ramuan Nasi Ulam

 Daun mengkudu Besar

 Daun cemumak

 Daun Tebengau

 Daun Selom

 Daun Lemuni

 Pucuk Putat Kedun

 Daun Sekentut

Pucuk Janggus (gajus)

 Ulam-ulaman lain


Daun cekur,ulam mak cek,ulam raja

Daun pegaga,mengkudu,deghom

Daun keman air,cemumak

Daun kaduk,7 jarum


Balut dengan daun cekur..boleh juga balut dengan daun mengkudu besar

Diikat dengan batang daun sekentut atau daun pegaga

Hiris halus2...guna pisau tajam


Bahan2 lain ialah serai,lengkuas,lada hitam,bawang kecil,udang kering dan ikan masin

Nasi direlai dan disejukkan dahulu

Serai boleh dihiris halus atau mesin kering

Semua bahan sudah sedia untuk digaul termasuk kerisik

Gaul kesemuanya.Daun ulaman dimasukkan akhir sekali.
Nasi ulam

Selamat Mencuba kawan-kawanku.

Friday, August 5, 2011

MARI KONGSI PENDAPAT.....BANTU SELESAIKAN MISTERI

Kadang-kadang kita alpa tentang apa yang berlaku di sekeliling kita,di tempat kerja ,di tempat-tempat  yang kita sering kunjungi, malah di sekitar halaman rumah kita sendiri pun kita tak mungkin sedari perubahannya.Inilah yang berlaku kepada keluarga saya pada Hari Isnin yang lalu,hari pertama puasa....hari Cuti Bagi Negeri Kedah.Hari inilah dapat kita melihat sekeliling rumah setelah selesai solat Subuh,basuh baju,sidai baju...dan kemudiannya keluar melihat pokok-pokok tanaman dan bunga-bungaan.

Tiba-tiba suami memanggil saya ....Saya pun meluru ke arahnya. Terkejut juga saya melihat keadaan Perigi saya yang mana terdapat kesan retakan dan serpihan yang besar dan tebal di sebelah belakan dan tepi  tetapi bahagian yang bermula kelihatan kesan itu sangat nipis dan terdapat sedikit calar sahaja..Dari pemikiran cetek saya, tak mungkin sebuah kereta atau motosikal yang meninggalkan kesan begini setelah melanggar KORG perigi ini.KORG ini pula tebal,tinggi dan teguh .Ianya sudah berada di situ dari tahun 1985 hingga saat ianya dilanggar atau dipecahkan.,,entah bila...cuma sedarinya pada 1 Ogos 2011.

Puas kami cuba merungkai masaalah atau misteri ini....Bagaimana mungkin ianya terjadi begini ?.Apakah yang melanggarnya ?.Apakah yang memecahkannya?.Siapakah yang melakukannya? Untuk apa ianya diperlakukan begini? Kenapa seseorang sanggup bersusah payah mengeluarkan tenaga untuk memecahkannya....Misteri!!!!...Saya memanggil jiran untuk mentafsirkan keadaan,bagaimana kejadian ini berlaku,apakah yang digunakan untuk mejadikan ianya berlaku begini.Namun jiran saya juga terpinga-pinga tidak dapat menyelesaikan ataupun memberi jawapan tepat untuk kejadian ini.

Isteri jiran saya iaitu anak saudara saya pula sempat berjenaka...dengan mengatakan "Kalau kita dok dekat hutan,mungkin juga gajah atau badak yang tolak Telaga tu kot mak cik" ...sambil kami ketawa..bersama-sama.Rasa lawak pun ada.. Saya pula cuba meneka mungkin jentolak atau traktor yang dengan tidak sengaja undur ke belakang dan terkena KORG tersebut. kalau kereta tentu terdapat tanda cat dan lain-lain kesan dan kereta itu sudah tentu kemek rupanya.........

MARILAH TOLONG SELESAIKAN MISTERI INI........CUBA ANDA PULA BUAT RUMUSAN DAN PENYELESAIAN....


 Lekuk di tengah dan ada 2 garis melintang,
Korg tertolak ke depan menampakkan ruang di sebelah hadapan

 Sebelah sisi kanan, nampak retak ,pecah

 Sebelah belakang .Korg terbelah 2,jatuh ke tanah




 Sebelah kanan adalah jalan jarak lebih kurang 30 kaki
 Jarak Porch kereta dan Telaga lebih kurang 20 kaki.
Sebelah kiri adalah jalan ,lebih kurang 25 kaki




Air di dalam perigi,batang paip dihulurkan ,
motor dipasang dibelakng perigi akan berfungsi menyedut air perigi 
dan disalurkan kebatang paip yang dipasang