Have A Look

Wednesday, March 30, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. TEMA'A:  MAKSUDNYA KEDEKUT.
 Contoh Ayat:- 
a." Tak pa la kalau hang TEMA"A  tak bagi kueh tu kat aku sikit,nanti aku suruh mak aku buat lain,aku tak mau bagi kat hang langsung."

2. HAMAK :  MAKSUDNYA KEDEKUT JUGA TETAPI BERSIFAT DENGKI SEDIKIT.
Contoh Ayat:
  a ." Kita tak boleh dok HAMAK ilmu, Allah tak suka kita buat HAMAK kat orang.Apa yang kita tau kena ajar orang lain sama"
  
3. DAHOK : MAKSUDNYA SIFAT HALOBA ATAU TAMAK
 Contoh Ayat: 
   a.. " Tak payah dok pulon ambik la lauk tu .Jangan dok DAHOK sangat,satni ambik banyak-banyak pun makan tak habih ,buat membaziark saja "

No comments:

Post a Comment