1. SEGHIYAT: MAKSUDNYA HUJAN BERHENTI, BADAN SEMAKIN KURUS TAK BERMAYA, RASA TERKEJUT BILA SESUATU YANG MENAKUTKAN, MENGGERUNKAN , perkara yang TAK DIJANGKA BERLAKU DI DEPAN MATA
Contoh Ayat:-
a." Hujan pun SEGHIYAT dah.Kita boleh balik la"
b. " Awat yang hang ni nampak SEGHIYAT saja...hang sakit ka?"
c. " Tat sat ni budak ni lari lintas jalan,kereta pula brek mengakak...SEGHIYAT darah aku".
2. SUGUN: MAKSUDNYA TOLAK bahagian depan KEPALA SESEORANG KE BAWAH....TANDA MARAH ...
Contoh Ayat:
a ." Awat yang hang dok SUGUN kepala adik hang tu, dia buat salah apa?"
3. LOSANG : ( sebutan macam LAW SUNG) MAKSUDNYA KECAR-KECAR RAMBUT DAN KEPALA SEMASA MANDI AGAR KELUAR HABA PANAS DARI KEPALA DAN AIR AKAN RATA DI KEPALA..
Contoh Ayat:
a.. " LOSANG kepala hang kuat-kuat sikit,baru juruih mandi ..baru la keluar panas-panas dalam kepala tu."
kedah kwsn mana ni saya org kedah pun tak pernah dengar
ReplyDeleteni bahasa lama sungguh. Kalau kedah kata sugun, pahang kata hagun. Kak fadz, kalau badan kurus bukan panggil seghoh ke? Saya sekarang bujang seron.. apa maknanya kalau kak fadz tau...
ReplyDeleteHaizie..ini bahasa asal Kedah,arwah mak saya gunakan bila bercakap dgn saya dan anak2nya yg lain.Kalau x biasa dgr maknanya mungkin Haizie lebih muda dan mak ayah x pernah guna perkataan2 ini.Take note ok.
ReplyDeleteAslina...badan seghoh tu pun betoi juga..maknamakin kurus...tapi kalau seghiyat tu...maknanya kurus dan pucat lesi....macam dalam keadaan sakit @ lps sakit....Dua2 boleh guna,...
ReplyDeleteAslina...bujang seghon tu ada suami..tapi suami tinggai sat pi outstation ka..pi mana-mana..bukannya cerai tau....cuma sebab ada kerja ,dia tinggalkan isteri...
ReplyDelete