1. SUNGKAP: MAKSUDNYA KUKU YANG separauh terpotong tetapi MASIH SANGKUT PADA JARI ATAU JARI KAKI MENYEBABKAN SAKIT ATAU TAK SELESA BILA JARI DIGERAKKAN.
Contoh Ayat:-
a." Hang ada pengapit kuku dak,aku nak potong kuku aku yang SUNGKAP ni,lemaih sangat,dok sangkut bila buat kerja"
2. GHAWAI: MAKSUDNYA MENGACAU DENGAN TANGAN SESUATU BENDA YANG SELALUNYA BERADA DI DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI AIR ATAU CECAIR.
Contoh Ayat:
a ." Cuba hang mai tolong GHAWAI kacang tanah dalam besen ni,GHAWAI banyak-banyak kali bagi keluar semua tanah yang lekat pada kacang tu"
b. " Hang minta tolong orang mai GHAWAI dalam telaga kita,buang selut,baru air telaga kita tak busuk tanah"
3. GHEMBIANG : MAKSUDNYA MEMBAWA SESUATU BENDA DENGAN TANGAN DENGAN CARA MENGEPIT DARI BAWAH KETIAK KE BAHAGIAN PINGGANG.
Contoh Ayat:
a.. " Banyak benda hang bawa,sampai kena GHEMBIANG dua-dua belah tangan tu"
No comments:
Post a Comment