Kadang-kadang kita perlu creative dalam memasak...Biar orang hairan melihat kita masak hanya dengan memungut dan mengutip daun-daun di sekeliling rumah sahaja.Apa pun, daun-daun inilah yang yang baik untuk kesihatan kerana tiada racun serangga yang disemburkan...Dan ianya juga dapat mencegah dari beberapa penyakit biasa di kalangan orang-orang Melayu sekarang ini.
Hari ini Kak Fad telah memilih daun mengkudu kecil untuk dibuat Masak Lemak Cili Api di samping merebusnya untuk dijadikan ulam juga. Kata orang petai dan jering juga boleh mencuci pundi kencing...patutlah..bila makan ulam tersebut....terpaksa berhati-hati apabila ke tandas...kalau tidak,orang lain enggan ke tandas tersebut pula...
Anak dan suami Kak fad pula suka makan ikan yang besar-besar.Untuk mengelak dari menumis, Kak Fad terpaksa membuat Ikan Siakap Steam...main hiris-hiris dan campak2 ja. Sedap juga sebab rasa masam,manis,masin..semua ada....Kami ratah ikan macam kucing la kalau masak ikan siakap ni.....
Anak istimewa Kak Fad tak boleh makan pedas sangat. Dia juga suka ubi kentang dan ubi keledek...so bila tenguk rempah Nasi Beriani ada lebih sikit,kak Fad ubahsuai ja la masak daging macam Kurma la lebih kurang..
Apa-apa pun sambal belacan tidak boleh ditinggalkan.Kalau tidak selera makan akan terbantut....Lagi pedas..lagi sedap.....
Inilah Menu Kak Fad untuk hari ini Sabtu 5/3/2011.
No comments:
Post a Comment