1. MELENGUM: MAKSUDNYA TERMENUNG SEOLAH-OLAH BERANGAN MATA PANDANG NUN JAUH ENTAH KE MANA,NAMPAK MACAM SUSAH HATI.
Contoh Ayat:-
a." Awat yang hang dok MELENGUM tu? ada masaalah apa kah..nampak macam runsing saja"?
" Aku MELENGUM la teringat cucu-cucu aku dok jauh-jauh semua..tinggai aku dengan Tok Wan dia saja"
2. PALARG : MAKSUDNYA INGIN ATAU BERKENAN.
Contoh Ayat:
a ."Kahwin la tumpang muda, satni bila dah tua,sapa pun pun tak PALARG dah"
3. SENTOT : MAKSUDNYA TERPENDEK ATAU TERMASUK KE DALAM ATAU TAK JADI DAH/TERBANTUT
Contoh Ayat:
a.. " Bila aku masuk tandas tu Masya Allah punya kotorg,nak buang ayark pun tak jadi TERSENTOT pi dah."
b. " Awat yang lepat liat tu SENTOT pi dah,tadi dok panjang lagi? "
" Mau ka tak SENTOT,dah masak dia koi pendek la"
4. SENTAP: MAKSUDNYA TERPENDEK atau TERKECIK/KETAT SELEPAS DIBASUH ( untuk kain/baju)
Contoh Ayat:
a. " Baju aku ni SENTAP la...kwe kecik ,tak berapa padan dah"
: UNTUK orang pula SENTAP maksudnya MERAJUK TAK TENTU PASAL....
Contoh Ayat:
b. " Shimah tu SENTAP pasai apa tak tau,tak mau cakap dengan aku...gasak pi la,aku pun tak heran aih"
5. KWE : MAKSUDNYA SEMAKIN (MASA) ATAU LAMBAT LAUN....
Contoh Ayat:
a. "Amboi ! anak hang ni KWE sehari KWE segak aih"
No comments:
Post a Comment