.1. LANDA: MAKSUDNYA LALU KOT ATAS...NAIK ATAS SESUATU samada guna kenderaan atau lutut atau rempuh dengan kaki
Contoh Ayat:
a. " Budak tu bawa moto loglag..landa habih atas padi jemur aku".
b. "Jangan dok landa ataih adik tu,satgi dia sakit..."
2. LUNYAI/LONYANG: MAKSUDNYA KESELURUHAN KAWASAN DAN APA SAHAJA YANG TERDAPAT DI TEMPAT ITU MENJADI BERSELERAK, TIDAK TERATUR, LASU,TERKULAI PATAH, BERCAMUR.
a. " Polis buat rondaan di kawasan tu saja dari pagi sampai ke malam.Lunyai/lonyang habih rumput,lalang di kawasan tu."
b. Itik-itik hang masuk dalam bekaih semai aku sampai habih lunyai/lonyang semai...hang kena ganti balik la,tidak pun bayar mai duit"
3. SIGHIN: MAKSUDNYA TUANG AIR ATAU KUAH ATAU APA YANG TERDAPAT DI DALAM SEBUAH BEKAS SEHINGGA HABIS DAN DITAPIS UNTUK DAPATKAN ISI, DISIGHIN KUAHNYA.
Contoh Ayat:
a. " Sedap sungguh aih sayurg rebung ni...Depa sighin habis kuah dia..yang rebung pun depa sejat ambik "..
No comments:
Post a Comment