Have A Look

Monday, September 23, 2013

LOGHAT KEDAH

1.LAN: MAKSUDNYA TIDAK LALU NAK MAKAN KERANA BENDA YG NAK DIMAKAN ATAU TEMPAT  ITU TERLALU KOTOR
       Contoh Ayat:
     a. " Aku rasa  LAN nak makan kat restoran tu. Aku nampak dengan mata aku sendiri tukang masak tu kutip buah jatuh atas lantai, hagham tak basuh, terus boh dalam periuk. Dah la tangan dia berlemoih saja.iiieeee...geli tengkuk "..

2.LAH  : MAKSUDNYA SUDAH BERHENTI MENYUSU IBU
   Contoh Ayat::
   a. " Anak hang tu dah  LAH susu dah ka...Kalau dia tak mau LAH, hang sapu akarg seghuntun ....haaa...Kesian pula budak tu hisap tau-tau pahit ".  
    
3. CEPOTET : MAKSUDNYA TERLALU KECIL SEBESAR BUAH GULI SAHAJA,  LEBIH KURANG SAIZNYA.
   Contoh Ayat:
   a. "Awat yang hang sanggoi CEPOTET saja...Rambut hang lughuh habih dah ka.." 

Thursday, July 18, 2013

LOGHAT KEDAH

1.PEKUP: MAKSUDNYA CEKUP ATAU TUTUP DENGAN KEDUA BELAH TANGAN 
       Contoh Ayat:
     a. " Hang pi sembunyi, aku PEKUP mata aku,aku bilang 10 satgi aku cari hang dok sembunyi tang mana"

2.SUBANG/SELOGEK  : MAKSUDNYA GUBAH  ATAU  HIRIS/PESIANG , TAPI  JANGAN BAGI PUTUS.

   a. " Sebelum nak buat gulai rebung, hang kena rebus dulu, lepas tu SUBANG/SELOGEK dia, hiris sebelah atas dan sebelah bawah jangan bagi putus..cuma nak bagi senang makan dan kuah gulai senang meresap masuk celah-celah rebung tu"
   
    
3. GHOKIARG : MAKSUDNYA MEMBUANG ATAU MELICINKAN BAHAGIAN BUKU REBUNG DENGAN MENGGUNAKNA PISAU..LEBIH KURANG MACAM ghintih...
   Contoh Ayat:
   a. "Nampak  tak elok sangat kalau tak GHOKIARG  buang dulu bahagian buku rebung ni, kalau nak jual orang kata tak semengah buat kerja..." 

4. GHINTIH : MAKSUDNYA MELEKANGKAN DARI PELEPAH DENGAN MENGGUNAKAN PISAU ATAU PARANG 
   Contoh Ayat:
    a. " Mai tulung GHINTIH daun nyok ni sat, lepas tu tulung GHAUT ...aku nak buat penyapu lidi.

5. GHAUT : MAKSUDNYA MEMBERSIHKAN  LIDI DENGAN MEMBUANG DAUNYA DAN MENINGGALKAN LIDI SAHAJA.
    Contoh Ayat
  a. "  Mai kita pakat GHAUT penyapu tumpang daun nyok banyak ni..buleh buat penyapu lidi "...

Friday, July 12, 2013

LOGHAT KEDAH


1.GHONGOH: MAKSUDNYA REBAN / JATUH/GHONGAK SEBELAH DEPAN 
       Contoh Ayat:
     a. " Awat gigi hang GHONGOH awai sangat"

2.MENYEGHANGGOH: MAKSUDNYA MELETAKKAN KEDUA2 TANGAN DI BAWAH DAGU DAN LETAK/LANDING  DI SUATU TEMPAT. 

   a. " Masa aku lalu tadi, aku nampak hang dok MENYENGHANGGOH dekat tingkap. Awat dok teringat kat sapa."
   
    
3. MEGHENGOH : MAKSUDNYA BUNYI KUAT KETIKA TIDUR
   Contoh Ayat:
   a. "Aku tak buleh nak lena tidorg dekat Senah. Dia MEGHENGOH kuat sangat.." 

Wednesday, June 26, 2013

LOGHAT KEDAH

1.GONYOH: MAKSUDNYA SENTAL/TONYOH KUAT-KUAT SAMPAI BERSIH DAN BERKILAT  atau  SETERIKA (IRON) KAIN.
       Contoh Ayat:
     a. " Hang GONYOH periuk ni sampai putih berkilat".
     b.  "Aku segan la nak GONYOH baju ni,biarg pi la keghedot sikit-sikit..."

2.GEBANG: MAKSUDNYA BERBUAL ATAU BERSEMBANG .
    a. " Mai pesudah kerja ni, jangan dok GEBANG besarg saja."
    b. " Mai kita pakat GEBANG kisah nak pi buat lawatan ni"
    
3. SEGHENGAM : MAKSUDNYA TERPA DAN REBUT TERUS
   Contoh Ayat:
   a. " Hang ni laparg sampai tegha mana SEGHENGAM kueh tu , tak malu kat orang ka.." 

4. SEGHONDOI/SONDOI : MAKSUDNYA MENDAHULUKAN / MENGGUNAKAN KEPALA UNTUK MENOLAK SESUATU.
    Contoh Ayat:
   a. "Babi SEGHONDOI habih pokok ubi kayu yang aku tanam ".
    b. " Ada apa-apa ka yang hang mai dok SONDOI aku ni"?

Monday, June 3, 2013

LOGHAT KEDAH

1. MONTOK: MAKSUDNYA BERISI .KALAU NAK GAMBARKAN ORANG PULA..ORANG ITU PENDEK DAN GEMPAL
       Contoh Ayat:
     a. " Amboi , anak hang ni MONTOK no...hang bagi makan apa?".
     b.  "Ayam tu makan kenyang sungguh..nampak  MONTOK saja ghengkung dia."

2. MEGHITIH: MAKSUDNYA BERGOYANG ATAU BERGERAK TAK HENTI-HENTI .
    a. " Budak tu kena tibai teruk tu...kaki dia MEGHITIH dok tahan sakit"
    b. " Awat yang dok gelak MEGHITIH sangat tu.Lawak sampai tegha mana hah?"
    
3. GELISIK : MAKSUDNYA MERABA DAN MENARIK SESUATU SEPERTI KUTU ATAU SERANGGA KECIL DARI RAMBUT 
   Contoh Ayat:
   a. " Gatai kepala aku ni..perasan kutu penuh dah..Sisiar kerap pun tak dak..kena GELISIK saja la"..

4. SISIARG : MAKSUDNYA SIKAT atau PERBUATAN MENYISIARG BENDANG SELEPAS MENGALA
    Contoh Ayat:
   a. "Pi ambik SISIARG mai sikat kepala aku sat"
    b. " Masa membajak guna kerbau dulu ni, mula-mula mengala guna kerbau,lepas tu MENYISIARG pula nak bagi rata keleborg tu"...

Monday, May 27, 2013

LOGHAT KEDAH

.1. LANDA: MAKSUDNYA LALU KOT ATAS...NAIK ATAS SESUATU samada guna kenderaan atau lutut atau rempuh dengan kaki
       Contoh Ayat:
     a. " Budak tu bawa moto loglag..landa habih atas padi jemur aku".
     b.  "Jangan dok landa ataih adik tu,satgi dia sakit..."

2.  LUNYAI/LONYANG: MAKSUDNYA KESELURUHAN KAWASAN DAN APA SAHAJA YANG TERDAPAT DI TEMPAT ITU  MENJADI BERSELERAK, TIDAK TERATUR, LASU,TERKULAI PATAH, BERCAMUR. 
    a. " Polis buat rondaan di kawasan tu saja dari pagi sampai ke malam.Lunyai/lonyang habih rumput,lalang di kawasan tu."
    b. Itik-itik hang masuk dalam bekaih semai aku sampai habih lunyai/lonyang semai...hang kena ganti balik la,tidak pun bayar mai duit" 
    
3. SIGHIN: MAKSUDNYA TUANG AIR ATAU KUAH ATAU APA YANG TERDAPAT DI DALAM SEBUAH BEKAS SEHINGGA HABIS DAN DITAPIS UNTUK DAPATKAN ISI, DISIGHIN KUAHNYA.
   Contoh Ayat:
   a. " Sedap sungguh aih sayurg rebung ni...Depa sighin habis kuah dia..yang rebung pun depa sejat ambik "..

Thursday, May 2, 2013

Melawat Vietnam

Pada mulanya rasa tak confident ja nak pi sendiri ke Vietnam ni.Maklum la negara yg menggunakan bahasa lain,mata wang lain dan tak ada pengalaman ke sana pula.Tetapi dengan adanya blog, google dan juga kawan-kawan yang dah pernah ke sana timbul pula rasa ingin ke sana tanpa contact mana-mana agensi. dengan harapan segala perbelanjaan sendiri tu dapat la kita jimat sikit untuk beli pakaian yang digahkan murah oleh ramai orang yang dah biasa ke sana.




Ini gamabr kawan..snap semasa masih menunggu di LCCT. Flight kami dari Alor Setar sampai di LCCT pukul 10.30 pagi Kena tunggu pukul 2.55 petang untuk flight ke Vietnam..terpaksalah sabar...


Cik Zubidah tukar wang kat sini. Itu pun US Dollar. Wang Vietnam tak ada..Money changer cakap terlalu rendah nilainya. Saya dah tukar kat Changlun sehari sebelum..rugi,hari tu nilai dia 3.11sedangkan kat sini nilainya 3.29....



Sampai sahaja di Vietnam ,kami cari teksi..nak berjalan ke bus station tak larat la pula..sebab 4 org kami ni dah lebih 50an.. seorang saja 40an. so teksi pun x pa la....RM 8.00 sorang ,kalau bas RM1.00 saja sorang,mungkin tak sampai...



Ini hotel yang kami booking pada bulan 11 tahun 2012 lagi....mengikut blog yang saya baca,hotel inilah yg paling murah dan dekat dengan Pasar Ben Than..so tak kisah lah murah pun ,janji boleh tidur. Bila sampai sini ...Ya Allah..punya la banyak Hotel sepanjang baris jalan ni.....Masaalah timbul..bila kami tunjuk saja booking slip...kerani counter cakap..dah penuh.." Tonight you'll stay at  our branch ( hotel ), tomorrow we'll bring you back here. Teksi bawa kami ke sana. Nasib baik bilik hotel tu pun cantik  juga.  Tapi nama Hotel tu teruk sangat dalam Bahasa kita ni, so saya tak mau cakap la kat sini..
Hari pertama kami cuma turun ke bawah..makan , berjalan tenguk Ben Thean market dan cari kedai makanan islam untuk makan malam.



Hari ke2. Di atas bas nak ke Sunagi Mekong



Di tengah pekan Ho Chin Minh 



On the way to Sungai Mekong bas berhenti di Pusat Kraftangan. Nak beli pun nak bawa balik payah..Tapi Zubidah sempat beli dulang bunga crystal.



 Ingatkan nak naik boat ni, rupanya tidak.


sebelum naik boat sempat posing kat kedai souveneir depan sungai tu.


Ni perkampungan buah2an..Sambil dihiburkan dengan lagu-lagu Vietnam, Lagu Rasa Sayang,Si jantung Hati..kami dihidangkan dengan buah2an.



Jurugamabar tak ada gambar la...semua gambar orang lain..tak apa la..kenangan...



Hari ke 2 kami cari  agen kat depan Hotel saja..org Islam Champa..namanya Tn Hj Halim...Kami terpaksa bayar lebih dari RM60.00 sorang sebab van yg nak ke Sungai Mekong dah penuh...Dia terpaksa sewa bas mini yg dapat muatkan 21 orang...Dah 9 yg tempah van awal, tambah kami 5 orang baru 14 orang,sebab tu la kena bayar mahal sikit...tak pa..jajni selesa,ad agen boleh cakap Melayu...



 Gambar di celah-celah pokok nipah ,  sungai kecil menghala ke Sungai Mekong

Naik boat di celah-celah pokok nipah,dikayuh oleh wanita...lorong yang sempit ,hampir berlaga anatra satu boat dgn boat yg lain. Kami disuruh AWAS!!!! tangan jangan diletak ditebing boat,takut terkena boat lain..orang kedah kata nanti TEGHAPIT...




Kami naik kereta lembu sebelum ke kawasan buat candy kelapa. 



Hari ke 3 kami meronda sendiri.Dalam Pejabat pos


Gambar di luar Pejabat Pos
Hari ke 3 kami, sewa teksi dari hotel ke Pejabat Pos... Seronok Pejabat Pos di Vietnam...urusan Pos dibuat di sebelah tepi,sedangkan jualan kraftangan, souveniers , pameran sejaran di keliling Pejabat Pos tingkat 1 dan di tengah2 pejabat Pos itu. Ramai sungguh orang dan sangat meriah. 



Di luar Supermarket 



Depan Muzium Tentera.







Nak balik dah ni. sempat bergambar. Gambar yang cik gu Zubidah snap kena delete oleh imigration. Dia snap photo menghala ke kaunter imigration...haaa...haaa.


Atas flight nak balik ke LCCT.. depat tempat paling depan. No 1

Sempat Berehat di Tune Hotel RM108 sebilik.
Sampai di LCCT pukul 1.30 t.hari. Sewa van RM10.00 ke Tune Hotel,  ,boleh mandi ,sembahyang, tidur dulu sebeelum flight balik ke Alor Setar pukul 9.45 malam. Masa sewa van tu tak tau pula ada bas ke Tune Hotel..murah RM1.00 ja sorang. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.


Monday, April 22, 2013

LOGHAT KEDAH


.1. CEPOH: MAKSUDNYA KAKI CACAT SEBELAH ATAU KAKI RENDAH SEBELAH 
                    DISEBABKAN PATAH,TERGELIAT ATAU SEMULA JADI.
       Contoh Ayat:
     a. " Kaki itik tu CEPOH ...berjalan pun capek saja"

2. CENGK'WAP: MAKSUDNYA BERJALAN CAPEK SEBELAH TERJENGKEK-JENGKEK
     Contoh Ayat::
    a. " Awat yang hang berjalan CENGK'WAP tu. Tergeliat ka? "
    
3. GEGHONDONG: MAKSUDNYA PENYAKIT BENGKAK DI BAWAH DAGU ATAU DI LEHER    
                                   SEPERTI THYROID
   Contoh Ayat:
   a. " Kata orang tua-tua , kalau orang kirim barang atau makanan  untuk orang lain, kita salah guna nanti jadi GEGHONDONG di bawah dagu atau di leher."

Friday, January 4, 2013

LOGHAT KEDAH


1.MO: MAKSUDNYA KALAU @ JIKALAU
       Contoh Ayat:
     a. " MO aku tak tulung angkat baju hang,saheh basah lencun kena hujan"
     b. " MO gitu, baik kita bertolak pi awai sikit,satni terlepaih bas"
     c. " MO bangun cakap tak lekeh,padahai sekepiang pun tak dak "

2. GHUNTUN: MAKSUDNYA TARIK SESUATU DARI ATAS KE BAWAH
     Contoh Ayat::
    a. " Cuba hang jangan dok GHUNTUN kain aku ni, satgi terlondeh pula "
    
3.TUKUHMAKSUDNYA TAMBAT ATAU TANAM KUAT-KUAT 
    Contoh Ayat: 
    a. " Hang pi TUKUH  kayu penambat tali kambing tu kuat-kuat,satgi kot dia terlepaih,masuk makan habih tanaman kebun orang"
    
4. TAK TEKHEGHEWEH/ TAK SEMENGAH :  MAKSUDNYA SESUATU KERJA YANG DIBUAT TAK CUKUP TENAGA/EFFORT ATAU TAK MEMUASKAN  
  a. " TAK TEKHEGHEWEH sungguh hang ikat tali ni,co tengok ni  teghongkai katLAH dah"
  b. " Buat kerja TAK SEMENGAH langsung, sedia orang lain kena tulung perbaik"