Patutlah orang selalu kata..bukan senang nak jadi senang. Dalam menjalani kehidupan, ada perkara yang kita boleh buat tanpa bertanya orang lain. Hasilnya kita terpaksa merasa gembira dengan keupayaan yang kita ada dan hasil yang kita dapat. Tetapi bagaimana pula kalau kita bekerja dengan orang lain? Sudah pasti kita terpaksa mengikut arahan,pendapat atau ciri-ciri yang diperlukan orang atau orang-orang tertentu.
Buat pertama kali, aku dipilih oleh pihak ELTC untuk sama-sama menulis Modul OPS @ Oral Proficiency English for Secondary Schools for Form 2 untuk tahun 2013. Sebenarnya pada awal tahun 2012 ,Sekolah kami SMK Tunku Bendahara telah terpilih untuk mengikuti OPS Tingkatan 1 mulai bulan Mac hingga bulan Mei. Kami adalah PILOT SCHOOL di Kedah.Kami mengajar berpandukan Modul Pelajar iaitu OPS STUDENTS HANDBOOK dan Guru dibekalkan OPS TEACHERS COMPANION . Dalam masa yang singkat itu, kami telah dilawati oleh Pihak ELTC,PPD dan juga JEMAAH NAZIR untuk memberi moral support dan teguran kerana inilah Program pertama bertujuan menjadikan pelajar-pelajar Tingkatan satu memberi tumpuan kepada LISTENING & SPEAKING bagi penggal pertama tanpa READING & WRITING SKILLS. Pelajar hanya berinteraksi secara individu,berdua,berkumpulan dan bahan rangsangan adalah di dalam Modul OPS dan juga bahan-bahan yang diberi oleh guru atau dibawa oleh pelajar. Walaubagaimanapun
READING & WRITING adalah secara INCIDENTAL..MAKSUDNYA SECARA KEBETULAN ATAU TIDAK DISENGAJAKAN PENGGUNAANNYA SEPERTI MENCARI BAHAN DARI INTERNET @ DARI SURAT KHABAR. Pelajar tidak dibenarkan menulis atau membaca semasa bercakap,membuat presentation atau memberi pendapat.Begitu juga Guru...Guru harus memberi arahan, soalan , TASK secara Oral (lisan).
Mengapa OPS ??? Ianya dilaksanakan kerana Pihak Kerajaan mendapati setelah 13 tahun pelajar menjalani persekolahan, mereka masih tidak boleh fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris Terutamanya bila dikehendaki membuat presentation, menjawab soalan-soalan Temuduga, bekerja di bidang perniagaan dalam Syarikat @ Swasta juga berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa walaupun mereka ini telah mendapat keputusan cemerlang 8A's, 10A's dalam SPM.
Pn Ang
Mdm Audrey memberi penerangan
Mencari gambar dari internet.
Penulis-penulis Modul
Berbalik kepada pengalaman pertamaku membantu dalam Penulisan Modul OPS Tingkatan 2. Aku memang merasakan ianya pengalaman yang rumit,memberangsangkan . Rupanya seseorang penulis buku teks terpaksa memikirkan isi kandungan, mutu serta ianya mestilah berpandukan Curriculum Syllabubs dan ianya mestilah tepat, tiada kecacatan dan dapat membuat pihak pengajar juga pengguna memahami samada penulisan @ penerangan @ gambar atau lain-lainnya itu bertepatan dengan motif,tema,tajuk ...Aduh...susah ...rasa macam nak pecah kepala...Kenapalah pada usia ini baru mereka memberi peluang untuk aku turut serta menulis modul..Kalau la 20 tahun yang lalu..memoriku cergas la sikit ...Walaupun begitu ianya satu pengalaman yang tak dapat kulupakan. Untuk satu tajuk itu,entah berapa kali terpaksa buat semula, cari gambar lain dari internet, memberi penjelasan yang lebih tepat....Bayangkan satu tajuk iaitu 6 muka surat mengambil masa 4 hari.....8 orang penulis,sorang satu tajuk...4 hari menulis MODUL PELAJAR dan 4 hari lagi menulis PANDUAN GURU..Penulis terkenal seperti Mdm Audrey Lim yang memang penulis buku tidak menghadapi masaalah..Beliau boleh menulis 2 @ 3 tajuk berbanding kami yang baru,satu tajuk pun mengambil masa berhari-hari. Aku tidak akan cuba untuk kali kedua....Cukup hanya Sekali.......Kita lihat hasilnya pada tahun 2013 ini..Entah-entah ,dari 6 muka surat yang aku tulis itu,mungkin ianya digunapakai 1 @ 2 muka surat saja kot.......Alhamdulillah.....itu pun satu hasil juga. Kenangan yang tidak dapat aku lupakan.!!!!!!!!!.