Have A Look

Friday, July 1, 2011

LANGKAHMU KUIRINGI RESTU WAHAI ANAKKU

Hati seorang ibu akan gembira melihat anak-anak berjaya dalam hidup.Tetapi hati seorang ibu akan menjadi sayu, rindu dan hampa apabila anaknya melangkah pergi meninggalkan kampung halaman baik jauh maupun dekat.Apatah lagi dalam jangka masa yang lama,hampir setengah tahun. Mungkin ramai yang berpendapat 6 bulan itu ,pejam celik pejam celik sudah 6 bulan,tetapi bagi seorang ibu setiap kali nak pejam ingatkan anak,setiap kali celik juga ingatkan anak....






Namun begitu, ibu akan mendoakan setiap pemergiaan anak , pergi mencari ilmu, apatah lagi mencari nafkah hidup.Bagi orang yang tidak alami keaadaan ini,mungkin tidak akan  merasa kesunyian,kerinduan ini.....Perasaan rindu terhadap  kekasih lain rasanya,tetapi rindukan anak lain pula jadinya...Teringat ketika makan bersama,minta tolong dan menolong,saling bantu membantu..anak membantu dengan penuh keikhlasan,ibu memohon bantuan dengan penuh kasih sayang.Seorang ibu tidak akan meminta bantuan anak sekiranya ia dapat melakukan tugas dan kerja itu sendiri,tetapi bagi anak yang menyayangi ibu pula pantang melihat ibunya melakukan kerja yang mana ia dapat menghulurkan bantuan...



Saat-saat inilah yang membuatkan air mata ibu mengalir deras mengingati masa-masa bersama....Namun anakku...PERGILAH...Ibu DOAKAN kejayaanmu setiap masa...Ibu akan sabar menanti kepulanganmu membawa kebahagiaan , pengalaman dan rezeki untuk kehidupanmu.....


SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGAMU.........ANAKKU...

3 comments:

  1. Semoga beliau berjaya walau dimana saja berada.. Begitulah rasa hati ibu terhadap seorang anak..

    Cuti bulan 6 yang lepas, saya berpeluang pergi ke nat pokok getah. memang hebat. Suasana yang teduh membuatkan pengunjung leka bershopping. InsyaAllah nanti saya buat satu n3 untuknya juga. Sebenarnya ramai juga yang buat n3 mengenainya..memang terkenal..

    ReplyDelete
  2. Ooo...kenapa Cik gu tak bagitau kak,boleh mai rumah kak di Kodiang.......

    Anak kak tu kerja kapal....marine officer so..kena belayar 6 bulan atas kapal,3 bln cuti...kekadang bila di laut,x dpt call...cuma email ja la...Bila di lautan atlantik tu,kak x dpt contact langsung,bila smpai port baru dia call...sedih tapi nak buat mcm mana...tugas & tjawab untuk anak hanya doa dan restu kan....

    ReplyDelete
  3. Tak apa.. bila balik ke Kedah memang kami tak lekat di rumah, betul2 cuti dan jalan2.. Bila teringat tentang nat pokok getah lalu pergi. Tidak ada perancangan awal..

    Semoga anak kak sentiasa dalam keadaan selamat dan sentiasa mengingati keluarga walau dimana sahaja beliau berada...

    ReplyDelete