Have A Look

Sunday, June 26, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. KALIH:  MAKSUDNYA ALIH DARI ATAS KE BAWAH DAN DARI BAWAH KE ATAS ATAU KIRI KE KANAN.
Contoh Ayat:- 
a." Hang KALIH sat muka hang aku nak tenguk.

b." KALIH lauk goreng dalam belanga tu,satni hangit pula"
2. PANGGU :  MAKSUDNYA SANGGUP MENERIMA SESUATU TUGAS ATAU BEBANAN KERJA WALAUPUN BERAT.
Contoh Ayat:
  a ." Hang sanggup ka nak PANGGU semua tugas tu,kalau aku la,aku dah letak jawatan".
3. KEPAK : (sebutannya seperti KEcoh iaitu e taling.) : MAKSUDNYA PATAHKAN SESUATU BENDA.
Contoh Ayat: 
   a.. " Aku tak bawa parang,nak korek rebung tak boleh,jadi aku KEPAK saja la.

   b.  " Budak-budak ni jahat sungguh,habih pokok-pokok tu depa KEPAK."




No comments:

Post a Comment