Have A Look

Monday, May 2, 2011

NAT POKOK GETAH, PAUH

Bagi pengunjung-pengunjung Negeri Perlis dan utara Kedah, Nat Pokok Getah sememangnya sudah popular dan apabila tiba hari ahad, suri-suri rumah,malah kaum lelaki juga tak sabar-sabar untuk ke sana. Nat Pokok Getah ini di beri nama memandangkan inilah satu-satunya PASAR HARI yang ditempatkan di dalam kawasan kebun getah, Pada hari Ahad peenoreh kebun ini tidak menoreh kerana ianya dijadikan tempat menjula dan memebeli-belah. Nat Pokok Getah ini adalah yang paling sesuai untuk pengunjung,pembeli maupun penjual memandang suasananya teduh, selesa ,cuma yang menjadi masaalah ialah tempat Letak Kereta.

Dulunya...banyak juga temmpat letak di bahu jalan, tetapi dari masa ke masa,makin bertambah penjual-penjual yang menempek di sepanjang jalan..kiri dan kanan,menjual berbagai-bagai barangan dari kanan, peralatan ,pakaian, binatang peliharaan,ubat-ubat tradsional,tanaman dan lain-lain.
di dalam kawasan kebun pula banyak terdapat julan ikan,daging,kueh-mueh,barang-barang masakan seperti rempah ratus, bawang,sayur-sayuran..makanan pula ada yang dijual untuk dimakan di situ seperti laksa,meehoon sup,nasi lemak,ais kacang dan lain-lain.

Kaum wanita suka bertandang ke sini kerana pkaian seperti baju(blouse) nya murah berbanding di supermarket.Yang paling ramai pengunjun wanita ialah di gerai menjual tudung...Berbagai pattern dan warna,jenama serta harag dari RM 10.00 hingga RM60.00,malah yang diual di boutique atau kedai dengan harga RM25.00,di sini dijual dengan harga RM15.00 sahaja.Bagi golongan yang kurang mampu,memadailah setakat membeli tudung RM10.00 yang tak kurang cantiknya ,malah dihias dengan batui merelit merelap lagi.

Bagi yang belum sempat ke sini, cubalah datang dan lihat sendiri.bagi pekerja awam di Kedah,kenalah tunggu bila cuti pada hari Ahad macam Hari Pekerja pada 1 Mei yang lalu.....


DAGING DI SINI MURAH DAN BANYAK DAGING & 
KALAU BELI TULANG,ADA BNYK DAGING JUGA


NI HIJAU NAMPAK MACAM RINGGI,TAPI SEBENARNYA EMPING LA,DICAMPUR NYOK DAN JAGUNG...KALAU RINGGI  BIJINYA KECIL DAN LEMBUT. 

 

JAGUNG CAMPUR NYOK..


UDANG KERING BERSIH..RM5.00.

S/KHABAR PUN ADA DIJUAL

MAHADI,PENJUAL DURIAN DARI PDG SIDING

INI BUAH KELUBI...SUSAH NAK DAPAT YANG FRESH..SELALUNYA DAH JADI JERUK

TEMPAT PARKING SELALU PENUH.

ORKID DAN BAJA ORKID JUGA 

TEMPAT WANITA MENGHABISKAN MASA DAN BELANJA


BIASA LA PENJUAL UBAT,PANDAI CAMPAIGN,KUKU HARIMAU LA,KULIT HARIMAU LA..

ATAS TUDUNG MERAH TU KATANYA KUKU HARIMAU...IIISSSHHH..




PAK CIK TUA MENJUAL ULAMAN

PULUT KUNING GULAI AYAM...ORG KODIANG NI...

INI KEBUN GETAH....DALAM KEBUN TU ADA BNYK GERAI LAGI.

TUDUNG MURAH..SEHELAI RM10.00 JA...


ARNAB PUN ADA ..

SEMPAT MINUM abc & MAKAN MEEHOON SUP




BERMACAM JENIS BUAH-BUAHAN

1 comment:

  1. macam2 rupanya... saya duk di pauh la ni.. tp tak leh nak p nat pokok getah hari ahad sbb kerja hari ahad....

    tau dak kat mana boleh beli ringi? saya mmg nak cari sgt utk mak saya

    ReplyDelete