Have A Look

Monday, May 16, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. CENGUN:  MAKSUDNYA PERASAAN TAKUT BERCAMPUR HAIRAN .
Contoh Ayat:- 
a." Aku rasa CENGUN tenguk Pengetua baghu tu,nampak serious saja"
b. " Hang tak CENGUN ka pi cari rebung dalam hutan sorang-sorang"

   
2. SEMUGHOP:  MAKSUDNYA DANGAU ATAU BANGSAL KECIK YANG SELALUNYA BERATAPKAN RUMBIA UNTUK SIMPAN KAYU API, ATAU BARANG2 LAIN ,DIANGGAPKAN SEBAGAI SETOR UNTUK ORANG ZAMAN 50an,60an,70an.

Contoh Ayat:
  a ." Simpan la tikar mengkuang,kayu api dan alat tukang dalam SEMUGHOP tu"

  
3. KEPOK: MAKSUDNYA TEMPAT SIMPAN PADI YANG BERBENTUK BULAT,DIBUAT DARI ANYAMAN BULUH,ATAPNYA RUMBIA.

Contoh Ayat: 
   a.. " Pi simpan padi pulut dalam KEPOK, simpan beda nak raya ni ."



4. JELAPANG : MAKSUDNYA TEMPAT SIMPAN PADI TAPI LEBIH BESAR DARI KEPOK,BERBENTUK 4 SEGI @ 4 SEGI PANJANG, DIBUAT DARI PAPAN BERATAPKAN RUMBIA DAN KADANG KALA ATAP ZINK.
Contoh Ayat:
a. Banyak lagi padi dalam JELAPANG hang tu..tahan la untuk 6 bulan tak gaduh beli beras"   

Wednesday, May 11, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. GHIDIN:  MAKSUDNYA kawasan atau bahagian TEPI PAGAR .
Contoh Ayat:- 
a." Hang pi tebaih GHIDING pagar tu,semak sungguh la"
b. "Pokok Saput Tunggoi naik penuh kot GHIDIN pagarg tu"

   
2. MEGHAP:  MAKSUDNYA TERLAMPAU MANJA,ASYIK DOK TERIAK ,MINTA ITU DAN INI DARI ORANG YANG DISAYANGI SEPERTI IBU DAN AHLI KELUARGA.

Contoh Ayat:
  a ." Mah,mak tak tau nak pujuk dah,anak hang ni dok MEGHAP dari tadi,keghiau tak berenti,bagi apa pun tak mau "

  
3. CHEGHIN: MAKSUDNYA NAIK BULU ROMA SEBAB TAKUT ATAU GELI GELEMAN.

Contoh Ayat: 
   a.. " CEGHIN bulu roma aku bila dengarg cerita hantu, aku memang penakut."

   

Tuesday, May 10, 2011

WHERE IS THE TIME????


For the last few weeks my days have been hectic. There is very little time for reading or writing. And I often waste what little free time I had surfing the internet. Facebook  seems to have a voracious appetite when our friends response to our messages or comments.  Frankly speaking, I miss writing. And ironically, I don't really have the words to say how very much I miss it. If I write more, perhaps I would use my brain to think more, and surely there'll be more ideas and good piece of writing. However,my time is fulfilled with housework,workload....preparing lesson plans, preparing examination questions, and not to forget the tuition classes. The little time left is for my dear hubby and the three loving kids of mine.

Family and work obligations often preclude writing. At this age, I'm beginning to understand that life moves so incredibly fast. I cannot cope with time...Time runs faster than words and action.God....what have I done?? I've wasted a lot of time. By the grace of time, I've to catch up..put more effort and energy, or at least more courage... If I don't put pen to paper now, when will I ever do it?

I must write, must express myself. Drag them out from inside me.....share with others..I'm anxious to explore a host of new possibilities and subject areas. I am determined to consistently put my thoughts in written form. 
Finally, I'm thinking of something to share with our kids, teenagers, youths or might be suitable for adults too.
WISE WORDS


1.                  Find your limits and exceed them. Dream and make your dreams come true.
2.                  Take time to live because the world has so much to give.
3.                  Only those who risk going too far can only possibly find how far they can go.
4.                  All the wonders you seek are within yourself.
5.                  If you don’t try, you’ll never know if you can do it.
6.                  The seed that falls on good ground will yield a fruitful harvest.
7.                  Destiny is not a matter of chance, , it is a matter of choice.
8.                  A lie may take care of the present, but it has no  future.
9.                 The person who gets ahead is the one who does more than what is necessary and keeps on doing it.
10.              It is not enough to have a good mind , the main thing is to use it well.

Remember:- When you do something, do it well..





Wednesday, May 4, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. CEDONG:  MAKSUDNYA TERLALU KERAS SAMPAI KALAU BENGKUK PUN SUSAH NAK DIPERBETULKAN, KALAU LURUS SUSAH NAK DIBENGKUKKAN
Contoh Ayat:- 
a." Amboi ikan termenung ni keraih CEDONG aih...ikan baru ni"
b. "Budak tu kena sawan sampai keraih CEDONG "

   
2. SEGHENGAM:  MAKSUDNYA DENGAN GELOJOHNYA  MENERKAM UNTUK MERAMPAS/REBUT SESUATU DARI TANGAN ORANG LAIN.

Contoh Ayat:
  a ." Kalau hang laparg sangat pun toksah la dok SEGHENGAM macam tu, nampak gelojoh sangat aih"

  
3. KEMAQ : MAKSUDNYA TANAM ATAU SEMAI SESUATU BIJI BUAH AGAR IANYA JADI BENIH
Contoh Ayat: 
   a.. " Ayah aku KEMAQ biji pelam ni dulu, bila tumbuh nanti baru nak tanam di tempat lain."

   b. " Buah jering KEMAQ tu busuk sungguh tapi sedap rasanya."
   

Monday, May 2, 2011

NAT POKOK GETAH, PAUH

Bagi pengunjung-pengunjung Negeri Perlis dan utara Kedah, Nat Pokok Getah sememangnya sudah popular dan apabila tiba hari ahad, suri-suri rumah,malah kaum lelaki juga tak sabar-sabar untuk ke sana. Nat Pokok Getah ini di beri nama memandangkan inilah satu-satunya PASAR HARI yang ditempatkan di dalam kawasan kebun getah, Pada hari Ahad peenoreh kebun ini tidak menoreh kerana ianya dijadikan tempat menjula dan memebeli-belah. Nat Pokok Getah ini adalah yang paling sesuai untuk pengunjung,pembeli maupun penjual memandang suasananya teduh, selesa ,cuma yang menjadi masaalah ialah tempat Letak Kereta.

Dulunya...banyak juga temmpat letak di bahu jalan, tetapi dari masa ke masa,makin bertambah penjual-penjual yang menempek di sepanjang jalan..kiri dan kanan,menjual berbagai-bagai barangan dari kanan, peralatan ,pakaian, binatang peliharaan,ubat-ubat tradsional,tanaman dan lain-lain.
di dalam kawasan kebun pula banyak terdapat julan ikan,daging,kueh-mueh,barang-barang masakan seperti rempah ratus, bawang,sayur-sayuran..makanan pula ada yang dijual untuk dimakan di situ seperti laksa,meehoon sup,nasi lemak,ais kacang dan lain-lain.

Kaum wanita suka bertandang ke sini kerana pkaian seperti baju(blouse) nya murah berbanding di supermarket.Yang paling ramai pengunjun wanita ialah di gerai menjual tudung...Berbagai pattern dan warna,jenama serta harag dari RM 10.00 hingga RM60.00,malah yang diual di boutique atau kedai dengan harga RM25.00,di sini dijual dengan harga RM15.00 sahaja.Bagi golongan yang kurang mampu,memadailah setakat membeli tudung RM10.00 yang tak kurang cantiknya ,malah dihias dengan batui merelit merelap lagi.

Bagi yang belum sempat ke sini, cubalah datang dan lihat sendiri.bagi pekerja awam di Kedah,kenalah tunggu bila cuti pada hari Ahad macam Hari Pekerja pada 1 Mei yang lalu.....


DAGING DI SINI MURAH DAN BANYAK DAGING & 
KALAU BELI TULANG,ADA BNYK DAGING JUGA


NI HIJAU NAMPAK MACAM RINGGI,TAPI SEBENARNYA EMPING LA,DICAMPUR NYOK DAN JAGUNG...KALAU RINGGI  BIJINYA KECIL DAN LEMBUT. 

 

JAGUNG CAMPUR NYOK..


UDANG KERING BERSIH..RM5.00.

S/KHABAR PUN ADA DIJUAL

MAHADI,PENJUAL DURIAN DARI PDG SIDING

INI BUAH KELUBI...SUSAH NAK DAPAT YANG FRESH..SELALUNYA DAH JADI JERUK

TEMPAT PARKING SELALU PENUH.

ORKID DAN BAJA ORKID JUGA 

TEMPAT WANITA MENGHABISKAN MASA DAN BELANJA


BIASA LA PENJUAL UBAT,PANDAI CAMPAIGN,KUKU HARIMAU LA,KULIT HARIMAU LA..

ATAS TUDUNG MERAH TU KATANYA KUKU HARIMAU...IIISSSHHH..




PAK CIK TUA MENJUAL ULAMAN

PULUT KUNING GULAI AYAM...ORG KODIANG NI...

INI KEBUN GETAH....DALAM KEBUN TU ADA BNYK GERAI LAGI.

TUDUNG MURAH..SEHELAI RM10.00 JA...


ARNAB PUN ADA ..

SEMPAT MINUM abc & MAKAN MEEHOON SUP




BERMACAM JENIS BUAH-BUAHAN

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. PEGHOI:  MAKSUDNYA TABUR DARI ATAS
 Contoh Ayat:- 
a." PEGHOI gula atas donat tu ,baru sedap dan manis"
b. "Awat yang hang dok PEGHOI pasir atas kepala aku ni ?"

   
2. LANDA:  MAKSUDNYA LANGGAR NAIK DI ATAS SESUATU.

Contoh Ayat:
  a ." Kemaghin,kereta aku LANDA naik atas jebon lintas jalan,kepek juga la jebon tu"
  
3. KETEH : MAKSUDNYA MENGGOYANGKAN SAMBIL MENENDANG KAKI KE DEPAN,KE TEPI  @ KE BELAKANG UNTUK MENGELUARKAN ATAU MELEKANGKAN SESUATU SEPERTI PAKAIAN @ KETEH SERANGGA YANG HINGGAP DI KAKI
Contoh Ayat: 
   a.. " Hang pi KETEH buang seluar tu,busuk dah...aku nak basuh"

   b. " KETEH buang la ulat di kaki hang tu"