Have A Look

Thursday, July 3, 2014

PENGALAMANKU

Tujuan aku menulis pengalamanku ini bukanlah untuk menunjuk2 kebolehan atau kepakaran ka atau kepandaian ataupun memperlekehkan sesiapa ,tetapi sekadar berkongsi pengalaman menjadi guru selama 34 tahun 6 bulan...

Aku mula dihantar mengajar di Sekolah Menegah Ayer Hitam Alor Setar pada 1.Januari 1980. Pada masa itu orang kata "Penyapu Baharu"..anxiuos sangat nak keluarkan ilmu yang dituntut semasa mengaji dan practical. Lantas pihak membuat jadual waktu di sekolah itu pada masa itu dengan gembiranya memberi peluang aku mengajar 3 kelas Bahasa Inggeris dan 2 kelas Sejarah kerana option utama aku ialah bahasa Inggeris dan option kedua ialah Sejarah. 

Aku pun mula karierku dengan semangat yang berkobar-kobar..Bila saja ada tajuk yang perlu disertai dengan TEACHING AIDS aku mesti bersusah payah membawanya ke kelas.. Biasa aku bawa  sabut kelapa, tempurung dan parang ke sekolah untuk nak jelaskan kepada pelajar kegunaan kelapa. Aku juga melukis gambar2 berkaitan dengan harapan pelajar2 akan mendapat gambaran yang lebih jelas...Ramai guru yang sudah lama mengajar menegurku , ada yang menegur secara hairan, sinis dan tak ketinggalan dengan menggeleng kepala serta memberi pujian.."Hang Rajin sungguh la bawa macam-macam...kami dah tak laghat dah nak dok heret mai."

Lima bulan kami lalui masa Latihan (Sementara di sekolah ) dan pada 1.5.1980 dapat surat lantikan dan pada 1.5.1981 pula surat pengesahan dalam jawatan...Kalau sapa-sapa nak tau gaji kami pada masa itu ,saya tidak akan rahsiakan..tapi jangan pula terkejut..gaji kami ialah RM295.00 sebulan. Itu pun seronok tak terkira kerana masa kat Maktab elaun kami baru RM150.00 sebulan..tu pun semua nak kena beli seperti kertas A4,magik colour, Kayu pembaris yang ada bentuk huruf untuk assignment....Pada masa itu mana ada komputer lagi..semuanya ditulis tangan ataupun siapa yang kaya sikit akan menggunakan mesin taip bawa ke maktab . Bayangkan guru-guru sekarang ini keluar dengan gaji RM 1000 ++++ ke atas...wow!!! yang keluar Universiti pula RM 2000 ++++... tapi mesti ada pembaca blog saya ni akan kata.." Mana boleh banding dulu dgn sekarang..dulu barang murah...dulu RM295.00 tu macam RM 2900 sekarang"...Tapi jangan lupa ..pepatah orang tua-tua " Lagi banyak nasi yang ditanak..lagi besar keraknya"..nasi yang ditanak dengan dapur kayu la..rice cooker tak ada la kerak...so,,apply la sendiri ya..

Kalau nak guna duit secara boros..RM2900 pun tak pernah cukup...Kalau tak percaya, cuba anda buka almari pakaian anda sekarang...kira berapa pasang baju yang ada...pergi pula bahagian anda simpan tudung...kira berapa puluh helai tudung bawal dan berapa puluh helai tudung awning anda...So...itu yang saya katakan..RM2900 sekarang ni pun ramai yang kata masih tak cukup...Harga barang mahal tu memang la kita akui...mana ada harga benda nak turun balik atau main2 harga macam harga emas atau harga flight Air Asia...Cuba kita undur ke belakang dari tahun 1980 sampai sekarang...adakah harga barang yang turun merudum ? kalau kita kira negara Malaysia...tenguk pula negara lain...turunkah barangan mereka....???  No comment....Bagi saya...yang tak pandai Ekonomi sebab masa HSC saya dapat subsid saja untuk Ekonomi...saya percaya pada keadaan ..."WHEN THE STANDARD OF LIVING GOES UP, THE COST OF LIVING WILL ALSO GO UP" ..Standard of Living di Malaysia bermakna terdapat kemudahan Transport, infra structure, electricity supply dan lain-lain kemudahan seperti internet jalur lebar, memerlukan wang...so..thats why harga barang turut naik , tapi cuma dalam hati kita sahaja menghitung, bengang, complain ..sedangkan belanja dok boros situ la juga.. Bukan saya sokong minta bagi barang naik harga..tidak sama sekali..saya cuma nak tonjolkan ketamakkan kita berbelanja kerana kita banyak duit berbanding tahun 1960an, 70an 80an. kalau hampir semua orang berbelanja mewah, menunjukkan duit tu cukup, so berapa harga barangan pun mampu dibeli..tak mampu, tak payah beli..barangan saja la...kita pentingkan keperluan dan sedikit keselesaan  bukan kemewahan untuk sama setaraf dengan orang kaya..

Semua orang rasa bebanan lebih-lebih lagi yang miskin ...tapi itu hakikatnya...kalau kita nak semua murah kena balik macam dulu la...sayur dan nyok tanam sendiri, ikan pi tangkap sendiri, baju ada 7 pasang saja, naik motor pergi kerja , jangan guna internet di rumah , jangan pasang kipas atau air-condition banyak2 dan tinggalkan walaupun kita tiada di situ....kalau balik macam ni gaji RM295.00 pada tahun 1980n dan setaraf sekarang ni RM2900  tu cukup la....Mahukah kita nak tukar High Standard Of Living kepada Low Standard of Living kerana nak turunkan Cost Of Living"...Kalau tak mahu...jimat-jimat sendiri la , anda boleh tak ? ,saya memang tak boleh....saya cakap terus terang...dapat RM6,000 sebulan pun ada la lebihan untuk insuran, tabung Haji, untuk anak OKU saya sikit , oleh kerana 2 orang anak saya dah bekerja, dapatlah saya guna portion saraan mereka  itu untuk melancung sekali sekala. 

Berbalik kepada PENGALAMANku mengajar sebagai Guru tadi...masa di sekolah Ayer Hitam tahun pertama dan kedua , aku diberi 27 waktu ..tetapi pada tahun ke tiga aku diberi 31 waktu seminggu..Ini kerana hanya terdapat seorang sahaja guru akaun iaitu En. Yahya Tahrin..setelah seorang lagi berpindah mengikut suami.. Pihak sekolah buka fail penempatan semua guru dan dapati tiada seorang guru pun yang boleh mengajar Perdagangan dan Book Keeping... malangnya mereka terjumpa Sijil MCE aku dimana terdapat 2 subjek ini aku ambil semasa Form 4 dan Form 5 dan dapat kredit 3 dan 5 saja.Huh...terus Pengetua panggil dan memujukku untuk mengajar Perdagangan..Aku tak dapat nak susun ayat menolak...terima sajalah ..kita cikgu baharu mengajar dan belajar.. dalam kesedihan aku approach En Yahya Tahrin mengadu hal tak berapa pandai akaun....dia pun bagi cadangan "Ok..hang ambik semua kelas dari kelas J,K,L...hang ajar Perdagangan saja..aku ajar Book Keeping"...Saya pun setuju..so dari 18 waktu English tambah 6 waktu sejarah tambah 6 waktu Perdagangan dan 1 waktu form teacher ...Nah...31 waktu... Bukannya nak rasa hebat mengajar 31 waktu tapi cuma nak kongsi pengalaman dengan guru-guru sekarang yang complain macam-macam kalau diberi lebih dari 20 waktu pun..   Lepas tu bila ada Pihak Atasan bagi apa-apa tugas macam kena attend courses ka atau jadi Pemimpin atau Penasihat untuk Aktiviti @ Program ka, depa mengumpat sesama guru-guru muda.." Awat tak bagi dekat Kak itu, Kak Ini, cik gu tu, cik gu ni.."..Kira nak lari saja...sedangkan kita dah lama dah dok lalui tugas-tugas tu ...bukan apa tu, depa rasa tak adil tak bagi kat semua orang,  sedangkan mereka ada bakat dan kemahiran...kalau tak mau dunia pun fikirlah untuk akhirat juga...hmmmm...susah nak kata sebab guru-guru ni adalah orang yang educated dan Professional...

Mari kita kongsi Pengalaman mengajar pula:

1. Saya ajar Sejarah Pelajar Tingkatan 3 pada tahun 1981. Masa itu, tahun peristiwa sesuatu berlaku tu penting diajar dan murid terpaksa hafal ikut kronologi. Sekali tu saya ajar tentang Hitler kot kalau tak silap...Dalam buku sejarah tu tidak pula diberi tarikh Hitler meninggal..(exact date)...Masa nak tamat lesson tu seorang pelajar yang cuba nak tonjolkan dirinya..tak berapa pandai sangat pun budak ni...dia cuba nak uji dan peleceh saya...

Pelajar: Cik gu.. Bilakah tarikh Hitler mati ? bulan berapa..

Aku : (dalam fikiran).. Budak ni saja nak  pekena aku ni..Aku pun terjawab..Ni Azmi (x ingat nama dah)...kamu ikut tarikh tahun yang diberi dalam buku sejarah..kalau tak dak dalam buku teks , kamu kena pi perpustakaan cari no. Itupun kalau ada la...

Azmi ..teringin juga cikgu nak tanya kamu secara spontan..Kamu ada datuk tak ? 

Pelajar: Tak dak cik gu.Dia dah meninggal...Awat cik gu tanya ?

Aku : Saja la ..Lama dah ka dia meninggal ?

Pelajar : Dua tahun dah cik gu..

Aku : Kamu ingat tak  berapa haribulan ( tarikh sebenar ) datuk kamu meninggal tu?

Pelajar :.(kerenyeh...senyum kambing ) ...tak ingat cik gu...

Aku:..Terima kasih semua...Esuk kita jumpa lagi..Balik baca buku ya...esuk kita sambung lagi... 

(Jadi cik gu ni kena la fikir siapa-siap menangani masaalah macam ni...)

To be continued........


  



No comments:

Post a Comment