Have A Look

Monday, February 20, 2012

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1. TEHOQ:  MAKSUDNYA TEMPAT YANG CANGKAT ATAU CETEK.
 Contoh Ayat:- 
a." Kawasan ni TEHOQ sangat...tak syok nak mandi...budak-budak baguih la pasai tak bahaya mandi tempat TEHOQ ni ".

2. MELUCAI :  MAKSUDNYA JADI TAK TERURUS...BERCAMUR.
Contoh Ayat:
  a ."Pokok sayur bayam aku ni habih MELUCAI. Babi seghodot perasan dah ni. Sini banyak babi hutan"
  
3. TERJUEH : MAKSUDNYA BIBIR MULUT YANG DIMUNCUNG KE HADAPAN ATAU BENGKAK KERANA DIGIGIT SERANGGA
Contoh Ayat: 
   a.. " Awat yang bibir mulut hang TERJUEH tu? Apa yang ketit?" 
   b.  " Kak Yam tu dok mengata kat orang la tu..nampak mulut dia dok TERJUEH saja"

No comments:

Post a Comment