Have A Look

Tuesday, February 21, 2012

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI





1.. MEGHOYAK / MEGHIYAK:  MAKSUDNYA KAWASAN LUKA ATAU KUDIS MEREBAK, MENJADI SEMAKIN LUAS DAN TERUK SAMPAIKAN KELUAR AIR BISA.
Contoh Ayat:
  a ."Hang jangan dok makan tak ketahuan, satni kudis hang tu MEGHIYAK/MEGHOYAK pula."

2.LOSOT : MAKSUDNYA PERBUATAN MENARIK PADA SESUATU BENDA DI BAHAGIAN LUARNYA DARI ATAS KE BAWAH.
Contoh Ayat: 
   a.. " Kalau nak makan belut...hang kena la LOSOT kulit dia dari atas ke bawah guna daun mempelaih atau daun serai...nak buang lendiag dia tu." 

3. MEDAK: MAKSUDNYA ISI ATAU BAHAGIAN DALAM IKAN YANG DAH LAMA, TAK FRESH ATAU DAH LEMBUT...KURANG MANIS LAGI DAH...HAMPIR BERBAU....
Contoh Ayat:
  a. " Jangan dok beli ikan plotan yang MEDAK tu....satlagi bila buat gulai habih GHELAI .Dah la tak sedap...rasa tawar dah ikan tu"


4. GHELAI : MAKSUDNYA  BERTABUR ATAU TIDAK PEJAL...SUDAH TERPISAH DARI TANGKAI ATAU DARI BADAN SESUATU BENDA ITU.
Contoh Ayat: 
 a."Awat yang abang beli buah rambai GHELAI ni? Mesti buah lama dah ni? . Tapi senang juga tak gaduh PEGHELAI dah no"


5. PEGHELAI : MAKSUDNYA PERBUATAN MELEKANGKAN SESUATU DARI TANGKAINYA .
Contoh ayat:
 a. " Hang tulung PEGHELAI sat buah MOKTAN ni...lepaih tu idang dalam pinggan..senang orang nak makan"

Monday, February 20, 2012

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI


LOGIK ATAU TIDAK......BERKESAN ATAU TIDAK?????????/

Semua orang nak baik bila sakit...so,apa yang orang cadangkan dan di mana tempat perubatan yang harus dikunjungi untuk tujuan perubatan...sudah pasti kita akan berminat untuk mencuba...setakat yang kita mampu la....

Saya pernah sekali pergi merendam kaki untuk tujuan keluarkan toxid....tapi sejauh mana cara ini berkesan.....Tak dapat nak saya kongsi kerana saya hanya mencuba sekali sahaja selama satu jam....Lepas menjalani cara perubatan tersebut...saya tak la pula merasa sebarang perubahan baik lega maupun bertambah baik...so...apa pendapat anda yang dah pernah menjalani cara rendam kaki ini buat beberapa kali...Ada perubahan ke arah lebih baik tak? Kalau ada...saya nak  juga pergi untuk kali kedua dan seterusnya...kalau tak baik walaupun banyak kali anda menjalaninya...saya juga akan mengucapkan selamat berhenti......

Mari kita kongsi pengalaman ok.......


  mula-mula rendam


Selepas 5 minit



Selepas 15 minit


Setengah jam 


45 minit



1 jam



 Yang ini hasil rendaman kaki orang lain pula selepas 1 jam......
Hasil perubahan warna air berbeza........

So.......untuk cubaan kedua dan seterusnya.....bersedialah....30 minit RM35.00....I jam RM50.00....

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1. TEHOQ:  MAKSUDNYA TEMPAT YANG CANGKAT ATAU CETEK.
 Contoh Ayat:- 
a." Kawasan ni TEHOQ sangat...tak syok nak mandi...budak-budak baguih la pasai tak bahaya mandi tempat TEHOQ ni ".

2. MELUCAI :  MAKSUDNYA JADI TAK TERURUS...BERCAMUR.
Contoh Ayat:
  a ."Pokok sayur bayam aku ni habih MELUCAI. Babi seghodot perasan dah ni. Sini banyak babi hutan"
  
3. TERJUEH : MAKSUDNYA BIBIR MULUT YANG DIMUNCUNG KE HADAPAN ATAU BENGKAK KERANA DIGIGIT SERANGGA
Contoh Ayat: 
   a.. " Awat yang bibir mulut hang TERJUEH tu? Apa yang ketit?" 
   b.  " Kak Yam tu dok mengata kat orang la tu..nampak mulut dia dok TERJUEH saja"