Have A Look

Wednesday, October 19, 2011

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI

Ramai orang kata kalau gila mengail ikan puyu,umpan TEBUAN ni seronok,tauk sentak , tauk sentak saja...Maknanya ikan makan umpan di mata kail tu,tak menang nak bubuh umpan la.Hasil tangkapan lumayan sudah pasti..
Apa yang jadi masalahnya apabila nak ambil anak tebuan,ibu tebuan,bapa tebuan dari sarangnya. ramai orang kata kena cucuh dengan jamong.Ada pula yang berpengalaman spray RIDSECT saja.Ada sorang orang tua beritahu saya supaya rendam guni dalam minyak gas,kemudian selimutkan sarang tu.Lepas itu nyalakan api.Nanti dengan sarang dan keluarga TEBUAN tersebut akan mati tapi anak tebuan tadi boleh dijadikan umpan mata kail kita.
Tapi bila saya lihat sarang tebuan berhampiran rumah saya ini...tak berani la pula nak bertindak di luar jangkaan. Pandainya tebuan-tebuan sangkutkan sarangnya pada dua ranting kayu, pintu  masuk ke dalam sarang pula banyak.... nanti silap-silap sedang kita nak masukkan guni, ada pula yang terlepas... so susah la nak selimut dengan guni,tak lepas guni pula...EEeeeeeee....takutnya......Boleh sesiapa bagi cadangan !!!!!!!!!!!



3 comments:

  1. Tu, umpama time bomb. Saya dulu panggil bomba sukarela, kena bayar sikitla. panggil jabatan perkhidmatan awam pun boleh.

    ReplyDelete
  2. Salam...tapi azlina,ada org nak buat umpan mengail...saya kata kalau depa mai nak ambik,saya nak tutup semua pintu tingkap ,nak duduk diam dlm rumah...takut la...mlm Jumaat ni depa nak mai ambik...dah semakin besar la....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....sarang tebuan dah dimusnahkan...Ada orang datang tolong cucuh api,kemudian sarang jatuh ke bawah,dalam sarang tu penuh anak tebuan...beribu-ribu...anak tebuan diguanakan oleh mereka sebagai umpan mengail ikan puyu...Kawan bagaitau,sekali mengail,dapat 58 ekor...rupanya,ikan puyu memang suka makan anak tebuan ni.....

    ReplyDelete