Have A Look

Wednesday, July 20, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. BERET:  MAKSUDNYA SUKA BERLETER.....
 Contoh Ayat:- 
a." Awat la yang Tok hang tu suka dok BERET sangat . Hang tak rasa ghimaih ka "
2. BOYAN :  
MAKSUDNYA BAHAGIAN RAMBUT DI KEPALA YANG DISIKAT RAPI                    Contoh Ayat:
  a ."Amboi nampak kemas dan segak aih,hang sikat BOYAN lagu tu"
  3. CALAT : MAKSUDNYA CUCI BERSIH
Contoh Ayat: 
   a.. " Amboi,tak padan dengan kecik,pandai dah basuh pinggan,cuci CALAT...,meghelit"

   b. " Awat la hampa makan sampai CALAT,sikit pun tak taghuh kat aku"

Tuesday, July 19, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. GHONYEH:  MAKSUDNYA MEROSAKKAN BARANG YANG ELOK DENGAN MEROBEK,MEMULAS ATAU MENGOYAKNYA.
 Contoh Ayat:- 
a." Awat yang hang dok GHONYEH  hantaran kahwin kak hang tu,bukan senang nak buat lain....Hang ni jenis Kera dapat bunga kot...Kera pun dok GHONYEH habih bunga kalau dapat kat dia."
2. LEWEH :  MAKSUDNYA TERJATUH DARI TEMPAT SEPATUTNYA MENAMPAKKAN KETIDAKSEMPURNAAN,NAMPAK TIDAK KEMAS.
Contoh Ayat:
  a ."Daban baju hang tu LEWEH ke bawah,nampak tak kemas la ,macam budak tak gheti pakai baju saja"
  
3. DABAN BAJU : MAKSUDNYA KOLAR BAJU
Contoh Ayat: 
   a.. " Aku cukup tak syok pakai baju tak dak DABAN"."

Friday, July 1, 2011

LANGKAHMU KUIRINGI RESTU WAHAI ANAKKU

Hati seorang ibu akan gembira melihat anak-anak berjaya dalam hidup.Tetapi hati seorang ibu akan menjadi sayu, rindu dan hampa apabila anaknya melangkah pergi meninggalkan kampung halaman baik jauh maupun dekat.Apatah lagi dalam jangka masa yang lama,hampir setengah tahun. Mungkin ramai yang berpendapat 6 bulan itu ,pejam celik pejam celik sudah 6 bulan,tetapi bagi seorang ibu setiap kali nak pejam ingatkan anak,setiap kali celik juga ingatkan anak....






Namun begitu, ibu akan mendoakan setiap pemergiaan anak , pergi mencari ilmu, apatah lagi mencari nafkah hidup.Bagi orang yang tidak alami keaadaan ini,mungkin tidak akan  merasa kesunyian,kerinduan ini.....Perasaan rindu terhadap  kekasih lain rasanya,tetapi rindukan anak lain pula jadinya...Teringat ketika makan bersama,minta tolong dan menolong,saling bantu membantu..anak membantu dengan penuh keikhlasan,ibu memohon bantuan dengan penuh kasih sayang.Seorang ibu tidak akan meminta bantuan anak sekiranya ia dapat melakukan tugas dan kerja itu sendiri,tetapi bagi anak yang menyayangi ibu pula pantang melihat ibunya melakukan kerja yang mana ia dapat menghulurkan bantuan...



Saat-saat inilah yang membuatkan air mata ibu mengalir deras mengingati masa-masa bersama....Namun anakku...PERGILAH...Ibu DOAKAN kejayaanmu setiap masa...Ibu akan sabar menanti kepulanganmu membawa kebahagiaan , pengalaman dan rezeki untuk kehidupanmu.....


SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGAMU.........ANAKKU...