Pernahkah anda dengar tentang PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI? Mungkin ramai di antara kita tidak tahu mengenainya. Bukan kerana kita lalai,tetapi mungkin kita selalu terdengar tentang tempat-tempat lain seperti PUSAT PEMULIHAN AKHLAK dan PUSAT PEMULIHAN DADAH yang lebih menonjolkan berita-berita hangat yang ada kaitan dengan kita atau masyarakat setempat. Sebenarnya PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI adalah bagaikan syurga bagi kanak-kanak dan juga remaja-remaja yang dianugerahkan dengan kelainan upaya. Mereka ini tidak pernah diminta dilahirkan begini,namun mereka tabah menghadapi kehidupan sebenar,ketawa,menangis,bergurau ( cara sendiri) yang hanya kalangan mereka memahaminya.
PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat ialah tempat di mana kanak-kanak se awal usia setahun yang dilahirkan mempunyai KELAINAN UPAYA diterima untuk diasuh, dididik,dibelai dan dijaga oleh beberapa orang Guru yang telah menandatangani ikrar untuk bersifat penyayang serta aktif dan kreatif dalam memberi berbagai jenis bantuan kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini mempunyai KAD OKU masing-masing dan dilabelkan mengikut keupayaan mereka. Ada yang dilabelkan sebagai AUTISTIC, CEREBRAL PALSY,LEMAH PEMBELAJRAN,HYPER ACTIVE,PENDENGARAN & PERCAKAPAN, PENGLIHATAN dan lain-lain lagi.
Mereka ini tidak dapat belajar secara Normal dan tidak diterima masuk ke SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS di bawah KEMENTERIAN PELAJARAN kerana mereka tidak berupaya mengurus diri.Oleh itu, jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Guru-guru PDK ini kerana menguruskan pelatih-pelatih PDK bukanlah sesuatu yang mudah. Ada yang perlu di suap, perlu diuruskan najis,perlu diajar bergerak,berdiri,perlu dilapkan air liur yang senantiasa mengalir. Mereka sudah mangli (biasa) dengan situasi in. Ada pula yang Hyperactive yang sentiasa berlari ke sana sini dan perlu diawas setiap masa. Ya Allah...kurniakanlah Kebahagiaan kepada Guru-guru yang sanggup menanggung tugas yang berat ini.
Kadangkala mereka ini dibawa bersiar bagi melihat tempat-tempat lain agar terbuka minda di samping merasa keseronokan yang dikecapi oleh kanak-kanak normal juga. Oleh itu tanggal 25 Mei ( Isnin) yang lalu PDK Arau telah membuat Lawatan ke PDK Kuala Ketil,sebuah PDK aktif yang telah menjadi Johan antara PDK di Kedah.
ALAMAT PDK KUALA KETIL TERPAMPANG DI HADAPAN
BARU TURUN DARI BAS
KECANTIKAN PDK DAPAT DILIHAT SEBAIK SAHAJA MASUK
VAN PDK YANG DIHADIAHKAN OLEH AHLI KOPERAT
BAS BINTONG YANG PDK ARAU SEWA
SUNGGUH COLOURFUL
LENGKAP DENGAN INFORMASI PDK
ALAT PERMAINAN PELATIH PDK
RUANG TAMU BERSANTAI
ANUGERAH PDK CEMERLANG
BARANGAN ELEKTRONIK KILANG
YANG MENGISI MASA PELATIH DI SAMPING DAPAT SUMBER
CANTIK & KREATIF
KEBANYAKAN PELATIH MAMPU BERDIKARI
PANDAI MENJAHIT RIBEN DAN SARUNG BANTAL
MENYUSUN MANIK UNTUK DIJADIKAN RANTAI TANGAN
HASIL KERJA TANGAN PELATIH
TANAMAN KANGKUNG
PEMIJAK KAKI REFLEKSOLOGI DIBUAT OLEH PELATIH
SELAMAT TINGGAL PDK KUALA KETIL
Tiada insan yang minta dilahirkan kurang kesempurnaan,tetapi insan itu harus bangga kerana masih ada yang menyayangi mereka.Ganjaran besar menanti orang-orang yang menjaga mereka dengan penuh kasih sayang,keikhlasan dan kesabaran.