AKTIVITI KELAB DAN PERSATUAN
PERTANDINGAN MEMBUAT SANDWICH DAN MENGHIAS HIDANGAN
Kan saya dah kata ,guru sangat kreatif.Guru serba boleh...Idea guru berbagai-bagai.Guru akan fikirkan apa saja aktiviti untuk merangsang minda pelajar disamping memenuhi,melengkapi,meyibuk,dan banyak 'me' dan 'mem'... lagi agar pelajar-pelajar tiada mempunyai banyak masa untuk dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah.Oleh itu, simpati lah dan perihatin kepada guru....Guru tidak sewenang-wenangnya dapat bergembira meraikan banyak cuti seperti yang disangka oleh orang lain...Kami guru menjalankan aktiviti seperti ini setiap minggu pada hari yang tidak ada kelas tambahan. Aktiviti ini dijalankan selepas sembahyang zohor,bermula jam 2.40 petang hingga 3.40 petang.... Kelas tambahan setiap hari dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang kecuali Selasa kerana aktiviti Persatuan,Kelab, Badan Beruniform,Permainan.
Memotong buah tomato
Membuat inti ,sardin dan memotong karot
Bekerjasama
Kelab Koperasi
Pengadil Pertandingan,GKanan Vocational Teknik
Ketua Pengadil Pn Aspalela,Guru Kanan Bahasa
Gabungan yang baik
Sandwich Fesyen baru
Penganjur (Pn. Rusidah dan PK KOko ( En Rosli Ismail)
Hidangan siap
Guru-guru Penasihat
Hakim Lelaki En Zulkely Johari
Dapat rasa daun salad saja,yang lain dah habis
Hadiah untuk Pemenang dan peserta akan diberi pada Hari Ahad Minggu Ketiga . Tahniah kepada Yang menang..Yang lain tahniah kerana Berpersatuan dan anda juga akan mendapat Sijil Penyertaan.
macam biasalah kak fadz noh, pelajar lelaki tak ambik bahagianpun, perati dari jauh ja.
ReplyDeleteDlam apa2 pun,terutama akademik,pelajar lelaki kurang minat....kalau permainan...mungkin...ada laghat nak main saja...???? Tgk x berapa ramai pun pelajar yg aktif sukan berjaya dlm kerjaya....selalunya gagal di pertengahan jalan...bila dah cedera..sapa pun x mau dah...so yg penting pelajar mesti pulon akademik....disamping aktif dlm aktiviti lain.....
ReplyDelete