Have A Look

Saturday, April 23, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. HEBIARG:  MAKSUDNYA  ( i) MULUT CELUPAR ATAU  ( ii )  RASA MAKANAN YANG TAWAR SANGAT.
 Contoh Ayat:- 
a." Cuba hang jangan dok buat mulut HEBIARG sangat. Tok sah dok tegur ,makan apa yang orang jamu"

b. Budak ni masak apa pun tawar HEBIARG,tak dak garam kot."
    
2. BALORG :  MAKSUDNYA  ( i ) KESAN PUKULAN ROTAN PADA BAHAGIAN ANGGOTA BADAN ATAU  (ii) ORANG YANG BERSIFAT PEMALAS.
Contoh Ayat:
  a ." Kesian budak tu,bapa dia CENGE...tibai anak sampai lekat BALORG."

  b. " Hang jangan dok jadi BALORG LIAT sangat.Cuba pi tolong mak hang buat kerja kat dapur tu"  

3. CENGE : MAKSUDNYA SIFAT BENGIS
Contoh Ayat: 
   a.. " Aku tak berani la nak minta duit dari ayah aku,dia tu CENGE sangat".

2 comments:

  1. Impian Murni..

    Saya cadangkan, nanti dah kumpulkan banyak2 loghat kedah ini, bukukan untuk dijadikan kenangan generasi akan datang. Banyak loghat yang kini semakin tidak digunakan.. Kemungkinan besar akan pupus dan hilang begitu sahaja..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas cadangan En Mohamad,memang satu cadangan baik,Insya Allah..saya ingat nak buat samada ikut abjad atau ikut tatabahasa.Ramai org boleh sumbang ,mungkin saya sorang ada tertinggal beberapa perkataan,kalau ibu saya masih ada....lagi bnyk dpt kumpul ni En Mohd.

    ReplyDelete