Have A Look

Sunday, February 13, 2011

PROJEK PENCEN SUAMIKU










Ada sedikit perkembangan pada Projek suamiku  , kalau dulu pokok orkid dan pokok-pokok lain dibiar begitu sahaja,tapi sekarang,suamiku sudah mula menukar pasu-pasu baru dan mengubah serta membelah pokok-pokok orkid yang besar dan membiak ...


Pada setiap petang Jumaat,pokok-pokok orkid ini akan disembur baja..jelas nampak akar-akar baru keluar dan begitu juga dengan bunga-bunga yang cantik...


Masih ada beberapa pokok yang sudah keluar kuntum bunga...rasa tak sabar nak tenguk kecantikan bunga-bunga tersebut setelah lama terbiar,tidak dibaja dan jarang disiram...hinggakan banyak yang kurus dan hampir mati....


Walubagaimanapun aku masih menunggu tempat gantung orkid yang masih tinggal rangka...belum dipasang bumbungnya lagi...Katanya, sekarang ni panas, baik kita gantung kat bawah pokok dulu,lepas ni baru kita ubah balik ke tempat asalnya..


Pokok-pokok yang berada di tepi pagar pula dikumpul,dibuang tanah lama dan diganti dengan tanah baru yang dibeli dengan harga RM5.00 bagi tiga kampit...tanah yang siap boleh ditanam dengan pokok.....Hatiku rasa lega,tiap-tiap petang dapat melihat kecantikan pokok-pokok sambil menyiramnya...


Aku akan sabar menunggu perkembangan seterusnya.........



2 comments:

  1. salam..
    syok tengok..dah berbunga orkid-orkid tu..nasib baik depa tak merajuk sebab lama di anaktirikan...

    ReplyDelete
  2. sebenarnya Nad,orkid yang paling senang tanam kan...cuma kita ja yang malas jaga...

    ReplyDelete