Have A Look

Thursday, February 24, 2011

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI

1. DEKARG:  MAKSUDNYA PERBUATAN MELONTAR,MEMBALING ,MENJARING ITU TEPAT PADA SASARAN....KERANA SEMUA YANG DI (AIM) @ DISASAR ITU MENGENA. 
Contoh Ayat:- 
a." Tangan hang DEKARG sungguh...hang baling ayam tu kena sampai jatuh terkulai leher dia"
b. " Hang jangan dok buat main,tangan aku ni DEKARG,kalau aku tenggalung hang mesti kena punya"
2. KEPOH : MAKSUDNYA REBAN AYAM
Contoh Ayat:
  a ." Ayam pun nak masuk KEPOH dah,yang hang dok main,tak mandi lagi".

3. SEGHON: TEMPAT AYAM BERTELOR DAN ERAM TELOR

Contoh Ayat:
  a ." Jangan dok kacau ayam dalam SEGHON tu,satgi dia malu tak mau gham telor dia pula" 
  b. " La ni Timah tu "BUJANG SEGHON" , laki dia dok luar negeri"

4. LOKAH : MAKSUDNYA PUNGGAH,TANGGALKAN @ BUANG BEBERAPA BARANGAN YANG TERDAPAT PADA BENDA ITU.
Contoh Ayat:   
a." Hang dok LOKAH buat apa gehek tu,satni hang tak tau nak pasang balik pula".

No comments:

Post a Comment