BATIL YANG DIJADIKAN KEPOL(KEPOI) SUKATAN BERAS....
4 KEPOI BERSAMAAN 1 CUPAK
Seseorang akan merasa bangga sekiranya ditinggalkan harta, emas,berlian, kereta,sawah,kebun...tapi lain pula berlaku kepadaku dan keluarga.Ibuku hanya meninggalkan beberapa barang antik yang jarang disimpan oleh kebanyakan orang.Mungkin setengah orang menganggap bahan-bahan ini tidak berguna, menyemak rumah atau sudah lusuh dan tidak ada nilai lagi
Bagiku,aku masih menyimpannya.Bukan apa..mungkin suatu hari nanti ianya menjadi kenangan buat anak cucu kita yang tidak dapat melihat benda-benda ini di mana-mana lagi
Di antara barang-barang peninggalan ibuku yang juga ditinggalkan oleh datuk nenekku ialah:
1. Batil kepol ( kepoi )
2. Batu giling
3. Pinggan bunga
4. Sterika Arang
Masih ada barangan lain lagi,tetapi agak sukar bagiku keluarkan dari setor yang tidak terurus , terlalu banyak barang yang ada gunanya dan juga mungkin sudah tidak berguna.....
Ini ialah pinggan lama yang cantik.Ianya adalah keluaran tahun 1950an lagi.
Gambarnya seperti gambar pemandangan di Jepun
Ini pula Batu Giling dari berapa keturunan aku pun tak pasati...Ingat-ingat dah ada....Dulu mak selalu panggil India TAJAM BATU untuk asah batu giling ini.Tapi sekarang siapa pun dah tak tahu nak asah batu giling yang tumpul ini. Sekali sekala aku gunakan juga bila rasa nak makan gulai menggunakan Rempah giling..Sedap ,lebih sedap dari gulai menggunakan serbuk kari.
Yang ini adalah seterika arang yang digunakan pada tahun 50an,60an dan 70an.Masa itu belum ada bekalan elektrik,terpaksa bakar arang ,masukkan ke dalam seterika dan bolehlah iron baju....kadang-kadang nak beli arang pun tak cukup wang,terpaksa bakar tempurung atau cari kayu biasa saja untuk dibakar dan dimasukkan ke dalam seterika ini.Bagi yang tak mampu nak beli seterika terpaksalah lipat kain baju dan letakkan di bawah tilam atau tikar macam dalam cerita P.Ramli.....
No comments:
Post a Comment