Have A Look

Wednesday, February 16, 2011

KENALI YANG DAH SEMAKIN PUPUS

BELIMBING BESI ATAU BELIMBING SEGI.

Averrhoa cambola


Kalau beberapa hari yang lepas saya ceritakan tentang belimbing buluh,hari ini pula saya ingin pamerkan belimbing besi kampung, dan bukan belimbing besi kawin. Dahulunya Belimbing besi inilah yang kami makan setiap hari terutamanya apabila balik dari sekolah atau masa hendak pergi mengaji Quran. Apa yang kami buat ialah menghiris buah belimbing besi ini nipis-nipis dan dicicah dengan garam...Rasanya tidaklah begitu masam...Ada rasa manis,sedikit masam dan kelat.  Manakala Belimbing besi kawin sekarang ini rasanya manis.. Belimbing Besi kampung tidak begitu besar berbanding Belimbing Besi kawin. Selalunya ianya terbiar dan ulat atau serangga akan masuk ke dalam buah belimbing besi ini sebelum ianya jatuh atau dipetik.Walaubagaimanapun ada juga orang yang menyelimutkan buah belimbing dengan kain atau kertas surat khabar supaya selamat dari serangan serangga.


 POKOK BELIMBING BESI KAMPUNG AGAK TINGGI BERBANDING BELIMBING BESI KAWIN


BUNGA BELIMBING BESI KAMPUNG BEWARNA UNGU


 BUAH YANG JATUH SELALUNYA TELAH DICEMARI SERANGGA

BUAH BELIMBING BESI KAMPUNG TIDAK BEGITU BESAR

Belimbing besi juga mengandungi asid amino.Ia dapat mengurangkan sakit analgesik dan dapat merawat tekanan darah rendah. Daun dan buahnya dapat merawat radang dan demam. Buah belimbing besi dapat mengurangkan demam, sakit mencerut, disentri,sakit kepala. Penyakit buasir, skurvi dan penyakit-penyakit kulit yang lain.

Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan.Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga
dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi,
gingivitis atau radang gusi

Buah Belimbing ATAU Starfruit, enak dimakan segar atau dibuat jus.Lebih segar bila dimakan waktu musim panas.Belimbing yang mudah hidup dan subur di bumi Malaysia ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat perubatannya.Di antara khasiat perubatan buah belimbing ialah;. Menghentikan pendarahan pada luka ringan.Caranya ialah dengan menumpuk lumat atau dikisar, kemudian ditampal pada bahagian yang luka tadi bagi menghentikan pendarahannnya.. Mencuci nanah pada bisul.Buat seperti cara di atas dan tampalkan pada bisul.. 

Membunuh dan mengeluarkan cacing dalam perut kanak-kanak. Caranya; ambil bunga belimbing dan rebus dengan api yang sederhana, kemudian beri minum air rebusan bunga belimbing tersebut, insys-Allah cacing dalam perut akan mati dan keluar.

Umumnya belimbing Besi berukuran besar, berwarna menarik, berserat halus, dan memiliki rasa yang manis menyegarkan. Belimbing adalah di antar buah yang dapat menurunkan kadar kolesterol  dalam tubuh. Bahkan belimbing mampu mencegah timbulnya penyakit hepatitis. Buah ini merupakan sumber vitamin, khususnya vitamin A dan C, sebagai antioksidan tangguh dalam memerangi radikal bebas. Buah ini pun mampu membantu mencegah penyebaran sel-sel kanser, meningkatkan daya tahan tubuh . 

Adapun kandungan pektin pada dinding sel belimbing mampu mengikat kolesterol dan asam empedu yang terdapat dalam usus dan membantu pengelurannya. Belimbing memiliki kandungan energi kalori, protein, lemak, karbohidrat, mineral, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin C, serat, dan air. Selain itu belimbing juga memiliki kandungan serat yang baik sehingga dapat membantu melancarkan proses pencernaan, dan mengandung kadar kalium tinggi, serta natrium yang rendah sebagai obat hipertensi. Buah belimbing menempati posisi juru kunci dibandingkan dengan buah-buahan lainnya kerana kalorinya yang rendah sesuai untuk  penggemar buah-buahan yang kelebihan berat badan.

Oleh itu,amalkanlah minum dan makan buah belimbing segi atau belimbing besi ini.

** setengah Maklumat diambil dari internet....** 

No comments:

Post a Comment